7 Mei 2011 (Sabtu) - Taman Wetland Putrajaya
Balik dari Perhimpunan Hari Pekerja, bergegas aku bersiap nak ke Majlis Potluck dan Ramah Mesra APDISK. Perghhh... penatnya jangan cakaplah. Tapi aku nak juga hadir event ni yang julung kali diadakan untuk bekas Pelajar Diploma Saing Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson.
Sebelum berlangsungnya majlis ni, 2 minggu sebelum majlis, AJK-AJK telah mengadakan perbincangan dan bertungkus lumus untuk merancang majlis ni supaya berjaya. Seperti yg dirancang, alhamdulillah semuanya telah terlaksana jua akhirnya.
|
Possing lepas sesi perbincangan di kalangan AJK APDISK |
|
Sebahagiaan AJK yang ada... sakan bergaya selepas sesi perbincangan |
Oklah, aku intro skit pasal majlis ni.... Majlis Potluck dan Ramah Mesra APDISK ni merupakan majlis di mana ia julung kali diadakan untuk Persatuan Alumni Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson sejak ia ditubuhkan. Kesemua yang hadir merupakan bekas pelajar jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan dan rata-rata adalah Setiausaha.
|
Banner APDISK |
|
Dari Kiri, Era batch 1997, Aku Emmy batch 1998, Non batch 1999 dan seterusnya merupakan batch tahun 2000 ke atas |
Permulaan majlis ni, kita story about makan dulu yer. Heheheh... Pempaham le, bila dah tengahari nak bawak ke petang, lapor perut tu semacam. Anyway, hidangan pada haritu berkonsepkan Potluck. Bab makan pun enjoy jugak!! Aduhhh... naik boncet perut ni makan. Dasar lupa diri la katakan!! hahahah. Nama pun potluck kan.. masing-masing pun berpakat la bawak menu masing-masing. Tapi sayang betul bila nak tapau takder plastik masa nak balik tu. Berlebih-lebih makanan. Haishhh!!! Sebut pasal potluck... aku larat nak buat jelly konyaku tu je... sebab masa suntuk sangat nak masak tu kan... tu jer yang aku mampu.... heheheh.. Anyway... happy bila tengok semua terlantar kekenyangan. Lupa diet sumer!! Hahahahah!!
|
Kami dengan hidangan -hidangan Potluck |
|
Nak tunjuk aku nyer jelly konyaku... hehehehe |
Untuk nampak cantik, kesemua ahli APDISK akan memakai pakaian bertemakan Hitam Putih. Sebab tu kalau korang tengok, most of us sumer pakai baju merah... Warrghhhh..... cantik gitukan....
Bagi memeriahkan majlis ini juga, sukaneka secara santai juga diadakan. Macam-macam ragam ada kalau tengok masing-masing. Ada yang tak sedor diri dah kertu!!! (akulah tu!!) Hahahahha... Dah bangka la katakan.... Game untuk anak-anak dan suami juga tak ketinggalan. Budak-budak ni kalau takder game untuk diorang maunya macam-macam hal kat situ nanti. Anyway, simple game but kami semua enjoy!!!
|
Game rebut gula-gula |
|
Setengah bakul jer anak-anak aku kongker gula-gula. Maluuuu!!! hahahha |
|
Game tiup belon dewasa |
|
Aku menang kali ni.. heheheheh |
|
Acara bawa bola dalam sudu kanak-kanak |
|
Acara tiup belon kanak-kanak |
|
Game Sshhhh... SMS |
|
Game ikut rambut pasangan terbanyak. Berkerikut muka Kimi tahan sakit kena ikat rambut. Hahahahha |
|
Kimi with my ex SMVPD freind. Nazli budak ABM. Boleh lak jumpa kat sini... Wife dia rakan seDSK |
|
Beriadah sambil melepak. Sambil tu juga menunggu hadiah cabutan bertuah |
Selain sukaneka yang dianjurkan, tak ketinggalan juga aktiviti Senam Seni. Almaklum le orang perempuan ni. Kalau tak poco-poco mestilah menari acara wajib... heheheh... Aku memang suka menari-menari... thanks tu adik kepada Zumazrina kerana sudi menjadi cikgu kami haritu.
|
Aktiviti Senam Seni |
|
Tonggang langgang aku menari.. hahahahah |
Hadiah-hadiah yang disediakan jugak best-best untuk Sukaneka dan Cabutan Bertuah. Paling sakan anak-anak aku la... banyak bawa balik hadiah. Kalau tak anak aku, anak si Era yang kongker hadiah-hadiah ni sebab anak-anak kami jer yang besar-besar... Hahahaha... Nasib!!!
|
Urusetian Hadiah bersama hadiah-hadiahnya |
|
Hanum menang dalam acara tiup belon |
|
Walaupun kertu.. aku menang acara tiup belon tau.. tengok perut laa... hahahah |
|
Hanum menang lagik.... Ni acara pulak ekk.. lupa aku... rasanya bola dalam sudu |
|
Kimi pun dapat hadiah.. tapi hadiah apa aku tak ingat |
|
Hanum menang lagik...!!! hahahahah |
|
Dapat hadiah cabutan bertuah... tapi Kimi yang loghat sebab dia kata dia kurang hadiah.. hahahahahah |
Untuk memeriahkan majlis, sebenarnya kami telah menjemput tenaga pengajar yang menjadi tonggak asas DSK. Tetapi sorang pun lecturer tak dapat hadir. Dan kebetulan in the end of majlis, En. Ashri sampai jua. Itu pun selepas dia tamat berkursus. Anyway, thanks En. Ashri kerana hadir walaupun program dah nak abiss... Hehehehhe
|
En. Ashri baju jer sampai dah kena bergambar dengan semua bekas pelajar DSK |
|
AJK APDISK tak ketinggalan nak bergambar dengan jejaka idaman malaya ni... hahahah |
|
Aku pun nak jugak bergambar dengan Hero DSK ni.. hehhehe |
Seperkara yang aku perasan sangat... kalau bab bergambar.. masing-masing bukan main lagi....lagi… bab bergambar…semuanya hidup... pantang jumpa camera. Hehehe.. yang pasti semuanya comel-comel belaka.
Anyway, thanks kepada semua yang menjayakan majlis ini dan terima kasih tak terhingga kepada ahli-ahli APDISK yang dapat hadir bersama keluarga.
Yang penting aku, meraka dan kita semua enjoyyyy!!!! Layan gambar yer....
|
APDISK dan banner |
|
Comelnye kami... |
|
Me with Era. Kami si Kertu!! Hahahah |
4 comments:
bagus bawa hanum ke majlis... banyak dapat hadiah kekekekke
Betul ila... mmg bagus bwk hanum... dia jer dpt hadiah. anak si Era pun pun sama si Orked dgn Shasha... Elok lak sejak majlis ni, si Orked dgn Hanum jd best friend plak.. hehehehhe
saya pun bekas DSK kat PPD gak..cuma aritu tak dapat join je..best n enjoy korang kan
adik auwcak, kalau gitu kenapa tak join kami. best giler. lain kali event apdisk awak joint yer... next event ada bowling pada 2/7/2011... jom la join yer
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!