Isnin, 12 Mei 2014

Kimie Grading Taekwondo - Merah 2

Posted by Emmymazli at 6:13 PTG
11 Mei 2014 - SK Rancangan Tanah Belia 

Okey guyss ... today aku nak update pasal program anak-anak ni ....

Alhamdulillah ... syukur ke hadrat ilahi ... baru bulan lepas Kimie & Hanum grading taekwondo dari Biru 2 ke Merah 1 dan lulus and now Kimie dapat offer lagi untuk grading naik ke Merah 2. Memang rasa terlalu cepat. Macam tiba-tiba sangat bila aku diberitahu oleh Kimie masa lepas habis latihan pada Ahad minggu lepas, seminggu sebelum hari grading.

Sedikit pon aku tak desak apatah lagi berbunyi untuk meminta-minta pada Sir yang ngajar mereka untuk percepatkan Kimie atau Hanum grading. Tapi mungkin minat dan kesungguhan Kimie semakin lama semakin menebal maka Sir dia pon nampak dan offer untuk Kimie grading. Syukur sangat ... . Macam mana pon Hanum walau selevel ngan Kimie tapi dia tak boleh grading awal ... so kena la tunggu 6 bulan akan datang maybe dan insyaallah.

Kalau ikutkan ... masa Kimie mula-mula cakap pasal grading tu aku tak berapa faham sebenarnya .... adakah Sir dia suruh Kimie grading atau suruh teman sir pergi grading day untuk bantu dia urus anak-anak sekolah .... sebab ayat kimie tu kadang kelakar skit penyampaiannya. Terpaksa la tebal muka tanya samada pada Sir dia apa sebenarnya maksud dia pada Kimie tentang grading tu. Then barulah Sir Muhin bagitau ... "Sekarang ni saya tengok Kimie ok banyak kak. Kalau sampai minggu ni dia ok saya nak dia grading skali pada 11 Mei kak. " Lega rasa bila dapat penjelasan dari tenaga pengajar begitu. Secara tak langsung aku mula dapatkan info-info untuk grading macam mana.

Bila aku explain kat Kimie ... lagi la bersemangat ... mulalah dia perkemaskan Taeguk dan teknik dia. Minta aku tanya sana sini pada senior-senior. almaklumlaa .... baru sangat grading and tak habis menuntut lagi untuk naik ke Merah 2 tu dah nak kena grading. So aku pon mulalah buat muka tak malu minta bantuan kawan-kawan yang anak mereka dah senior tapi masing-masing sibuk dan hanya anak-anak Kak Selina jer yang setuju nak tunjukkan cara dan ajar. Bergegas aku ke rumah Kak selina Selasa lepas untuk rakam video budak-budak ni buat Taeguk, teknik, set tendangan dan macam-macam lagi. Sambil tu mereka berlatih sama-sama kerana kebetulan anak-anak kak Selina pon akan grading sekali dengan Kimie. Terima kasih banyak la Amirul dan Adam sebab sudi ajar dan traning sama-sama dengan anak aunty Kimie ni ....
Balik dari rumah Kak Selina ... setiap hari dia dok berlatih sendiri. Bukan senang nak ingat semua kan ... Nak hafal taegeuk 1-7, nak hafal ntah apa lagi set tendangan dan juga tumbukan ... aku nak sebut pon tak reti der ...

Sehari sebelum grading Kimie memang bersemangat sangat .... pada mulanya agak frust sebab kelas basic yang patut berlangsung pagi Sabtu tu terpaksa dibatalkan sebab sekolah-sekolah kawasan Cyberjaya, Putra Perdana bersekolah. Jadi dia tak boleh nak tunjuk kat Sir dia ok atau tidak segala yang dia buat tu. At least kalau salah boleh la Sir dia betulkan ... still ada masa ... But nasib baiklah Sir ada buat kelas lain di SK Kota Warisan petang tu so boleh la Kimie training di sana dan minta sir tengokkan segala yang dia buat tu. Aku la yang penat kehulu kehilir masalahnya .... syukurr ....

Dihari kejadian di mana grading diadakan di SK Rancangan Tanah Belia.... alhamdulillah ... memang Kimie berdebar ... tapi syukur ... pada hari itu Kimie buat dengan baik sekali. Bangga dengan anak aku .... bukan takat kawan sendiri yang lihat puji ... parent lain yang tengok pon tegur pada aku yang Kimie buat dengan baik dan kemas. Tak sia-sia la aku kehulu kehilir bawa Kimie berlatih untuk buat yang terbaik ni. Semasa aku menaip ni .... aku rasa sangat bersyukur bila dapat tau Kimie lulus grading tali pinggang Merah 2 ni . Alhamdulillah!! Terima kasih Ya Allah!! Lepas ni turn Hanum pula untuk berusaha .... Kimie sekarang dah mula nak training untuk pergi 1st Poom. Tak nyabo!!!
Apa pon aku bangga sangat dengan Kimie .... Aku tak mau cakap lebih-lebih. Takut nanti jadi riak dan takbur pula .... Itu belum nanti ada yang kata aku ni buat baik dengan Sir Muhin sebab ada makna .... cukup sekadar orang yang ada disitu tahu macam mana performance Kimie dan aku bangga dengan usaha Kimie. Hanum yang jarang puji adiknya pon puji melambung adiknya .... So orang lain nak kata apa and tak puas hati lantak korang lah ... Ni semua soal hati dan sikap. Aku tau ​​apa usaha aku dan anak aku buat dan aku takkan kata anak orang lain tak bagus atau tak berusaha ... aku hanya akan cakap dan mengaku apa yang buruk atau kekurangan mahupun yang baik-baik dari anak aku sahaja ... aku akan anggap segala kekurangan dari anak-anak aku jer ... kalau aku dah usaha dan dia pon dapat yang terbaik bermakna itu rezeki dia.   Ibu mana tak nak yang terbaik untuk anak dia. Yer tak?? Takder istilah nak ampu or diskriminasi ... Apatah lagi ada yang mengatakan aku minta dari Sir diorang ni untuk Kimie digradingkan... hmmmm... macam-macam andaian.... kadang-kadang kelakar pon ada.... kalau tak tau maka tanyalah aku atau suami.... aku boleh bagi jawapan sejujurnya.  Tak payah buat desas desus di belakang aku.  
Kalau nak ikutkan.... aku tak kisah pon kalau Kimie tak grading awal-awal ni.... grading ni bukannya tak pakai duit.... pakai duit tu.... lebih pula dari grading biasa.... terus terang.... bulan 5 ni terlalu banyak menda yang aku kena uruskan soal pembayaran terutamanya hal anak.  Tapi bila difikirkan Sir dah offer dan inilah peluang untuk anak aku... aku sanggup pinjam dari sahabat yang sudi bantu.... terima kasih kepada sahabat aku yang sudi bantu aku tu.  Kalau tak memang aku hampir putus asa juga. Nasib baiklah seorang... kalau dua orang sekali grading... nangis aku.... huhuhuhu..... But yang pasti... aku tak espect orang lain faham aku.... hanya di blog ini mampu aku luahkan apa yang terbuku di dalam hati.  
Parents yang anak-anak mereka grading sama dan yang bertugas di hari grading
Oklah... malas nak tulis panjang-panjang.. Anyway kalini.... Syukur Ya Allah ... Kimie lulus ... Hanum pula lepas ni ... Insyaallah.... Doakan yer kawan-kawan..

Nota Emmymazli: Sabar dengan kerenah manusia....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...