Entry for today just nak share hasil usaha kami sekeluarga membuat rumah my sister Angah+family dan Mama+Abah ni. Cantik tak??
Ok... just nak sharing here.... rumah ni didirikan disebelah rumah Makwek aku di atas tanah milik my mom yang sebelum ni ditukar milik dengan mak sedara aku. Rumah ni menggunakan sumber kewangan my sis Angah+hubby. Maksudnya pemilik bersama rumah ini adalah my sis Angah & my mom.. betul ke aku cakap ni?? Tapi macam gitu la.... huhuhu.... Apa pon, rumah ni merupakan impian my mom and abah walaupun pada awalnya my sis tak berhajat pon untuk membuat rumah mereka di kampung ni tetapi di atas dasar kekeluargaan, my sis Angah telah berkorban untuk sama-sama membantu membina rumah ini dan seterusnya menjadi pemilik rumah ini secara tak langsung. Alhamdulillah.... dalam pelbagai rintangan yang dihadapi, akhirnya tersergam jua rumah yang dinanti-nantikan oleh Mama+Abah aku untuk berteduh hingga ke hari tua kelak.
Tak lupa juga terima kasih yang terhingga kepada my hubby yang bersusah payah menguruskan projek rumah ini dari A to Z..... dari tanah kosong hingga menjadi rumah yang tersergam indah. Buat masa ini, rumah ini telah siap 95%. Lagi 5% jer selesai projek rumah ini. Alhamdulillah.... walaupun pening menguruskan segala-galanya.... akhirnya... rasa puas hati kan bila rumah ni dah siap....
Thanks to Allah......
Renungan bersama....
Buat my mom & abah... moga hasratmu tercapai walaupun dalam hati hanya Allah saja tahu apa yang mama & abah lalui sepanjang nak menyiapkan rumah ni. Kalau Along ni orang berada..... insyaallah abah & mama takkan susah dan takkan menangis dan mendesak sesiapa untuk membuat rumah ni... Apa kan daya... Along cuma Along yang sekarang ni... Along yang gaji tak sebesar mana.... bukan pegawai besar. (T_T) Anyway, terima kasih tak terhingga kepada my sis Angah & hubby yang akhirnya berkorban untuk mencari dana kewangan untuk menyiapkan rumah ni. Rezeki korang jugakan.... rumah ini milik kalian walaupun abah dan mama menetap di situ. Tiada kata seindah rupa yang dapat Along ucapkan pada korang kerana membantu abah & mama serta menceriakan hati diorang. Andai Along punya harta dan duit.... maybe korang tak perlu bersusah payah begini membantu Abah & Mama tapi apakan daya..... Siapalah Along... Hanya masa dan keringat yang Along boleh bantu melalui suami Along, Abang Mazli. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa Angah & hubby. Thanks Angah!!
Waaa... apsal aku nangis masa nak taip entry ni...?? Sedih sebab tak dapat menyumbang apa-apa untuk abah dan mama di saat susah.... sedangkan aku anak yang paling banyak menyusahkan abah & mama dari kecil hingga la besar.... huhuh.... Sorry abah & mama. Along hanya boleh tolong melalui bantuan Mazli jer... menantu abah & mama yang dulu tak diterima dalam keluarga kita. Akhirnya menantu ini yang banyak berjasa pada abah & mama.... Huhuhu... sedih bila diingatkan. Tapi alhamdulillah.... segalanya berjalan lancar. Thanks my love hubby kerana tidak pernah berkira dengan keluarga I selagi u termampu!!
Apa pon... doa aku supaya segalanya berjalan dengan lancar dalam nak menempuh 5% jer lagi untuk rumah tu siap. Semoga Angah+hubby dan abah+mama bersabar....... Huhuhuh....
Love u guys!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!