Korang mesti maklum yang pada 17 Mei 2011 merupakan cuti Hari Wesak. Memandangkan ia merupakan hari cuti, maka sebulan sebelum ini aku telah merancang sesuatu untuk sambut hari ibu bersama my mom.
Kad Jemputan berserta no Cabutan Bertuah |
Kami 3 beranak. Angah, Mama dan Aku |
Di hadapan pentas kecil di luar dewan |
Oklah... straightly story about the event, Aku, Angah dan Mama bertolak dalam tengahari tu nak ke PWTC. Sampai kat sana, ngam-ngam waktu yang diberi semasa kami mendaftarkan diri. Selesai mendaftarkan diri, kami terus mendapatkan masuk ke Dewan dan mendapatkan tempat duduk di Table 31. Tengok-tengok kat kerusi dah ada gift dari pihak PWTC. Best betul... siap ada tudung Ariani lagi beb. Table kami tak jauh sangat dari pentas dan just nice. Disebabkan konsepnya adalah Hi Tea, maka perut aku yang berkoroncong ni sebab tak makan tengahari lagi ni makan jer la apa sahaja yang dihidangkan kat situ dan booth makanan di luar. But not bad la makanannya sebab banyak pilihan.
No table kami |
Kebetulan, kami setable dengan pasangan anak dan bapak ni. Namanya Sulaiman a.k.a Leman. Bapanya aku tak ingat nama dia sebab sepanjang kami setable, aku panggil pakcik jer. But syukur, Leman dan ayah dia amat friendly dan kami borak dah macam keluarga dan dah kenal lama pula.
Bertemakan Kasihnya Ibu Bersama Jamal Abdillah, sambil menikmati hi tea, kami dihidangkan dengan nyanyian dari penyanyi undangan di situ... tak konal den. Tapi suara memang best. Pengacara hari itu ialah Dee yang sinonim dengan sitkom 'Jangan Ketawa'. Siapa yang hadir pada hari itu, kalau tak gelak sebab keletah dan gelagat Dee yang berpakaian wanita paling grand dalam dunia tu aku rasa memang wayar diorang shot la tu... hehehhehe. Di samping itu, penonton juga dihidangkan dengan alunan bunyi sexsofon oleh pemain sexsofon muda iaitu Alif Nasir. Perghh... meremang bulu roma den ni haaa dibuai alunan sexsofon Alif. Caya laa...
Paling best bila penonton diserikan dengan usikan Dee yang meminta lebih kurang 6 penonton lelaki untuk dijadikan bahan sebagai artis zaman 50an hingga 90an untuk memeriahkan majlis. Dalam dia mencari-cari orang, aku, Angah dan Mama telah membahankan si Leman dengan memanggil Dee yang memerlukan 'Anggur Muda' yang mantop!! Hahahahah.. sian Leman!! 6 orang ni dikuarantinkan dan disiapkan dengan baju zaman dolu-dolu!! Bila diorang keluar je ke pentas, diorang kena menggayakan pakaian diorang dengan muzik yang diberikan mengikut tema. Apa lagi.. berdedailah ketawa 1 dewan melihat aksi mereka ni. Si Leman pun bukan mainlah tunjuk bakat dia... hahahahahah... comey Leman. Leman antara top 2 yang mendapat sorakan penonton untuk mendapat hadiah. Tapi takder rezeki. Sedey... Hehehehhe... Tapi apa pun.. cayalah Leman sebab berani menonjolkan bakat dan siap mengusik Dee lagi di pentas tu. Hehehhehe!!!
Mangsa-mangsa Dee yang memakai kostum mengikut peredaran muzik zaman dahulu dan kini
Selain itu, penonton juga diberi hadiah cabutan bertuah dari pihak penaja event ni. So far before Jamal Abdillah punya persembahan, aku, Angah dan Mama belum nak berapa bertuah la. Sedey!! Hehehehe
Lebih kurang jam 4.30 petang gitu, barulah Jamal menonjolkan diri. Perghhh... terpegun semua dengan kehenseman Jamal ni. Jamal yang telah menyampaikan sebanyak 11 buah lagu termasuk lagu baru dari album Raja Pop 2, Secupak Dua Cupak. Antara lagu lain yang dinyanyikan ialah Takdir Penentu Segala, Kau Lupa Janji, Padamu Kekasih, Azura, Kasihnya Ibu, Jeritan Batinku bersama alunan seksofon Alif Nasir, Sandarkan Pada Kenangan yang berduet dengan penonton, Di Sudut Kamar Hatiku dan Gadis Melayu. Masa Jamal menyanyi lagu-lagu sedih ni, dia telah merapati golongan ibu-ibu warga emas dan kurang upaya. Masa ni, berdedai la air mata ibu-ibu kat dewan tu bila Jamal menyanyikan lagu-lagu yang sengaja dipilih untuk meruntun dan mencuit hati para ibu dan tetamu yang hadir untuk sama-sama menghargai jasa ibu. Huhuhuh. Nasib baik aku tak terjebak sama... heheheheh. Apa yang pasti, setelah 32 tahun bergelar anak seni, vokal Jamal masih lagi mantap dan berjaya memukau para tetamu yang hadir pada petang itu.
ng buat aku teruja sangat petang tu bila, masa aku dan beberapa orang kawan di table belakang tu menghayati lagu Azura dengan membuat lambaian macam menonton konsert tu, tetiba Jamal terpandang ke arah kami sambil tersenyum dan terus datang ke table kami.. Masa ni, huru hara semua orang kat table aku ni termasuklah aku nak bergambar dengan Jamal Abdillah... Hahahah.... Yer lee... sape sangkakan Jamal nak datang pada kita. Kebetulan sedang bergambar tu Jamal juga menyanyi, boleh pula dia suakan mic tu kat aku time tarik chorus akhir lagu Azura tu.. "AZURAAAAAAA". Nasib baik mak nyanyi tak sumbang... heheheheh... I like!! Selepas itu, dia sempat ke meja belakang aku tu untuk bertemu seorang nenek tu dan bergambar. Then bila dia patah balik, dia sempat bertanya penonton tetapi tetiba dia terus sua mic kat aku lagik!! Jamal tanya kat aku: 'Saya hensem ke?' dan aku menjawab, 'You always hensem and young forever!'. Ayat mengampu tu... heheheheh. Jamal said, 'Hensem konon.. hidung mcm serombong kapal!!"..... Aku tergelak besar... nasib baik sedar diri... sorry Abg Jamal!! Hahahah...
Untuk lagu yang terakhir, Jamal telah menyanyikan sebuah lagu yang belum pernah dinyanyikan dan sebenarnya lagu itu ditujukan khas kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu. Tajuk lagunya, ialah Penawar Kasih. Masa ni, Jamal telah memanggil seorang nenek yang duduk belakang table aku tu tadi untuk menemani Jamal ke pentas. Rupa-rupanya nenek ni adalah nenek kepada pencipta lagu tersebut iaitu Fauzi Marzuki. Huhuhu... Tetiba nenek ni glamour habis sebab muka dia keluar surat khabar sumer. Heheheh!! Tetapi, masa Jamal menyanyikan lagu ni la mencurah-curah air mata mak-mak dan nenek-nenek kat situ termasuklah nenek ni. Huhuhuhu..... Penuh jiwa lagu ni. Uwaaaa....
Penutup kepada majlis ini, sambungan untuk cabutan bertuah diadakan sekali lagi. Hadiah dia best-best!! Peti ais la, TV LCD, Tiket Firefly dan percutian la... Huhuhuhu... Best giler. Tapi still aku, Angah dan my mom takder rezeki. Nak dijadikan cerita, untuk menambah kegembiraan dan keterujaan para ibu yang hadir, tetiba pula Dee mengumumkan 10 cabutan terakhir extra akan diberikan kepada tetamu untuk Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah. Maka, dengan baik hatinya Leman dan ayah dia telah memberikan kad mereka kepada my mom. Manalah tau kan.... rezeki mama aku. Hingga ke peserta bertuah yang ke 9... dah rasa hampa sangat dah.. sebab tak dapat. Masa Dee sebut nombor cabutan terakhir '0119', tetiba ayah si Leman ni menjerit "Yess!!" Rupanya nombor dia naik dan dia serahkan kepada my mom. Apa lagi.. senyum sampai ke telinga la my mom ni. Huhuhu.... Mama pun naik la ke pentas mama bersama 9 lagi penerima cabutan bertuah Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah. Nak-nak pulak my mom dapat berdiri sebelah Jamal Abdillah dan bersalam dengan dia. Bukan main sakanlah mak den ni haa... Haishhh....
Tamat sahaja majlis, sebelum beredar, sempatlah my family bergambar dengan Leman dan ayah dia yang happening tu dan rakan setable kami lagi sorang Kak Laila. Sempatlah bertukar no telefon dan FB. Hehehe. Yang loghatnya, aku, Angah dan Mama tak terus balik. Kitorang sempatlah posing sakan dengan Dee dan kat pentas utama tu dan signboard event tu. Mama pula sempat la beli CD Jamal dan minta signature Jamal setelah Jamal tamat press conference. Tukang mintak signnyer aku le. Sambil nyelam minum air... aku pun nak bergambar personally dengan Jamal Abdillah ni. Heheheh....
Eksklusif bersama Jamal. Siap sign CD lagik tu... |
Aku dan Dee |
Balik tu.. my mom punya senyum bukan main lagik!! Sampai ke telinga beb!!. heheheh... Anyway, aku happy bila dapat melihat mama tersenyum riang sebab dapat joint event ni.. Bak kata adik aku Syila la... 1 minggu tak habis story dia pasal Jamal ni kat rumah tu... Mesti menanah jer telinga bapak aku ni ... Hahahahah!!!
Oklah... Chow
p/s: Aku baru sahaja diberitahu yang Dinner Eksklusif Bersama Jamal Abdillah bersama 10 orang ibu yang bertuah tu akan diadakan pada 8 Jun 2011. Suke la mama aku tuh!!
Sila layan gambar yee... Heheheheh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!