Baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi. Anak-anak aku tak ketinggalan untuk terlibat dalam kejohanan kalini. Kiranya ini projek besar Sir Muhin untuk Koryo Sepang.
Tapi kalini... hanya Hakimi sorang jer yang terlibat dengan perlawanan. Kalini Kimie main untuk kategori Bantam untuk weight 30-33. Hanum dah tak boleh sebab dah main national game. So tugas Hanum haritu hanya jadi penjaga masa untuk ring perlawanan. Almaklumlaa... dah senior la katakan.
Semasa perlawanan yang sempat dirakam
Petugas-petugas dari Koryo Sepang |
Alhamdulillah... kalini rezeki Kimie.... akhirnya Kimie dapat pingat emas pertama dia. Perlawanan kalini memang Kimie target emas untuk memastikan dia boleh masuk lain-lain perlawanan. Lagi pula.... Sir Muhin dia dah warning dengan anak-anak Koryo Sepang dari team A dan B... kalau tak dapat pingat emas mau kena rotan waima dapat pingat perak atau gangsa.... tapi kalau dapat pingat perak dan gangsa tu, jumlah rotannya kurang la dari tak dapat langsung. Hehehehe... takut benor Kimie kalau tak dapat pingat emas.
Selepas penyampaian medal |
Terima kasih tak terhingga kepada anak-anak koryo dan juga parents-parents yang bertugas dan membantu Sir Muhin diorang bagi menjayakan kejohanan kalini. Kiranya berjaya jugalakan majlis ni walau banyak kekurangannya. Almaklumla.... bukan senang nak handle budak-budak yang ramai. Lagi pula nak handle parents-parents yang belum biasa dengan perlawanan taekwondo pastu banyak pula songehnya. Heheheh... sorryla... memang yer pon... aku tak kata semua... ada segelintir... aku yang kat situ pon menyirap derrr... heheheheh...
Orang-orang kuat Sir Muhin
Alhamdulillah sekali lagi.... akhirnya kejayaan terbesar ialah bila Pusat Taekwondo Sek. Keb. Taman Putra Perdana di mana tempat anak-anak aku belajar taekwondo secara basic telah menjadi johan keseluruhan. Syukur sangat-sangat. Moga jadi pemangkin untuk adik-adik baru yang lain berjaya seperti senior-seniornya.
Team SK Taman Putra Perdana |
Pemenang-pemenang keseluruhan |
Sedikit taklimat dari Sir Muhin untuk anak-anak SK Taman Putra Perdana |
Sempat lagi anak-anak aku dan kawan-kawannya possing dengan piala. |
Selepas semuanya selesai.... atas inisiatif parent-parents dari SK Taman Putra Perdana.... Sir Muhin dan lain-lain coach seperti Sir Steepan, Sir Khaleq telah diraikan dengan Sambutan Hari Guru sebagai menghargai jasa mereka mendidik anak-anak kami dalam sukan taekwondo hingga ada yang berjaya dengan cemerlangnya. Meriah betul Sir Muhin kalini sambut Teachers Day. Hahahahah.... Anak-anak semua terutamanya anak-anak dari SK Taman Putra Perdana tak melepaskan peluang bergambar dengan sir diorang. Parents pon nak juga bergambo dengan sir. Ehhh... tapi kami sir yang ajak bergambar... apa lagi.. laju jer semuanya. Hehehehehehe.....
Okaylah... apa jer nak diceritakan.... itu jer pon... semoga semuanya suksess.... Ok bye!!
Sempat lagi Hanum & Kimie possing dengan sir diorang dan tunjuk medal
Sebenarnya... dalam aku sibuk menulis tentang hal aktiviti anak ni.... dalam masa yang sama aku sempat mencari rezeki sampingan di sini semasa kejohanan berlangsung. Dapatlah aku meniaga kecil-kecilan dengan menjual minuman bagi menampung apa yang patut.... Syukur alhamdulillah.
Namun... dalam sibuk menguruskan anak menghadapi pertandingan dan juga mencari rezeki yang halal dengan telah mengeluarkan modal yang agak besar (bagi aku besarlah sebab bukan orang senang).... boleh pula kami diberitahu mak mertua aku dimasukkan ke hospital sekali lagi. Walau pon tidak kritikal... tapi aku dan suami runsing memikirkan mak mertua aku ni. Siap kena perli lagi dengan bapa tiri suami aku. Haissshhh... runsing. Dengan mak sakitnya... dengan anak nak lawan esoknya... dengan dah habis duit beli modal meniaga.... dengan Hanum dan Kimie nak periksa pertengahan tahun pada hari Isnin tu lagi.... aku tak espect bapa mertua aku tu faham situasi kami.... Atas nasihat kawan-kawan... mereka sarankan aku tunggu dan meniaga dulu hingga habis program dan bagi Kimie settlekan impian dia kemudian tu barulah balik kampung malam tu. Mak mertua aku all the time dipantau doktor dan bukannya kritikal sangat... cuma aku faham... sebagai ibu dia pasti nak anak lelaki sorangnya ni berada disisi bila dia tak sihat. So terpaksalah aku just follow the plan.... But disebabkan malam tu selepas semuanya selesai.... aku terlampau keletihan hingga tak boleh nak buka mata langsung.... jadi kami decide untuk balik keesokkan harinya sahaja pada sebelah pagi berdua memandangkan Hanum dan Kimie menghadapi peperiksaan.
Hmmm.... ada sahaja dugaan yang aku hadapi... moga aku mampu hadapi dengan tenang....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!