Rabu, 19 Disember 2012

Pertandingan Koir Lagu Patriotik Piala TYT Melaka

Posted by Emmymazli at 2:26 PTG
12-14 Disember 2012
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka

Salam semua...

Today aku nak melaporkan kisah team koir aku yang telah turut serta dalam Pertandingan Koir Lagu Patriotik Piala TYT Melaka baru-baru ni di Melaka.  Seronok tu memanglah seronok kerana dapat sama-sama bertanding dengan 22 lagi team dari seluruh Malaysia yang tak kurang hebatnya tetapi.... ada tetapinya... pelbagai dugaan dan rintangan  yang team aku hadapi untuk join pertandingan ni.... Hmmm.... nak story kat sini pon rasa tak syok tapi.... aku rasalah.. mungkin ini pertandingan yang terakhir team aku akan join....
Pentas pertandingan di Auditorium JKKNM
Sebelum tu aku lupa nak story yang team aku Rhapsody Choir de NRE kalini bukan sahaja terdiri dari rakan-rakan NRE tetapi ada juga dari Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.  Kumpulan kami jadi lebih besar dan lebih meriah.  1 NRE la katakan... heheheh
Rhapsody Choir de NRE
Alkisahnya.... kami bertolak ke Melaka pada 12.12.2012 tu dari Putrajaya jam 10.30 pagi dan tiba ngam-ngam time makan tengahari di tempat yang kami menginap di D Village, Ayer Keroh, Melaka.  Petang tu... semua berkumpul di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka (JKKNM) untuk sesi cabutan undi untuk saringan yang dibuat bagi 3 sesi.  Sesi pertama adalah pada malam tu dan sesi kedua dan ketiga pada esoknya 13.12.2012.  Semasa cabutan undi... kitorang amat berdoa yang dapat buat persembahan pada malam tu.  Alasannya konon boleh balik cepat dan kita pon tak payah nak terkejar-kejar untuk majlis esok harinya... Hahahaha.  Berkat doa semua.... semasa cabutan undi kami membuat persembahan kedua (2) iaitu pada malam tu juga.  Alhamdulillah!!!
Menunggu semasa cabutan undi
Kami giliran kedua.... suka Ila...
Setelah tamat cabutan... kami pun buat ujian suara di auditorium tu dan setelah selesai kami terus pulang ke hotel untuk membuat sedikit latihan dan seterusnya bersiap untuk persembahan pertandingan pada malam tu.   

Malam tu.... nervesnya jangan cakaplah.... nak besiap la bagai sampai tak sempat nak makan malam sebelum nak pergi ke JKKNM tu.  Apa pun kami anggap kami buat persembahan seperti biasa dan juga seperti pertandingan sebelum ni yang kami sertai.  Kalini... aku merasa puas hati dengan persembahan kami.... .  Apa pon keputusannya ketika itu kami redha dan yang penting kami dah buat yang terbaik.  Betul tak.... Love u Rhapsody Choir de NRE!!
Semasa persembahan kami

Selesai 1 bab malam tu....  Setelah selesai persembahan 7 kumpulan... kami semua pon sesi bergambar... kononya pihak JKKNM kata gambar kami akan keluar kat surat khabar Melaka.  So kami pon possing sakan laa... Hahahaha... Tak cukup kat pentas tu kami possing... kat luar auditorium tu pon kami layan possing lagi... siap dapat bergambo dengan juri kami Datuk Yusni Hamid.
Bersama Datuk Yusni Hamid
Peserta lelaki Rhapsody Choir de NRE
Peserta wanita Rhapsody Choir de NRE
Aku pon nak possing sakan jugak... macam penari kebudayaan la katakan... hahahahha

Dah sakan possing baru teringat yang kami ni semua tak makan lagi.  Perut lapar jangan cakap laa.... Sebelum makan kami pergi tukar baju dulu kat hotel dan kemudian baru keluar pergi makan di Berkat Salam Bukit Katil yang terkenal dengan Asam Pedasnya.  
Esok tu... kami takder apa-apa nak buat.  Hanya nak menunggu keputusan samada dapat pergi ke Final atau tidak.  So kami pon plan untuk keluar dan makan cendol kat area Stadthuys @ Bangunan Merah.  Cendol dia marveles ok!! Yang buat lagi marveles tu sebab pengurus belanja.... Hahahah.... perut dah kenyang.... hati pon dah sejuk... apa lagi... lintas jalan kat depan tu then possing-possing dan shopping la diorang ni.... 
Cukup time kami pon balik ke hotel dan kemas-kemas untuk terus check out before nak ke JKKNM semula untuk mengetahui keputusan ke final petang tu.  Masa kami sampai ke JKKNM tu.... kebetulan ada beberapa team lagi yang masih belum buat persembahan.   So sempat la layan persembahan diorang.  Then sementara nak tunggu keputusan tu, kami dihidangkan dengan persembahan kebudayaan negeri Melaka.  Memang layan habis la persembahan diorang.  Sebab terlampau layan sampai tak sempat aku nak amik gambar diorang... Heheheh!

Keputusan petang tu.... yang dapat pergi ke final ialah LHDN, MPTJ, MPAG, MOF dan dua lagi team yang aku lupa.  Heheheh.... Team kami mendapat tempat ketujuh (7).  Sipi giler nak ke final.  Tapi apakan daya.... Kalau dapat ke final pon masalah besar juga kat kitorang....  Macam-macam masalah timbul.  Dah masing-masing berdoa tak ke final... maka makbul doa tu.  Hahah.... Yang kelakarnya... ada satu insiden semasa pengumuman team yang berjaya ke final tu.... Masa team terakhir yang diumumkan final tu... team aku pulak boleh  bersorak bagai nak rak.... padahal tak ke final tu.... Sampai ada team dari LHDN naik confuse sebab kami bersorak bukan sebab berjaya ke final tapi bersorak  nak balik.  Hahahha.... Boleh gitu???

So petang sebelum balik tu... kami sesi bergambar sakan lagi la kami bersama cikgu gamaknya.... ceria bila 1 masalah selesai.  Kalau tak pening lagi nak fikir gi final tu.  
Possing sakan before balik
Dalam bas pon sempat nak possing!! Ceria dapat balik la katakan...

Apa pon.... terima kasih kepada kengkawan yang memberikan komitmen yang tinggi dalam team koir ni.  Dan ucapan terima kasih tak terhingga buat Cikgu Nurul Fazlina berusaha sehabis baik dan tak pernah serik mengajar kami dari kami hanya tau nyanyi biase-biase jer sehingga dah boleh buat voicing sekarang ni... hihihi.... Tq cikgu!!

Last but not least.... Love u so much Rhapsody Choir de NRE!!! Walaupun kita tak ke final... at least kita dapat tempat ke 7 dari 22 team.  Oklah kan.... Top 10 tu.... Hehehhe.... Jika panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dilapangkan masa oleh boss aku insyaallah kita akan bersua lagi tahun depan.... Amin.... Kalau tak aku duduk ontok-ontok je kat opis tu... Hihihih

Bye!!

p/s:  Petang tu masing-masing loghat nak terus balik awal sebab nak layan bola Malaysia vs Thailand.... sabo jer laa....




0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...