Harini aku bersemangat nak story pasal sesi interview aku bersama student DSK part 4 Poly PD dan sesi celebrate birthday hubby aku Sabtu yang lepas ni.
Pada mulanya, aku dimaklumkan yang sesi intiview di antara student DSK dengan senior DSK batch 2006 ke atas akan diadakan dalam hujung bulan Julai semasa aku sedang sibuk dengan Sukan NRE. So, aku takde lah nak fokus sangat pasal interview ni. Settle jer Sukan NRE, baru aku nak jawab yang aku akan hadir pada urusetia APDISK yang kebetulan dah setting date pada 30 Julai 2011. Bukan apa... membantu adik-adik junior ni merupakan tanggungjawab aku juga untuk membantu mereka dalam assignment yang diberi oleh Puan Norhayati Taman mengenai personaliti dalam dunia kerjaya.... aku cuba membayangkan aku kalau aku ditempat mereka... siapa lagi nak tolong... so ada baiknya juga aku hadir....Tapi seminggu sebelum interview aku tak boleh nak fokus sangat yang aku nak datang sebab baru sahaja kehilangan datuk tersayang.... tapi bila dah berjanji maka aku kenalah tepati... So, datanglah juga seperti yang dijanjikan....
Tapi masa mula-mula nak datang PD tu... puas la fikir apa alasan yang aku nak bagi pada hubby ni.... kalau tak reasonable kang tak sampai PD plak. Walaupun alasan nak diinterview oleh junior pun dah kukuh tapi kena ada lagi kukuh. Bila diingat balik.. tarikh 30 Julai tu birthday hubby aku... maka aku pun setting baik la dengan Mastura untuk celebrate birthday hubby aku skali kat sana. Hehehehhe... bijak tak aku... huhuhuh
Aku dah jangka yang student nak interview aku tu maybe dalam 4-5 orang.. Bukanlah sebab aku rasa aku ni glamor... tapi setiap kelas tu memang dah ramai... pastu senior yang datang tu berapa kerat jer pun...jadi, jangkaan aku memang betullah bila ada 4 orang yang interview aku setelah sesi pembahagian adik-adik junior kepada akak-akak senior. Tapi bila dilihat senior-senior yang datang... maka dilihatlah aku yang paling kertu di situ... huhuhu... terasa diri tua...!!! Mencik!!!
|
Adik-adik Junior Part 4 DSK |
|
Semasa sesi isi borang penilaian |
|
Time di interview |
Alhamdulillah, sesi interview yang diadakan di Pantai Purnama/Pantai Poly ni berjalan dengan lancar... aku nak ingat semua nama adik-adik yang interview aku tu untuk permulaan memang susah la... jangan marah yer adik-adik yang interview akak tu... akak ni agak pelupa orangnya... Tetapi memang rezeki mereka la bila diorang bersama aku... hubby aku bagi kerjasama yang cukup baik juga.. siap belanja makan lagi... jeles adik-adik dan senior yang lain. Hahahahha.... Dan aku pun tak lepas peluang untuk beri sedikit souvenir sebagai ingatan buat mereka. Hoperfully they like it!!
|
Dengan senior-senior |
|
Nak gak possing dengan junior... baru sama level kan... hehehhehe |
|
Adik-adik junior |
|
Sesi taklimat penutup oleh SU APDISK |
|
Comel-comel adik kita ni... |
|
Mastura beri penerangan tentang APDISK |
Settle sesi interview, maka kitorang yang pun berkumpul semula untuk sesi penutup dengan semua senior dan junior. Disamping itu sedikit penerangan mengenai APDISK juga diberikan agar adik-adik faham apa yang kami perjuangkan.... perghh... macam pilihan raya pulak... hehehhe. Yang penting... sesi bergambar tu adalah agenda utama yang takkan dapat dielakkan.... heheheheh
Settle program interview, kitorang pun terus bertolak ke Permaisuri Resort untuk celebrate birthday my hubby... ingatkan kami semua nak surprisekan my hubby... tapi bila aku dah didesak banyak kali oleh hubby tentang apa yang kami rancang....dan aku lak kang takut tak sampai PD pulak.. maka kena jugak la berterus terang... adehhh....sabo jer laa.... siap ugut tu!! Heheheh
|
Birthday cake my hubby |
|
Kami 4 beranak |
|
Sesi suap menyuap... buat muka manja lagik.. hahahah |
|
Antara kengkawan dan family masing-masing yang ada |
|
Nisa buat muka tak berapa nak semenggah... hahahha |
|
Mastura (baju biru belah kiri) dan adiknya Sarah (baju biru belah kanan) |
Kami geng-geng APDISK celebrate birthday hubby santai-santai sahaja kat gazebo yang berdekatan ngan pantai kat Permaisuri Resort tu... tenang dan santai jer.... yang penting hubby aku happy... kebetulan pula masa yang dirancang dah terlajak... maka waktu untuk celebrate birthday lebih lama juga tak mengizinkan bila ada kengkawan yang rushing nak ke tempat lain.... Yang aku berjaya pujuk Nisa, Wana dan Lia jer la untuk lepak sekejap di apartment untuk menanti makan malam.
Story malam tu tak habis begitu jer.... masa makan malam tu, Nisa ajak kami semua makan ikan bakar kat M.A.R Seafood kat area Teluk Kemang tu atas rekemen kawan dia yang katanya sedap. Selepas order, tunggu punya tunggu almost 1 jam setengah tunggu air dan makanan tak sampai-sampai. Perghhh... perut dah la lapor... menyirap jer... kita sound kat pekerja dia pun.. diorang buat dunno jer.... punyalah panas hati malam tu... At last, kemenyirapan hati kitorang ni tak dapat dibendung lagik bila lauk yang pekerja diorang hantar tu ditarik balik dan katanya bukan untuk table kitorang... walhal... dah berzaman kitorang duduk situ...so kitorang pun chow la sebelum ada meja yang terbalik nanti. Maka dah rezeki kengkawan yang tinggal ni aku belanja makan KFC kat pekan PD. Memang rezeki korang la beb... Hehehehhehe
Oklah.... habis sini dulu yer..... tunggu next entry... bubye...
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!