Khamis, 27 Jun 2013

Melawat Stesen Tv Al Hijrah

Posted by Emmymazli at 5:50 PTG
18 Jun 2013 - Stesen TV Al-Hijrah

Alhamdulillah... sejak Unit Komunikasi Korporat (UKK) buat event mana-mana lawatan... lawatan yang ini jugak boss aku lepaskan aku pergi.  Kalau yang best-best dan jauh tu memang takder chance la aku kan.... huhuhu... apa pon.... syukur dapat peluang ke Stesen TV Al-Hijrah untuk melihat lebih dekat cara diorang bekerja.  Kebetulan pula... sahabat aku Ila dan Ida pon ada sama... kira ada geng aku la masa lawatan tu... hihihih.

Korang tau kan Stesen TV Al-Hijrah ni memaparkan rancangan islamik kat tv? jangan tak tau pulak yer... malu den.... almaklum ler... Astro dah monopoli... so channel lain korang tak pandang dah... hahaha... yang cakap pon ni sama... kihkihkihkih....

Apa sangat la yang menarik kat sana ekkk.... hmmmm.... yang menarik pada aku dapat verangan jadi macam pengacara tv... kihkihkih... tapi bagi aku kenangan manis masa di sana bila dapat duduk di set dan kerusi yang Ustad Don hos iaitu program 30 Minit Ustad Don yang disiarkan setiap subuh tu.  Wehuuu..... mana la tau... ada rezeki jadi cam dia.... aminnnn!!! Tapikan... kalau Ustad Don ada lagi bestkan masa tu... dapat tengok diorang recording.  Ecehhhh!!

Apa pon... terima kasih kepada urusetia Stesen TV Al-Hijrah yang menjemput kami untuk lawatan dan memberikan banyak penerangan tentang program serta produk yang u all paparkan di tv.  Banyak juga perkara baru yang kami dari NRE tau nih.... Last but not least.... thanks for the goodies yer... 
Antara produk/program Tv Al-Hijrah
Dapat duduk di set 30 Minit Ustad Don
Goodies kami... tq yer
Bangga dapat singgah di sini... wehuuuu

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...