8 Ogos 2011 (Isnin) - Cafe Dapur Mas, Presint 9, Putrajaya
Salam semua.... today nak story pasal event aku dengan geng-geng APDISK. Heheheh... sekali lagi aku memasukkan entry dengan lambat... sibuk di ofis sampai tak sempat nak buat entry....
|
Geng-geng APDISK yang hadir |
Korang pun maklum jugakan... bila time bulan Ramadhan jer... ada saja majlis untuk buka puasa di sana sini. Tapi biasanya... kena bayar la. Mana ada free. Tul tak?? Heheheh... Macam aku... bila bulan puasa jer... perbelanjaan makan aku sekeluarga pun tinggi juga la. Sebab anak-anak juga berpuasa. Kalau aku makan buffet di luar... anak-anak aku pun aku kena bayarkan juga. Bukan murah-murah buffet di luar. Itu belum lagi kalau pergi Bazzar Ramadhan bila nampak je makanan or air tu sedap jer terus nak beli. Huhuhu.
Oklah... berbalik kepada tajuk story aku. As usual, APDISK mengambil peluang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli dan AJK APDISK. Tapi as usual juga, hanya orang yang sama dan AJK tu juga la yang joint pun. Takde muka lain. Hmmm.... dah tak tau macam mana lagik nak promote kat ahli-ahli APDISK ni untuk joint event kita ni. Kadang jadi penganjur pun naik sedih tau.
Kali ini, majlis ini dibuat di Cafe Dapur Mas, Presint 9, Putrajaya. Harga buffet untuk sekepala ialah RM28 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tapi, bukanlah aku nak komen-komen yang tak baik tentang cafe ni but honestly, makanan kat sini memang tak seberapa sedap pun. Lauk-lauk yang disediakan juga tak banyak pilihan. Macam tak berbaloi la bayar RM28 hengget tu. Ni bukan komen aku sorang sahaja tau. Tetapi majoriti yang hadir semua kata begitu. Aku ni taklah cerewet bab makan. But bila tengok lauk jer... terus rasa hampa. Nak buat camner... kat Putrajaya ni.. tu jer yang ada dan murah. Huhuhuh
|
Dapur Mas Presint 9 Putrajaya |
|
Suasana semasa mengambil makanan buffet |
Apa-apa pun, yang penting ialah bila ahli-ahli APDISK dapat berkumpul bersama. Bagi aku.. semenjak aku joint APDISK ni, walaupun kami berlainan umur tetapi persahabatan kami semakin hari semakin erat. Alhamdulillah!! Itulah pentingnya bila APDISK diwujudkan. Selain dapat mengeratkan persahabatan tak kira pangkat dan umur di kalangan ahli, banyak lagi faedah yang berguna boleh diperolehi bila joint APDISK ni.
|
Lepas makan terus sesi berbincang |
Oklah... takder apa nak distory pun... event makan jer pun kan... as usual juga bila kami-kami ni berkumpul.... acara bergosip untuk event akan datang dan bergambar adalah agenda yang penting... Tak sahlah kalau takder agenda ni. Hahahahha...
Enjoy the pic yer...
|
Hubby dan anak pun joint juga... |
|
Setable dengan Lia |
|
Member sekementerian Yasarina dan hubby dia member sekolah aku... |
|
Berbincang dengan presiden |
|
Gossiping |
|
Possing dengan anak Yas yang gevu |
|
Pantang ada camera jer... heheheh |
|
Jejaka-jejaka idaman malaya kami yang turut serta... amacam... macho tak???? |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!