Rabu, 3 Ogos 2011

Takziah Buat Teman Yang Kehilangan Dinda Tercinta

Posted by Emmymazli at 4:53 PTG

Aku baru sahaja dikejutkan tentang berita kematian Mohd Shadan Mohd Adam iaitu adik kepada sahabat sekolah aku Diana Mohd Adam di Kg. Jawa, Segamat,  akibat kemalangan jalan raya di kampungnya pada 1 Ramadhan baru-baru ini.  Hishhh... sedih giler kalau difikirkan bila kita kehilangan adik atau ahli keluarga kita ni.  Tetiba risau pula kat adik aku si Boy di kampung tu slalu naik motor tak berhelmet walau aku selalu bising.  Adik lelaki aku tulah sorang... tapi disebabkan motor juga dia dah berapa kali accident motor sampai patah kaki.  Hishhh!!!

Anyway Diana, aku doakan kau sekeluarga tabah.  Redhakan pemergian dia yer.  Takziah buat Diana dan keluarga semua.  Al-Fatihah

Arwah Mohd Shadan Mohd Adam yang berbaju biru gelap sedang duduk (tiga dari kanan)

Dibawah ni story mengenai kemalangan yang meragut nyawa adik Diana dalam Harian Metro.

2 Sahabat Maut Nahas Motosikal

PILU... Esah Rosman tidak dapat menahan kesedihan meilhat anaknya, Mohd Saiful yang dilanggar kereta di tempat kejadian, semalam.


SEGAMAT: Dua sahabat maut pada hari pertama Ramadan dengan seorang daripadanya terbunuh di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas hampir lima jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Kampung Jawa petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohd Shadan Mohd Adam, 20, maut selepas lima jam dirawat di ICU Hospital Segamat akibat cedera parah di kepala dan badan manakala rakannya yang membonceng, Mohd Saiful Suhadi, 24, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat cedera parah di seluruh anggota badan.

Menurut sumber polis, motosikal Yamaha RD 250 yang ditunggang Mohd Shadan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan Proton Gen.2 dari arah Felda Medoi menuju ke bandar ini tidak dapat mengelak lalu bergesel dengan motosikal ditunggang mereka.
Katanya, akibat rempuhan itu dua sahabat berkenaan cedera parah dengan Mohd Saiful meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Shadan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mohd Shadan yang cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam tadi (semalam). Jenazah dua sahabat dari Kampung Jawa di sini dihantar ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mereka yang melihat kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...