Selasa, 20 Mei 2014

Mak Tak Sihat Lagi

Posted by Emmymazli at 2:41 PTG
Hmmm... kalau korang terbaca entry aku yang lepas... ada aku nyatakan kesibukan aku menguruskan anak-anak dan mencari rezeki dalam masa yang sama tiba-tiba dikejutkan dengan hal ibu mertua aku dimasukkan ke hospital sekali lagi.  Adusss... macam-macam dugaannya yang Allah berikan pada aku.  

So inilah kisahnya ibu mertua aku ni... mak mertua aku ni degil... baru baik sakit keluar gi sana sini... aku faham dia boring... tapi berjalan sampai tak ingat dan lupa jaga kesihatan.  Makan pula tak pantang.... sabo jer laa.... lupa yang dia sakit.... Apa jer yang aku boleh kata.... Dah masuk sepital baru nak beringat.  Itu pon buat bantai dia juga... makan nak sedap tapi tak sedor dia sakit.  Haishhhhh

1 jer aku tak selesa... masa aku datang dengan suami semasa melawat dia dihospital.... orang di dalam bilik yang sama dengan mak mertua aku ni pandang aku dan suami macam ada yang tak kena.  Seolah-olah  yang kami ni kejam tak tengok mertua aku sampai perli-perli mak mertua aku asik nangis jer.... aku rasa macam nak balik pon ada tapi fikirkan perasaan mak mertua aku dan laki aku... senyap sudahhh!!! Aku tak espect pon mak mertua aku apatah lagi orang lain yang tiada kena mengena dengan aku faham masalah keluarga aku.  Biarlah orang nak kata buruk tentang kita.... pedulikkannn!!

Korang kalau tengok gambar kat bawah tu kaki mertua aku tu bengkak.... yess.. bengkak sebab peredaran darah tak berjalan dengan lancar dan membuat takungan air pada badan.  Sama ada jantung tak pam darah dengan ok atau melibatkan baru-baru berair.  Masa aku datang ni muka dan badan dah kurang bengkak... tinggal kaki jer bengkaknya belum surut.

Tunggu dan lihat lah apa yang doktor boleh buat.  Korang-korang doakanlah yer.  
 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...