Sabtu, 17 Mei 2014

Pemberian Hanum & Kimie Untuk Sir Muhinnnya Sempena Teachers Day

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:53 PTG
Reactions: 
16 Mei 2014 - Gym Dengkil

Okayyy... just nak share ngan korang... hasil kerja tangan aku nih dari bahan terpakai dan bahan tambahan yang murah-murah jer.

Kad ni aku buat secara last minit dan ad hoc atas permintaan anak-anak aku untuk diberikan kepada cikgu taekwondo kesayangan diorang iaitu Sir Muhinuddin sempena Teachers Day.
Sebenarnya kad ni adalah dari kad kawen VIP yang diberikan kepada boss aku setahun lebih yang lalu dan boss aku tak nak pon kad ni... hahahah.... so disebabkan aku nampak hasil dia exklusif dan cantik so aku simpanlah andaikata next time boleh diguna semula untuk diberikan kepada orang lain.  Lebih baik disimpan dari dibuangkan.... Kitar semula katanya... nama pon kerja kat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitarkan.  

Kad ni diluarnya berbaldu dan dalamnya ada gambar pemandangan bersama balerina.... puas aku fikir apa nak buat dengan kad ni pada asalnya..... So... aku just print dan tampal apa yang aku nak.  Kemudian tu... aku hanya mengeluarkankan kos sebanyak RM5++ jer untuk beli diamond-diamond yang berbentuk huruf dan kotak-kotak seperti dalam gambar bawah kemudian deco.  Yang penting bila kad ni dibuka nanti keluar la gambar ala 3D.  Hanum dan Kimie suka sangat sampai tak sabar nak sampaikan pada sir diorang. Heheheh...

Sir diorang pon tak sangka boleh dapat kad gini... tak sangka kad kitar semula boleh jadi gini... so korang pon boleh buat menda yang sama.  Jangan buang kad kawin yang korang rasa cantik-cantik tu.  Dengan secara kreatifnya korang boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik  hanya dengan kitar semula.  

Tataaaa...

Nota Emmymazli:  anak aku bagi kad teachers day pada sir diorang pon ada orang kata aku/anak aku membodek sir diorang.... hahahaha.... lawak betul laa... kejadahnya..... kadang-kadang kita sampai tak tau sape kawan sape lawan... hmmmmm

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...