7 Mei 2014 - Gym Dengkil
Kalini nak share aktiviti-aktiviti ibu-ibu kepada anak-anak Koryo Sepang. Program yang kami buat ni sebenarnya pada perancangan asalnya nak sambut birthday ibu-ibu dan anak-anak Koryo Sepang yang lahir pada bulan Mei. Memandangkan ibu-ibu malu nak potong kek depan anak-anak dan lebih kepada peribadi... jadi aku cadangkan supaya terus jer sambut Hari Ibu untuk ibu-ibu Koryo Sepang. Di samping itu nanti boleh sambut birthday sekali dan buat apreciation kepada Sir diorang atas kejayaan mendidik anak-anak kami. Tak sangka pula idea aku diterima.
Dalam kata bagi idea.... ibu-ibu ni minta aku uruskan majlis pada kali ini di samping maklumkan kepada ibu-ibu lain yang aku kenal. Aku pon uruskan mana yang patut. Kumpulkan duit dan potluck... buat tempahan kek dan cupcake.... Mana yang mampu jer aku buat.
So inilah hasilnya kek yang aku tempah dari jiran aku... Kalau korang berkenan... boleh order dengan dia Faiza atau tengok di blog beliau di SINI... Kek-kek dia bukan takat cantik malah sedap okeyyy... aku rekemen!!!
Apa pon... syukur alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dan semua happy. Walau ada yang tak dapat join.... sekurang-kurangnya aku nak mereka tahu yang masih ada yang ingat pada mereka walau diorang busy dan maybe ada yang menjauhkan diri. Masa nilah nak rapatkan silaturrahim. Yang penting saling ingat mengingat....
Terima kasih kepada ibu-ibu yang hadir dan menyediakan potluck... dan terima kasih juga kepada anak-anak yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih juga kepada Sir Muhin kerana membenarkan majlis diadakan di Gym untuk menambahkan aktiviti kekeluargaan dalam Koryo Sepang.
Harap-harap semua happy walau mungkin banyak kekurangan aku dalam menganjurkan majlis.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!