Hmmmm... Sana sini Hari Ibu... aku ni taklah kisah sangat nak sambut hari ibu ni... tapi nak tak nak sebagai ibu aku kena ingat pada mama, mak mertua serta makcik yang terdekat ngan aku. Side mama dan mertua aku dah wish... tapi bila ingat di sini aku ni menumpang kasih dangan mak sedara aku Bik Lipah... takkan aku nak senyap jer kan.... nak tak nak kena la ingat mengingat juga.
Petang tu (hari Ahad) selepas aku hantar anak-anak aku ke kelas taekwondo.... aku ada merancang sedikit jamuan petang.... almaklumla... sengsorang ni apa jer boleh aku buat.... hubby outstation katanya... maka buat layan diri la.... mula-mula ingat nak minum-minum petang jer kat rumah bik lipah and celebrate hari ibu sekali... tapi bila difikirkan kalau nak sambut hari ibu tanpa kek walau kecil pon rasa macam tak best pula. So aku pon meronda la ke area Putra Perdana untuk beli kek. Eh... boleh dapat pula kek yang kecil dan berpatutan harganya. Jadilah sebagai ingatan untuk aku buat bibik aku tu kannn....
Yang lawaknya... bibik aku tu boleh tak perasan aku bawa kek... yang di tau aku bawa kuih-kuih jer untuk minum petang. Heheheh.... Dah siap urusan bibik kat dapur buat air dan atas bantuan sepupu-sepupu aku tu baru kami panggil bibik kununnya nak ajak minum... at last nampak kek dah terhidang pula. Hehehhe... Suprised!! Janji bibik happy.... ni jer aku mampu buat untuk bibik. Selamat Hari Ibu bik!!
Sempat rakam bibik lipah tak sangka ada kek untuk dia di atas meja |
Simple but nice.. kek hari ibu untuk bibik |
Bik Lipah sengih jer bila potong kek... heheheh... |
Okeyy... citer pasal bibik dah abisss.... lepas balik dari kelas taekwondo anak tu... aku balik jer rumah tengok hubby aku dah terpacak kat depan tv. Heheheh.. katanya balik Isnin tapi Ahad maghrib dah ada rumah. Aku pon senyap jer laa... ingat nak balik masak makan malam kalau hubby ada rumah. Pastu terus dia minta anak-anak terus pergi mandi dan keluar untuk makan malam... Nak sambut hari ibu katanya sekeluarga. Huwaaa... terharu aku...
So malam tu kami keluar makan kat tempat favourite aku... tak perlu pergi tempat mahal tapi janji makanan aku order tu nampak mahal dan sedap. Nak makan sampai puas... hubby kata tak payah nak diet sangat la... hehehhehe
Syukur alhamdulillah... aku juga dapat sambut hari ibu sekeluarga haritu. Ingatkan aku keseorangan pada hari ibu tanpa suami... sebab tu aku puaskan hati aku dengan sambut hari ibu untuk orang lain. Anyway... Walau sambutan tu simple janji anak-anak aku dan suami tercinta pon ada. Sudah memadai pada aku. Thanks hubby dan anak-anak. Muachhhh.
Ceria dapat sambut hari ibu juga... |
Kami sekeluarga tunggu makanan sampai...
Hamekk kaw... makan sampai santak.... hehehehe... |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!