Ahad, 23 Disember 2012

Latihan Keselamatan Kebakaran Bagi Pasukan Keselamatan Kebakaran NRE

Posted by Emmymazli at 4:09 PTG
20 Disember 2012
Kompleks Bomba Putrajaya

Salam Semua....

Entry kali ni nak share penglibatan aku secara tak langsung dalam Latihan Keselamatan Kebakaran Bagi Pasukan Keselamatan Kebakaran NRE. Aku mewakili Jabatan Biokeselamatan (JBK) bersama 4 orang lagi staf jabatan aku telah diarahkan hadir latihan ini yang diadakan secara berperingkat oleh NRE di Kompleks Bomba Putrajaya.  Korang tau tak apa tugas aku kat JBK ni dalam Pasukan Pegawai Keselamatan Kebakaran Tahun 2012/2013 ni???  Hahahah... aku sebagai Pegawai Keselamatan Tingkat di Aras 1, Podium 2 dan 3. Hehheeh.... Selamat la sangat kalau ada aku ni... silap-silap aku selamatkan orang aku sendiri tak selamat.... adehhh!!!

Apa jer aku nak citer ekk.... ??? Hmmm.... latihan ni lebih kepada penerangan mengenai punca kebakaran, kaedah menyelamatkan mangsa kebakaran dan sakit, cara-cara memadamkan api, demonstrasi kebakaran dan latihan kebakaran seperti ahli bomba.  Best memang  best hadir latihan ni walaupun kesihatan aku tak berapa nak mengizinkan tetapi aku tetap juga berusaha untuk menjalani latihan ini dengan jayanya tanpa skip apa-apa latihan yang diberi.  Best jugak jadi ahli bomba ni tapi perghhh.... nak putus urat jugak la aku angkat  berat-berat ni.  Nasib penyakit b****r aku ni tak menjadi... Risau gak aku.  

Apa pon jadi satu pengalaman berharga buat aku dan rakan JBK ni.  Kalau  time ni la takall out, bila lagikan???

Nak dijadikan citer... esoknya.... segala urat lengan dan kaki aku punya la sakit.... Huhuhu... Sampai aku gi amik treatment massage la... hahahhaha.... baru boleh bergerak dengan elok.  

Terima kasih kepada pihak BPKN yang memberikan peluang begitu  bermakna ni....

Jom layan gambar baru tau apa yang aku buat!!
Penerangan dari ahli bomba
Latihan menyelamatkan mangsa
Latihan menyelamat mangsa oleh geng-geng JBK dan UKK... Cayalah!!

Latihan mengangkat hos 3 teknik


Latihan membuka hos dan menyimpan semula

Latihan memadam api menggunakan gas pemadam api

Bersama geng-geng JBK yang turut menjalani latihan


Latihan memadam api menggunakan air seperti ahli bomba

Overall.... Memang best!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...