Selasa, 6 Mei 2014

Tutorial Trengkas: Part 20

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:53 PTG
Reactions: 
Perkataan Majmuk 'bila, kala, kali'

Gurisan ' \ ' digunakan bagi melambangkan bunyi 'bila' dan gurisan ' _ ' bagi melambangkan bunyi 'kala/kali'.  Gurisan-gurisan ini ditulis memotong atau berdekatan dengan kata dasarnya tetapi tidak bersambung.

Latihan 20.1



Transkripsi

Latihan 19.1.
Segala mata pelajaran bagi pelajaran tinggi akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.  Apabila ini dilaksanakan, Bahasa Malaysia akan maju.  Apakala Bahasa Malaysia maju, Malaysia akan maju juga.  Manakala Bahasa Malaysia diutamakan, kita mesti mengetahui juga Bahasa Inggeris sebab Bahasa Inggeris menjadi bahasa pelajaran.  Adakalanya kita mesti menggunakan Bahasa Inggeris bagi mendapatkan pengetahuan.  Acapkali Bahasa Inggeris digunakan oleh pelajar-pelajar apabila Bahasa Malaysia tidak dapat digunakan.  Jikalau kita tidak mengetahui Bahasa Inggeris kita tidak dapat meninggikan pelajaran kita di London, Manila atau di Kanada.  Memang jelas Bahasa Inggeris digunakan di mana-mana.  Oleh itu kita mesti usaha betul-betul dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, kalau tidak kita akan ketinggalan dalam ilmu pelajaran.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...