Selasa, 9 Ogos 2011

Tempat Berbuka Puasa Yang Best ^_^

Posted by Emmymazli at 12:23 PG
Salam semua.... Selamat Berpuasa.... today nak story pasal tempat berbuka puasa yang best.   Tempat ni, aku dah pergi hari minggu yang lepas bersama family aku dan mertua aku.   So, sesiapa yang nak datang ke Melaka, boleh la mencuba menu berbuka puasa ni yer v(^_^)v.

Tempat pertama yang aku pergi untuk sesi berbuka puasa setelah disuggest oleh adik aku Syila ialah Seoul Garden yang terletak di dalam Mahkota Parade Melaka.  Di sini menyediakan makanan ala-ala Korea secara buffet yang harganya berpatutan dan yang penting sedap ok!!!!  Before ni, aku dengar kesedapan makanan kat sini melalui adik dan cousin aku jer... at last aku merasa juga.  Kat sini, kita boleh makan masakan yang panas-panas.  Mana taknye, pengurusan restoran itu menyiapkan makanan yang telah siap dirempahkan untuk digoreng dan bebola ketam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi untuk dimasak steamboat.  Kita datang restoran tu pilih-pilih dan terus masak jer atas meja kita yang telah disiapkan dapur.  Memang puas hati sangatlah kalau kita makan kat sini.  Makanlah sebanyak mana.  Biarlah sampai lebam.  Hahahah.  Minuman pun juga begitu... refill lah berapa puluh kali pun dan minumlah sampai buncit.  Itu termasuklah lagi buah-buahan, ABC dan ice cream.  Hehehhe.   Giler kentang aku makan haritu.  Sampai biru-biru muka nak habiskan makanan dalam pinggan aku.  Hahahahah... Hubby aku jangan cakaplah.... ntah ke berapa round dia makan aku pun tak sure.  Yang kelakarnya, tahap kekenyangan aku dan hubby tu, perut kami punya kenyang sampai ke sahur pun still kenyang lagi.  Perghh... hilang diet aku!!!
Sign board depan kedai
Rate makan kat situ
Menu untuk steamboat
Menu untuk di goreng
Makanan laut yang disediakan
Meja untuk pengunjung
Set hidangan nasi
Hidangan buah-buahan dan ABC
Kuih muih dan nugget
Ice crream yang disediakan.  Ambil la banyak mana sekali pun
Cara memasak di sini
Muka orang lapar... hahahah
Peace!!! Sedap tau!!
Adik aku Syila dan Boy
Mama khusyuk makan
Tempat kedua yang best sempat aku singgah untuk berbuka puasa ialah di Restoran Ikan Bakar Muara Anjong Batu.  Tempat ni berdekatan dengan Jeti Anjung Batu, tempat bot-bot yang nak ke Pulau Besar.  Kedudukan restoran ini agak jauh dari medan ikan bakar yang lain yang ada di Melaka.   Aku ni banyak juga tempat kat Melaka ni dah makan ikan bakar terutamanya area Umbai, Serkam, Alai dan Muara Sungai Duyong.  Tapi kali ni aku makan kat Jeti Anjong Batu tu memang yang terbaik pernah aku makan la.  Masakan dia sumer sedap dan berasa.  Antara lauk yang aku pilih untuk masak ialah sotong goreng tepung, ikan goreng masak 3 rasa, ketam masak sweet sour, udang masak sambal, ikan bakar, kupang rebus, tapai, jelly kelapa, air tebu dan nescafe.  Kalau makan ikan bakar kat Melaka ni, tak sah kalau tak makan dengan nasi lemak sekali.  Tak mainlah makan nasi putih.  Tak power beb.  Tapi kat sini, nasi lemak dia memang terbaik!!.  Kena dengan selera aku masa berbuka puasa tu.  Aku ni kalau bab nasi lemak memang cerewet terutamanya bab sambal dia.  Tapi kat sini memang sedap giler.  Haishh... masa aku menaip story ni, boleh lak kecur air liur aku bila mengingatkan.  
Sign board kedai ikan bakar yang aku pergi tu
Pemandangan kedai dari parking lot
Pemandangan kedai dari muara
Mertua aku dan anak-anak aku bersama hidangan
Sotong goreng tepung, Ikan goreng masak 3 rasa, Ketam sweet sour, Udang masak sambal dan Nasi lemak
Ikan bakar, Kupang rebus, pencecah kicap, tapai, jelly kelapa, air tebu dan nescafe
Tak sabar nak tunggu berbuka bila dah tengok lauk pauk atas meja
Kepada kengkawan yang terbaca entry aku ni, jomlah cuba-cuba tempat yang aku dah try ni.  Sure korang puas hati.  Bak kata.. hingga menjilat jari kaki lah!!! Hahaha... Kalau nak ke Seoul Garden kena call dan booking awal-awal yer.  Selalunya fully booked kalau datang terus. Tapi kalau kat medan ikan bakar ni korang kena datang kat sana sendiri untuk pilih menu dan letak deposit.  Biasenya takder masalah kalau datang situ dalam jam 5 ke bawah.  Takde la rushing sangat.  Kalau nak ke sini, contact no tempat-tempat ni korang boleh cari kat internet yer... hehehehehhe!!

Oklah!!! Selamat menjamu selera!!!

3 comments:

Anne Ally on 10 Ogos 2011 pada 3:48 PTG berkata...

rasanye ade kak anne lalu depan soul garden tu,tapi tengok jer cz time tuh dah kenyang..wah len kali pegi sana nk try jugek ler

Jen Jen Areff on 11 Ogos 2011 pada 9:30 PTG berkata...

seoul garden tu dekat ngan ofis den

Global Products & Services Review on 3 Ogos 2012 pada 12:25 PG berkata...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...