Semalam aku telah menceritakan kisah abah my hubby di entry "Kesian Bapa Mertuaku". Today aku nak sambung untuk share story kisah aku, my hubby dan adik ipar aku Linda pergi hantar abah berubat secara tradisional malam tadi dengan seorang orang tua bernama 'Pak Ngah' di Taman Medan Jaya, PJ. Ini bukan berubat macam bomoh-bomoh tu yer. Aku tak suka kalau orang pergi berubat dengan bomoh-bomoh ni.....merepek la bagi aku. Jumpa Pak Ngah ni pun last minit punya plan masa Linda call malam tadi lepas maghrib sebab abah teringat kisah dari adik ipar aku Nazri pasal orang tua ni. Jadi kita ikhtiar la sedaya mampu.
Abah Mahat |
Sampai kat sana, berpusing-pusing my hubby cari rumah orang tua ni. Nasib baik ada GPS bergerak aku nih (gelaran untuk my hubby)!! Kalau nak tunggu aku dan Linda bawa abah, bukan takat tak jumpa rumah orang tua tu, silap-silap tak jumpa jalan pulang jugak.... huhuhu. Almaklumle... area PJ ni aku masih lagi fail. Apatah lagi area Taman Medan Jaya tu. Kawasan apartment dia punya la sesak! Nak cari parking jer my hubby tawaf 4 kali baru dapat. Adehh!!!
Masa jumpa dan masuk ke rumah orang tua tu, perspektif pertama aku melihat orang tua bernama Pak Ngah ni nampak macam biasa jer. Tetapi tutur kata dia amat lembut dan beralas. Bila abah dah terangkan segala-galanya, Pak Ngah pun mula la berubat. Seriously, cara orang tua ni berubat simple jer. Dia hanya minta siapkan air botol dan dia sendiri standby sebiji botol mineral kosong dan cincin batu apa ntah kepunyaan dia. Masa dia berubat, caranya dia usap mata dan kepala abah dan tiap kali dia usap dan tarik dia akan buang 'something' kat dalam botol dan tutup botol tu berulang kali. Kemudian dia akan tanya abah, samada ada perubahan atau tidak pada pemandangan mata abah dia bila tiap kali dia buat macam itu. Alhamdulillah, setelah berulang kali Pak Ngah buat perkara yang sama, setiap kali itulah pandangan mata abah bertambah ok walaupun tidak sebaik yang asal.
Setelah selesai, Pak Ngah minta anak dia ambil gambar botol yang 'diisi' tu di dalam bilik gelap menggunakan hand phone. Kalau ikutkan, mula-mula ingat nak amik gambar pakai camera aku jer, tapi bila Pak Ngah kata takut nanti camera aku rosak bila ambil gambar tu, terus aku tak jadi.... Jahanam la pulak kang camera aku... huhuhu. So hasilnya... haishhh... cerita je bab ni, meremang lak bulu tengkuk dan roma aku. Ada la ternampak susuk makhluk dalam bentuk asap dan bayangan tetapi tidaklah berapa jelas pada mata kasar. Antara nampak dengan tidak!!! Yang paling buat aku meremang bulu roma tu bila ada 3 keping gambar yang di ambil secara negatif (tanpa flash dalam gelap) nampak susuk makhluk bertanduk dan yang lain tu ada bentuk mata dan hidung. Bukan 1 tau tetapi ada beberapa. Gambar tu menunjukkan haba yang ada pada botol tu so nampak la ada mcm lembaga berbantuk hitam kemerah-merahan dan background warna kuning emas. Masa aku nampak jer gambar tu, lagi tegak la bulu roma aku ni. Huhuhu... scary tul!!!
Baru aku teringat, masa berubat tu my hubby ada tanya orang tua tu, "Banyak sangat ke benda tu" tetapi orang tua tu tak terjawab. Hanya dia yang tahu jawapannya. Sebenarnya, my hubby dah ternampak dah menda tu dalam botol tu. Sorry to say, my hubby jenis orang yang senang nampak makhluk-makhluk halus ni cuma dia suka pretend macam takder apa. So gambar yang aku nampak tu memang bukit sahih!Haishhhh!!! Ngeri wei!! Sebab tu aku tak mahu bluetooth pun gambar tu. Takut jadi mimpi ngeri lak. Hand phone pun rosak.... Even Linda pun tak mahu ambil gambar tu dari anak Pak Ngah. Haishhh!!
So, dari pengamatan Pak Ngah mengubatkan abah aku, sebenarnya ada seseorang telah menganiaya dengan menggunakan permainan syaitan pada abah my hubby ni dengan menutup mata abah. Orang yang menganiaya abah tu nak tutup pintu rezeki abah dengan 'kain'. Sebab itu pandangan mata abah kabur. Sebenarnya, masa pergi Darul Shifa kelmarin, ustad yang mengubat abah tu pun cakap perkara yang sama tetapi dia tak mahu cakap banyak-banyak kerana bimbang keluarga aku jadi buruk sangka pada orang. Macam aku cakap pada entry lepas, sudah 4 hospital abah pergi, doktor sendiri tak dapat nak terangkan apa yang terjadi pada mata abah. Tak rasa pelik ke?? Abah aku ni sebenarnya penjual sate bergerak menggunakan motor di keliling kampung. Dengarnya abah ada mohon subsidi untuk dapatkan kedai kopi bagi warga emas yang bekerja sendiri ni . Ada la orang kat kampung tu macam nak bersaing dengan abah. But kita ni tidak mahu lah menuduh sesiapa. Biarlah Allah saja yang balas di atas perlakuan jahat orang tu. Dari kata Pak Ngah, dia tak mahu bagitahu siapa orang yang buat tu dan Pak Ngah sebenarnya tak akan balas pun apa yang orang tu buat pada abah, cuma dia pulangkan balik 'benda' tu pada tuannya. Jika tetiba abah balik kampung nanti ada orang yang mengalami masalah yang sama macam abah, maka sendiri mau ingatlah. Haishhh... meremang lagi bulu roma aku time menaip story nih!!!
Alhamdulillah, resultnya dengan izin Allah, abah dah boleh jalan sendiri tanpa dipimpin masa kami nak balik tu. Mata dia dah agak terang!! Bukan setakat itu, walaupun masih tidak jelas pandangan mata abah sepenuhnya, dia dah boleh pakai selipar sendiri masa nak keluar rumah Pak Ngah tu. Amazing!!! Even masuk dan keluar lif, jalan ke arah kereta dan naik turun kereta pun, abah dah tak perlu dipimpin lagi seperti sebelum ini. Happynya..... Abah pun dah boleh tersenyum sekarang. Tak murung seperti selalu. Tatapi abah kena berubat lagi 2 kali lagi untuk baik sepenuhnya jika diizinkan Allah. Maybe arini dan esok kami akan bawa abah jumpa Pak Ngah lagi.
Apa-apa pun, kepada kawan-kawan yang membaca entry aku ni, aku tak minta dan takkan paksa korang untuk percaya perkara-perkara mistik ni. Tapi kalau perkara macam ini dah berlaku pada diri sendiri, ahli keluarga, sedara mara dan kawan-kawan korang depan mata korang, barulah korang tau macam mana rasanya. Aku bercakap ni bukan nak meraih kepercayaan korang, tetapi hakikatnya aku memang telah mengalami bila terjadi perkara begini pada ahli keluarga terdekat aku (bukan setakat abah tetapi adik aku, mama dan makcik aku) baru tau macam mana rasa perasaan aku ketika meraka tidak sedarkan diri dan dipengaruhi oleh "syaitonnirrajim" tu. Teruk tau!!
So, kita ni sumer beringatlah. Jangan sesekali mengambil jalan senang dengan menggunakan perkara yang dilaknat Allah (Syaitan dan Sihir) untuk memuaskan keinginan dan menganiaya insan lain. Sesungguhnya Allah melaknat manusia yang melakukan kemungkaran itu!! Beringatlah!! Oklah... aku nak undur diri dulu ye. Penatlah....!! Bye....
6 comments:
dik rumah pak ngah nie kat mana yer.. akak nak try bawa mak teh akak ler.. dia kena strok then ari tue ada bawa gie darul shifa.. ustaz tue kata ada jin.. so nak try ler kat pak ngah tue pulak..
aku doakan ...semoga apak mentua ko sembuh sepenuhnya...
benda benda mcm ni... seksa jasad ko tau.. orang dah kena tau la apa rasanya,..
alhamullilah..dah sembuh dah..saya pun pernah rasa benda macam nih..lagi ler org yang betul-betul dalam lingkungan family yang buat kami..hem..tapi semua tu kuasa Allah..kita kena yakin dengan dia..
Nisreffa: rumah pak ngah tu kat Taman Medan Jaya PJ. Kalau nak try takder masalah. Yang penting usaha kita nak ikhtiar. Apa-apa pun, call dulu pak ngah yer... bukan apa.. kadang-kadang hari minggu dia balik Perak.
No. Tel Pak Ngah: 013-4435929
Ila: thanks bebanyak... hopefully abah sembuh matanya dan boleh naik motor dan jual sate semula.
Etun: Alhamdulillah sesangat. Walaupun tak sepenuhnya, harap-harap akan datang akan bertambah baik. Masalah khianat menggunakan sihir dan syaitan di kalangan orang melayu memang susah nak hindar. Kalau perkara macam ni berlaku.. dan orang yang mengkhianat tu sedara sendiri, lagi sedih rasanya kan....
ada no fon?
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!