Khamis, 20 Disember 2012

Family Day Haji Sahri 2012

Posted by Emmymazli at 11:32 PG
15-16 Disember 2012
Paya Indah Wetland, Dengkil
Salam Semua....

Today aku nak story mengenai penglibatan aku dan family aku di Family Day Hj. Sahri baru-baru ni.    Kita  bagi intro dulu la ekkk.....  Sebenarnya... nama Hj. Sahri ni adalah nama arwah atok aku yer.... so kami telah menamakan family day ni sempena dengan  nama beliau sebagai ketua keluarga kami dan juga sebagai memperingati orang yang menjadi susur galur keluarga kami.  Family day ni merupakan penganjuran kali yang ketiga di mana kali yang pertama diadakan pada tahun 2002 di Seremban dan yang kedua telah diadakan pada tahun 2010 di Melaka dan insyaallah... di harap dapat diteruskan setiap 2 tahun sekali selepas ini untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ada.

Tahun ni yang menjadi penganjur kepada family day ini ialah Bik Lipah aku yang merupakan anak Hj. Sahri & Hjh. Minah yang ke 8 dari 9 adik beradik.  Pada mulanya nak buat di Puchong tetapi memandangkan kawasan dan tempat tak berapa nak selesa.... so penganjur dan aku sebagai setiausaha family day kali ni telah mengambil keputusan untuk mengadakan family day ni di Paya Indah Wetland Dengkil (PIW).  Actually, PIW ni under NRE dan Perhilitan.  So senanglah aku nak berurusan dengan pihak PIW ni.

Ok... nak cerita apa jer yer.. Hmm... Kita cerita ikut aturcara.

15 Disember 2012 (Sabtu)
Kami sampai jam 11.00 pagi di PIW.  Setelah mendaftar dan serah hadiah untuk pertukaran hadiah semua... aku dan hubby bertindak sebagai AJK Logistik berurusan dengan pihak PA System, Khemah, dan penginapan jika ada masalah.  Masa pendaftaran  tu dapatlah goodies dari pihak penganjur.  Kira oklah kan... Semua merasa walaupun sedikit tetapi rasa berbaloi.... Ehh lupa lak nak bagi tau... untuk hari pertama ni... semua ahli keluarga dikehendaki memakai pakaian bertemakan warna Merah/Hitam.  Barulah  nampak seragamkan... heheheh!!!
Acara pertama tenghari tu.... apa lagi... Makan tengahari laaa.... Makan tengahari di sponsor oleh Keluarga Puan Nurul Baity bt Haji Tupon kita.  Tengkiu sangat-sangat.  Sayangnya, Puan Nurul Baity kita tak dapat turut serta majlis ni sebab terkena Chicken Pox... Haiyaaa.... Cian dia!! Mesti rasa sedih giler tak dapat join... Huhuh...
 
Selepas acara makan... tepat jam 2.30 petang semua ahli  keluarga dikehendaki berkumpul untuk memulakan acara kanak-kanak dahulu pada haritu.  Penganjur hanya dapat mengumpulkan seramai 2 group kanak-kanak sahaja... Tak ramai la katakan....  Permainan yang dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, Bang Bang Boom,  Ping Pong dalam Sudu dan Kutip Gula-gula Terbanyak.  Manakala untuk kanak-kanak bawah 4 tahun diberikan game Kutip Gula-gula dan bawa balik sendiri... hahahhaha.... masa ni mak dengan ayah memasing lorat dan berebut-rebut nak kutipkan gula-gula untuk anak-anak diorang.... Sedangkan anak-anak diorang buat muka sardin jer.. hahahah...

Acara Kanak-kanak umur 5-11 tahun
Kanak-kanak 5-11 tahun yang ada pada haritu
Sesi pembahagaian kumpulan
 Isi Air Dalam Botol

Ping Pong Dalam Sudu
Bang Bang Boom

Kutip Gula-gula Terbanyak

Acara Kanak-kanak umur 1-4 tahun
Acara Kutip Gula-Gula
Sampai nangis budak tu sebab geli ada gula-gula dalam baju... hahahhaha

Selepas acara kanak-kanak sepatutnya acara Futsal Berpelikat untuk ahli keluarga lelaki tetapi acara  ini terpaksa ditangguhkan dahulu untuk memberi laluan acara Boat Riding di Tasik Rusiga, PIW.  Sebenarnya... acara boat riding ni takder dalam aturcara family day yang kami aturkan... kebetulan, acara boat riding ni adalah complemantary dari pihak PIW kepada aku sebanyak 5 trip mengelilingi Tasik Rusiga tu...  Thanks banyak-banyak....Hihihi.... Maka berdedai la masing-masing ke Tasik Rusiga tu untuk naik boat.... sementara nak tunggu driver boat tu sampai... masing-masing dah macam orang PATI Indon yang menunggu untuk di hantar pulang.  Hahahah.... Bila dah berpeluang naik boat tu.... sakan bergambar laakan... bukan ada apa sangat pon kat Tasik Rusiga tu... just pemandangan chalet dan sekitar PIW ni, lombong dan teratai jer banyak... dapat tengok pon ungka yang ada di Pulau Ungka duduk terjongok kat atas pokok tu... tapi  apa pon, bila dah berpeluang naik boat free macam ni... aku OK jer!!
Selesai acara boat riding… masing-masing terus balik ke chalet untuk teruskan acara Futsal Berpelikat seperti  yang diaturkan.  Memandangkan peserta ada 16 orang maka team dibahagi kepada 4 kumpulan.  Syarat untuk main futsal berpelikat ni senang jer.  Mesti pakai kain pelikat yang diikat paras bawah lutut dan tak kisah la macam mana cara ikat kain tu tapi asalkan tidak terlekir semasa bermain bola tu.  Yang paling penting, kena pakai seluar lain dari seluar kecik dalam kain pelikat tu… mana la tau…. Kalau ditakdirkan kain tu terlekir tak la jadi kes naya…. Kalau tak, mau jadi suwey 44 hari kalau tak pakai seluar lain… hahhahahah!!! Masa yang diberikan adalah 5 minit satu pusingan.  Mata goal adalah bergantung kepada jatuhan baldi yang disepak.  Senangkan…. Tak susah pon.  Dalam kata tak susah tu… aku tengok masing-masing dah nak putus urat kentut jugak la nak  habiskan masa 5 minit tu kat padang kecik.  Nak dapatkan goal pon bukan main payah.  Hahahaha…..  Yang paling gelihati tu bila tengok diorang begini… dah macam budak-budak baru lepas sunat pergi main bola ramai-ramai.  Hahahahah…. Comel wehhh…. Jangan tak tau… pakcik aku paling senior kat sini yang main futsal berpelikat ni jadi best scorer ko!!! Hebat tak hebat!! Boleh dapat Anugerah Gigi Emas!!! Hahhahaha!!
 
Tamat acara futsal berpelikat… masing-masing balik ke chalet  untuk membersihkan diri.  Sepatutnya acara seterusnya malam tu adalah sesi solat maghrib berjemaah tetapi memandangkan ruang untuk solat berjemaah takder maka solat maghrib perlu dibuat di chalet masing-masing sendiri.  Tepat jam 7.30 baru berkumpul semula di khemah untuk meneruskan dengan majlis tahlil dan bacaan yassin.

Alhamdulillah…. majlis tahlil dan bacaan yassin untuk keluarga yang telah pergi berjalan dengan lancar.  Rasa damainya bila tempat yang sunyi ni diperdengarkan bacaan yassin dan tahlil.  Rasa happy sangat bila mendapat peluang begini….. 
Selepas tamat majlis tahlil dan bacaan yassin ni…… acara seterusnya apa lagi… makanlah!! Hehehe… lapar wehhh.  Bila masing-masing dah perut kenyang, baru la acara seterusnya diadakan.  Mula-mula sekali ada acara Sambutan Majlis Hari Jadi.  Atas request bibik Obe aku, dia minta sambut dahulu birthday sepupu aku yang paling kecik dan muda, Adik Adib yang birthdaynya pada 14 Disember sehari sebelum family day ini diadakan sebab Adik Adib dah mengantuk.  Budak-budak la katakan.  Dah selesai sambut birthday Adik Adib barulah disambut birthday orang-orang yang lahir pada bulan Disember yang antaranya Makwek aku, anak bujang aku dan cousin aku.  Happy Birthday you all!!
Okey…  bagi meneruskan majlis seterusnya, pakcik aku Munzahit a.k.a Wak Nanang selaku Pengerusi Penganjuran Family Day Haji Sahri memberikan sedikit ucapan sebagai penyeri majlis.  Memang berseri sangatlah.. hahahah!!!  Kemudiannya diteruskan dengan sesi Pertukaran Hadiah dan Cabutan Bertuah.  Acara ini memang sangat ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga aku.  Bukan apa, confirmlah masing-masing tertanya apa hadiah yang diterima tu nanti or siapalah yang bertuah dapat hadiah cabutan tu.  Masing-masing bila dah dapat hadiah.. senyum sampai ketelinga… hehehehe
Sebagai acara selingan untuk acara pertukaran hadiah dan cabutan bertuah ni…. Cousin aku telah membuat 2 video family kami untuk ditayangkan.  Mula-mula sekali kena la padam lampukan.... Semasa video pertama ditayangkan masing-masing happy jer bila gambar masing-masing keluar.  Riuh rendah la orang kata.  Tapi bila gambar video  yang kedua ditayangkan jer… terus masing-masing senyap… hanya dengar tangisan kecil dan lelehan air mata.  Mana taknya…. Video kedua tu menayangkan gambar-gambar keluarga kami yang telah pergi untuk selama-lamanya.  Sudah tentulah sedih lebih-lebih lagi bila tengok gambar arwah atuk Haji Sahri!  Sehingga saat aku nak tulis ni pon bila review balik video tu, rasa sebak tak terkata.  Miss them so much!!  

 
Tamat jer tayangan video ni... terus buka lampu... Haaaa... Bengkak-bengkak mata dan merah-merah  hidung dan muka masing-masing terutamanya yang perempuan tu.  Huhuhu....   Acara pertukaran hadiah dan cabutan bertuah disambung semula.  Puas la makcik-makcik yang namanya naik tu nak cover muka yang merah-merah tu.  Hihihi... cian dia...
Apa pon malam tu masing-masing berpuas hati dengan hadiah yang diterima.  Malam tu takder apa aktiviti yang hendak dibuat sebab masing-masing dah keletihan mengenjit disiang harinya.  Tapi ada juga sekumpulan sedara mara termasuk la hubby aku ni yang keluar memancing malam tu di PIW.   Khabarnya, awal-awal lagi diorang dah beli beli umpan untuk memancing ni tapi aku dengar bila memancing tu ikan pon segan nak usik umpan.  Hahahha....  Ikan semua pegi sekolah la... dia tau orang nak pancing dia wat lauk.  Hahhaha... Baik korang tido macam aku lagi best!!


16 Disember 2012 (Ahad)

Pagi-pagi masing-masing dikejutkan dengan bunyi suara DJ yang diupah supaya bangun.  Bagus la DJ ni,  awal-awal pagi dah datang bertugas.  Heheheh. Aktiviti pagi tu seperti biaselah... makan time... bila perut dah kenyang barulah seronok nak  buat aktiviti.

Memandangkan pagi-pagi masing-masing muka ceria dan make up pon still cantik lagi, so acara bergambar adalah paling sesuai untuk memulakan aktiviti... hahahah... boleh gitu??  Dalam sibuk nyusun orang nak bergambar tu, punyalah lama nak tunggu Makwek aku bersiap untuk cukupkan korum.  Adeh..... Makwek aku pakai make up 5 inci kot... orang tua pon taw nak melaram ok!!  Hahahah.  Yang tak tahan tu... sebelum matahari naik dan dalam masa nak menunggu Makwek aku sampai.... masing-masing bergambar dengan senyuman yang meleret.  Bila Makwek aku sampai jer dan kebetulan matahari tengah naik menghadap ke muka.... berkerut-kerut muka masing-masing bergambar nak tahan silau matahari.  Hahahah.... Apa pon... ok jer!!
Gambar before Makwek sampai... sempat lagi...
Bila Makwek dan Nek pon dah bersiap make up untuk bergambar
Berkerut-kerut muka masing-masing... hahhaha
We are Hj. Sahri Families!!
Selesai bergambar, terus ke acara Senam Tari.  Acara ni memang ditunggu-tunggu oleh semua keluarga.  Mana taknya... nak tengok siapa yang menari paling kongkang... Hahahha.... Trainer yang dilantik adalah aku.  Hahahah.... gaya  macam terer jer kan.  Padahal lagu kanak-kanak jer.  Kihkihkih.  Lagu pertama yang disenam tarikankan ialah Poco-Poco.  Masa ni, tengah syok-syok menari ikut step tu, boleh pulak aku terpandang mak ngah dan cousin aku abg eddie serta yang lain-lain dibelakang tu tengah  menari tarian twist dan joget lambak.  Nasib baik hubby aku sempat captured apa yang diorang buat.  Aku kat depan geli-geli hati pon ada menengoknya.  Asal boleh la orang kata... Hahhahah.... Lagu kedua lak ialah Chicken Dance.  Haaa... yang ni memang ramai peminat tak kira orang tua ke, remaja ke or kanak-kanak riang.  Semua sporting buat chicken dance ni!!  Suke tengok diorang sporting menari.  Lagu terakhir yang disenam tarikan ialah lagu Gangnam Style.  Sebenornya aku bukan reti pon sangat nak ajar orang tarian lagu ni.... yang aku tau bab korus jer.... yang mula-mula tak reti pon.  So aku minta bantuan pakcik Razak aku untuk menari ikut suka bila lagu ni dikeudarakan.  Tapi yang kelakarnya.... lagu tu dah ditukar jadi tarian motong getah bila pakcik aku handle.  Hahahah.... Lawak-lawak!  Masing-masing bila senam tari lagu ni terus jadi senam gelak dek gelagat pakcik Razak aku yang sporting ni.  Hahhahaha!!!
 
Poco-poco

Chicken Dance

Gangnam Motong Getah

Selesai Senam Tari... masa rehat 10 minit diberikan kepada semua.  Masa rehat tamat, acara diteruskan dengan Sukaneka Dewasa pula yang dikendalikan oleh cousin aku Nina.  Acara dewasa yang dimainkan ialah Passing Getah,  The Ping Pong, Music Chair, Waiter Race dan Bang Bang Boom.  Seronok bila tengok orang-orang dewasa ni bermain macam budak-budak.  Siap gaduh dan bantahan bagai sebab ada yang main tipu. Hahhaha.... Banyak sangat pendajalnya.  Siap terima amaran pertama dan kedua.... Hahahaha....Agak-agak tak puas hati ada pulak yang main simbah air.  Hampehhh!!!  Apa pon keputusan juri adalah muktamad.  Main pun untuk fun-fun jer kan.  Yang penting semua sporting!!  Love my family!!
Passing Getah

The Ping Pong 

Music Chair

Waiter Race

Bang Bang Boom

 
Team-team yang sporting!!

Tamat sukaneka dewasa,  acara diteruskan untuk yang berpasangan tak kira berpasangan dengan suami isteri or ibu dan anak.  Acara yang dibuat ialah Batik dan Pelikat.  Heheheh... Arahan dia simple jer... Setiap pasangan perlulah memakaikan pasangan masing-masing kain batik dan pelikat mengikut kretiviti dan kekemasan masing-masing.  Dengar macam mudahkan.  Tapi bila game ni bermula... terkial-kial la masing-masing nak pakaikan kain batik dan pelikat ni.  Macam-macam gaya ada.  Hihihih!!  Dah tamat masa... masing-masing kena bersusun depan Makwek dan Mak Long aku untuk diberi markah.  Pemenangnya akan diumumkan semasa penyampaian hadiah tu  nanti.  Ekekekekek!!!
Tamat sudah acara Sukaneka Dewasa dan Berpasangan.  Kalau ikutkan ada acara berpasangan ada lagi 1 yang belum dibuat tetapi terpaksa dibatalkan sebab masa yang suntuk.  So hadiah untuk acara berpasangan yang tak dapat dijalankan akan dianjak untuk pemenang Batik dan Pelikat tadi.  Masing-masing tepat jam 12.00-1.00 tgh perlu check out dari chalet.  Semua perlu  balik ke bilik dulu untuk berkemas dan  kemudian baru acara penyampaian hadiah diteruskan selepas check out dari chalet memandangkan acara yang dijalankan hanya di khemah yang disediakan diluar chalet.

Bila masing-masing dah selesai berkemas dan semua telah berada di khemah,   acara penyampaian hadiah pon diteruskan.  Keputusan pemenang Sukaneka Dewasa ialah, Pertama - Hijau, Kedua- Biru, Ketiga-Oren dan Keempat-Pink.  Semua dapat hadiah...hehehhe!!!  Cayalah. Team aku yang menang tu... hahahha... yeay!!!!!  Untuk Sukaneka Kanak-kanak pula,  keputusannya Pertama-Rumah Merah dan Kedua-Rumah Kuning.  Untuk Kanak-Kanak yang bawah 4 tahun, semua adalah pemenang dan dapat hadiah.  Adilkan?? Hahhaha!!  Untuk acara berpasangan, macam tak percaya jer rezeki kat aku dan hubby sebagai pemenang tempat pertama dan tempat kedua jatuh kepada mama dan adik boy aku.  Hahahha... cam komplot jer kan.  Tempat ketiga hingga keenam aku dah tak tau saper sebab dah menang.  Hahahah!!!
Keempat-Pink
Ketiga-Oren 
Kedua- Biru
Pertama-Hijau (team aku okeyy!!)
Anak-anak aku masing-masing ditempat kedua dan pertama
Aku dan hubby menang tempat pertama acara Batik dan Pelikat
Mama aku dan adik Boy menang tempat kedua acara Batik dan Pelikat
Tamat sudah acara penyampaian hadiah...  Sebelum bersurai dan pulang masing-masing dihidangkan makan tengahari.  Rasa happy dapat berkumpul dengan semua keluarga walaupun letih.  Semoga family day ini dapat diteruskan seperti yang dijanjikan.  Apa pon... terima kasih tak terhingga kepada semua family yang dapat hadir, menyemsponsor makanan, hadiah-hadiah, duit dan sebagainya.  Jasa kalian amat dihargai.  Semoga kita berjumpa di lain kali.  Maybe tunggu Makteh (mama aku) pindah rumah baru nanti kita berkumpul lagi.  Kalini makan Nasi Ambeng pula la yer.!!! 

See you!! Love Family Haji Sahri always!!!
Sporting arr team aku - Team Hijau
JUARAAAA!!!!

4 comments:

Maria Menado~ on 26 Disember 2012 pada 1:24 PTG berkata...

waa.... meriahnyaaa.... jeles2. jeles2. hari tu ade buat jugak fmly day, tapi xley g.. mak abah je pegi. hehe...~

Emmymazli on 26 Disember 2012 pada 1:40 PTG berkata...

Mmg meriah... Hehehhe
Next time kalau ada family day pergi la... Syok!!

Nina_@ on 9 Februari 2016 pada 5:02 PTG berkata...

Waaa ! Bestnya! Dalam merancang juga! Harap berjalan lancar ��

Nina_@ on 9 Februari 2016 pada 5:03 PTG berkata...

Waaa ! Bestnya! Dalam merancang juga! Harap berjalan lancar ��

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...