Akhir-akhir ni aku asyik dikejutkan dengan berita kematian kawan-kawan dan orang yang terdekat dengan aku. Baru-baru ni aku kehilangan datuk tersayang 6 hari sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa. Minggu lepas aku dikejutkan pula dengan kematian adik kepada sahabat kampung aku di Segamat. Harini aku dikejutkan pula dengan berita kematian 2 orang abang senior aku di Sek. Men. Vokasional Port Dickson. Beliau ialah Allahyarham Raja Khairul Mizan dan Allahyarham Khairol Fazli yang meninggal dunia pada hari yang sama 30 Julai 2011.
Gambar kenangan kedua-dua arwah semasa majlis buka puasa SMVPD. Arwah Mizan berdiri kiri skali dan arwah Krol duduk kanan sekali. |
Aku tak berapa kenal arwah Abang Krol ni secara rapat tapi aku kenal dia sebab dia sama-sama pengawas ngan aku dulu. Aku difahamkan yang Allahyarham Khairol Fazli ni meninggal kerana kemalangan di Alor Gajah dan arwah melecur teruk akibat kemalangan tu.
Allahyarham Khairol Fazli |
Berita tentang kemalangan arwah di surat khabar |
Keadaan kereta arwah selepas kemalangan |
Kereta rempuh bas
ALOR GAJAH - Seorang penyelia syarikat penapisan minyak di Sungai Udang, dekat sini maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan bas Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jalan Kampung Paya Rumput, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Khairol Fazli Suli, 33, tersepit dalam kenderaan dan melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya terbakar semasa pertembungan itu.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Sungai Udang, dekat sini dan kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan ketika memotong sebuah kenderaan di sebuah selekoh.
Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani berkata, kereta dipandu mangsa juga dipercayai terbabas akibat jalan licin kerana hujan renyai-renyai sehingga termasuk ke laluan bertentangan.
“Pemandu bas berkenaan yang membawa 24 penuntut dan dua pensyarah UiTM dikatakan cuba brek, tetapi gagal mengelak kemalangan itu.
“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berlaku beberapa letupan kecil, diikuti asap tebal sebelum kenderaan terbabit terbakar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, pemandu bas berkenaan, Mohd Fadhil Mohd Amin, 46, berkata, semasa kejadian, bas berkenaan dalam perjala-nan dari UiTM Lendu, di sini menuju ke Tanjung Tuan.
“Masa itu hujan renyai-renyai. Setiba di satu selekoh, saya terkejut melihat kereta berkenaan terbabas sehingga memasuki laluan saya.
“Saya tidak boleh nak menge-lak, cuma menekan brek sekuat hati. Bagaimanapun, kereta itu terus meluru laju ke arah depan bas sehingga kedengaran dentuman kuat,” katanya.
Menurutnya, semua penumpang dalam bas berkenaan selamat dan keluar menerusi pintu keselamatan selepas asap hitam mula menyelubungi bahagian depan kereta terbabit.
“Saya dan seorang rakan dalam bas berkenaan terus mencapai pemadam api untuk membantu memadamkan kebakaran, sebelum bomba tiba sejurus lepas itu,” katanya.
Mohd Fadhil berkata, dia dan orang ramai terpaksa menunggu bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit disebabkan asap terlalu tebal.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin berkata, polis sedang menyiasat kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Allahyarham Raja Khairul Mizan a.k.a Kingk Mizan pula meninggal kerana kanser paru-paru. Abang Mizan ni kuat merokok. Maybe itulah faktornya dia kena kanser paru-paru. Aku agak rapat ngan arwah baru-baru ini sejak berjumpa semula dalam FB. Selalu chat ngan dia kat FB. Tetiba lately ni dia diam dan tak nampak dia online. Adalah dalam sebulan lebih nak dekat 2 bulan. Kalau tak tu at least 2 minggu sekali ada juga dia ngacau aku. Dia suka panggil aku Makcik or Nenek. Ada jer cerita lawak dia kalau chat ngan dia tu. Rupa-rupanya dia diam selama ini kerana dia sakit dan terus menghadap illahi. Dah seminggu dia meninggal pula baru aku tahu. Sedih sangat... yang paling sedih bila aku langsung tak ambil tahu yang dia sakit sebab aku langsung tak baca or buka FB dia untuk tahu status dia. Rasa ralat sangat!!!!
Allahyarham Raja Khairul Mizan |
Semasa zaman sekolah |
Al-Fatihah buat arwah berdua!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!