13 Ogos 2011 - Restoran Rimba Klasik, Bangi
As usual... bulan Ramadhan jer.. banyak event buka puasa yang nak dipenuhi. SMVPD 79ers untuk bekas student Vocay PD juga mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Penganjur tu macam biasalah... akak jugakkk!!! Heheheh... tapi bukan la aku jalankan sengsorang.. event ni takkan menjadi tanpa sokongan kengkawan lain terutamanya Ecah dan Jep Auto. Alhamdulillah... event berganti event.... semakin bertambah jumlah kengkawan yang joint kami. Kalau nak mengharapkan semua datang.. mungkin agak mustahil. Bagi aku, mana yang ada pun dah cukup berjaya kalau yang lain dapat hadir.
Tempat yang kami rancang untuk berbuka puasa adalah di Restoran Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi. Kami pilih tempat ini sebab tempat ini adalah titik tengah bagi kengkawan yang datang Port Dickson, Seremban, KL dan Klang. Tak kisahlah mana pun mereka.... yang penting kami dapat sama-sama berkumpul. Buffet kat sini berharga RM27 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Agak murah berbanding tempat lain. Di sini menyiapkan masakan ala-ala kampung. Bab rasa.. kira ok la.. Not bad at all. Kira aku puas hati la jugak....
Kengkawan yang datang event ni ialah Ecah PPU, Adik EK, Hazlinda BB, Giant AUTO, Wak MRT, Fitri MRT, Wazir MRT, Syahrul KFL, Aziz PPU, Blink MPPU, Harris Singh EN, Yazid TL, Jefly BB, Jep AUTO, Yumie JDI aku sendiri, Emmy PPJ. (shortform dibelakang nama tu stand for nama kelas kami)
Seronok giler bila berjumpa kengkawan lama... ada yang aku tak jumpa sejak habis zaman sekolah. Ada yang aku pernah jumpa di event yang lalu. Tapi masing-masing semua sporting sangat. Meriahlah tempat tu dengan kehadiran kami. Ada yang bawa family... sampai pack jugalah tempat tu... To those yang tak joint event ni... amatlah rugi.... Bila jumpa semua ni.. rasa macam balik di zaman sekolah pulak. Yang bezanya ialah bila masing-masing dah berumur dan ada yang agak montel.... Heheheheh. (akulah tuh!!! ;p)
Bila dah jumpa mereka-mereka semua ni... rasa macam tak nak balik pulak. Borak sampai lupa diri. Minum air pun dah bercawan-cawan. Masing-masing yang bawa family tu tak bolehlah stay lama-lama. Kalau sengsorang tu mau ntah pukul berapalah baru balik. Gedebak gedebuk... ada jugaklah dalam pukul 10.30 juga baru masing-masing beransur.
Aku mengharapkan... di masa akan datang, ramai lagi kawan-kawan dapat joint event SMVPD 79ers ni. Kalau boleh, cubalah luangkan masa seketika untuk berjumpa kengkawan lama ni. Aku ni antara AJK penganjur.. bila tengok tak ramai yang nak turut serta rasa macam sedih sangat. Rasa tak berbaloi penat lelah dan wang ringgit kami AJK-AJK ni bila korang tak bagi kerjasama. Pada aku, dimana pun penganjur buat... cubalah turut serta dan ambil kira kesusahan dan kesenangan orang lain. Jangan nak penting diri sendiri jer. Honestly, kami AJK-AJK penganjur tak boleh nak puaskan hati semua orang. Nasihat aku untuk korang, jangan sesekali mengukur nilai persahabatan kita atas dasar kamu atau mereka adalah dari kelas berlainan. Kita semua sama. Di mana pun korang berada di saat ini, kita semua adalah dari akar atau sekolah yang sama. Di situlah kita sama-sama menuntut ilmu untuk menentukan di mana kita berada sekarang... Pada kengkawan yang mungkin suatu ketika dulu ada sejarah yang tak berapa baik di antara kalian tidak kiralah korang putus sahabat sebab bergaduh ke, bercouple ke tapi takder jodoh..... kalau boleh... buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih... kita perbaiki kesilapan dan persahabatan kita. Umur masing-masing pun dah meningkat. Sampai bila nak bermasam muka yer tak?? v(^_^) Ambil contoh dari aku sudah... heheheheh (ayat perasan sendiri)
Oklah.... takmo citer banyak-banyak. Aku ucapkan terima kasih kepada semua kengkawan yang hadir dan juga ahli keluarga korang yang sama-sama memeriahkan event kita ni. Korang memang terbaekkk lah!!!!!
Thanks guys!!!!!
Wak MRT dan isteri (baju kuning) dan Yazid |
Dari kiri Ecah PPU, Hazlinda BB, Jep AUTO dan Giant AUTO |
Baju biru tu Fitri MRT, Yumie JDI, Shah KFL, Wazir MRT dan Haris Singh EN |
Family aku, Wak dan Yazid |
Bergambar dengan kengkawan yang ada |
Susah sangat nak dapat bergambar dengan dak Adik EK ni.... |
Tengah sibuk mengira duit |
Bergambar beramai-ramai |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!