Salam semua... today nak story pasal aktiviti aku menghadiri Ladies Nite Puspanita Kebangsaan last week. Heheheheh. Layan jer laa aku membebel ni yer....
Anyway, program ni dah sebulan lebih juga aku confirmkan kehadiran aku untuk joint. Tetapi dalam sebulan tu jugak aku dalam delima, nak pergi ke tidak. Dalam hati dah berkira-kira, kalau ada Puan 'M' tu pergi, aku takmo pergi. Nasib baik ada member iaitu Setiausaha PUSPANITA Ibu Pejabat NRE iaitu Cik Intan Shafini pergi sekali. Takla aku keseorangan. Heheheh.
Untuk pergi Ladies Nite ni, aku langsung tak plan nak pakai apa. So, cekau jer baju apa yang ada. Konsepnya 1 Malaysia. Tapi aku takder baju yang berkonsepkan 1 Malaysia kecuali baju kurung. Kebetulan baju yang aku beli untuk aku hadiahkan pada diri sendiri masa birthday aku tu still tak pakai lagi, so aku pakai jer la baju tu. Tema yang aku ikut ialah tema color PUSPANITA. Heheheh... bolehla. Janji cun! But make up ni aku letih skit. Memandangkan aku memang nak post anak-anak aku pada adik aku Angah, maka aku telah meminta adik aku tu make-upkan aku. So far memang cun la dan kena dengan pakaian yang aku pakai tu. Sebelum terlupa, nak inform skit yang adik aku aku merupakan jurumekap sambilan. So, kalau ada sesiapa yang perlukan khidmat make-up, bolehlah call adik aku ni. Murah jer. Bleh tengok-tengok kat blog dia yang tak berapa nak update tu di http://azwamakeupbeauty.blogspot.com/. Hehehhe... Promote tu!!!
Baju yang aku pakai untuk Ladies Nite tu... |
My sis make up. Ok tak?? |
Sambung balik citer pasal Ladies Nite, aku telah berjanji dengan Cik Intan untuk saing ke Puspanitapuri tu dari NRE. So, terpaksala aku pick up Cik Intan dari NRE sebab dia tak tau jalan nak ke Puspanitapuri tu. Sampai kat sana, bau makanan jer dah buat perut aku keroncong giler. Lapar beb, tahan perut aku nak tunggu pergi Ladies Nite tu tau.
Hidangan malam tu |
Masa kat sana, dapatlah berjumpa dengan wakil dari JUPEM dan NAHRIM. But aku tak tumpukan perhatian sangat pada majlis tu. Pedulik apa orang lain pakai glemer-glemerkan. Yang penting dapat hadir sudah! Aku dengan Cik Intan lebih tumpuan pada makan. Heheheh. Kami makan sambil menonton Pertandingan Tarian Tradisional dan Pertandingan Menyanyi Bersama Penari Iringan yang diadakan masa Ladies Nite tu. So, layan jer lee. But totally, not bad la persembahan mereka-mereka ni. Enjoy jugak sekali sekala layan gini. Yang penting aktiviti bergambar adalah acara rasmi kami. Hahahhaha.
Lebih kurang jam 10.15 tu, aku ngan Cik Intan terus balik sebab dah terasa boring nak menunggu lama. Alasan aku, "anak sekolah esok" ahahhahahah. Memang betul pun, bukan apa, nanti kalau aku nak pick up anak aku kat rumah adik aku tu mesti seksa sebab nak ngejutkan anak-anak aku tu jer dah susah. Cik Intan plak nak balik ke Shah Alam. So, kesian la. Alasan lagik!! Ngeeeeee. But keluar je Dewan Sri Endon tu, kemain sakan kitorang bergambar. Hahahahha... Sabo jer la!!
Totally, program Ladies Nite tu kira ok laaa.... Oklah. Thats all for today!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!