Rabu, 20 April 2011

Kesian Bapa Mertuaku....

Posted by Emmymazli at 10:30 PG
Salam semua... rindu giler nak menulis... sebenarnya kalau diikutkan hati banyak perkara yang aku nak tulis setiap hari sebab ada jer story yang nak aku share kat blog ni.. tetapi.. masyaallah... faktor kemalasan tu memang tak dapat nak disangkal lagi. Huhuhu....

Oklah.  Today aku nak story about my father in law.  Tapi bukan my father in law yang aku letak dalam entry sebelum ni yang menyanyi tu tau.  Ni father in law yang real punya.  Means, my hubby punya real dad.  Hehehe.... Mesti yang baca ni poning. Hahahahah.  Anyway, sebenarnya aku ada 2 keluarga mertua.  My hubby punya parents alhamdulillah masih hidup lagi and mereka telah bercerai semasa my hubby masih kecil.  Then, my hubby punya parents telah mendirikan rumahtangga keluarga masing-masing dengan berlainan pasangan selepas itu.  With mother side, my hubby takder adik-beradik but father side, got 4 childrens.  Walaupun adik-beradik berlainan emak, hubungan my hubby with his siblings sangat baik.  So, yang aku nak story ni about my father in law yang di 'bin' kan pada nama my hubby.  Heheheheh.

Abah Mazli - my hubby nye daddy

Actually, abah my hubby telah dimasukkan ke Hospital Serdang last week sebab mata dia.  Sebelum tu pada 9hb April 2011, adik ipar aku telah mengadakan kenduri akikah kat kampung.  So, maybe abah my hubby ni telah mengangkat barang-barang berat dan terlebih makan kambing yang diakikahkan, maka keesokan harinya bila dia bangun tidur, sedar-sedar pemandangan matanya kabur.   Bila dibawa ke hospital, hospital sendiri tak dapat pastikan punca jadi macam tu sebab bila di check tekanan darah, kencing manis, jantung dan macam-macam lagi semuanya dalam keadaan normal.  Bukan 1 hospital, malah dah 4 hospital yang adik ipar aku bawa termasuk Hospital Pakar Mata Tun Hussien Onn pun kata tak tau apa yang berlaku pada mata abah , cuma vision jer blur.  Tetapi pihak hospital kata jika nak buat pembedahan, still tak pasti samada boleh pulih atau tidak.  Lagi-lagi pula, cost rawatan agak mahal. 

Kebetulan, abah my hubby telah dimasukkan ke wad mata di Hospital Serdang, selama 4 hari last week tetapi tiada sebarang ubat yang diberi.  Just check mata, tekanan darah, tekanan jantung dan yang lain-lain jer.  Bak kata abah, "tertonggok jer aku kat sini tak buat apa, macam pokok yang ditanam tapi tak dibaja dan disiram.  Camtu lah aku kat sini.  Ubat apa pun tak bagi.  Macam mana aku nak baik!!"  Huhuhu, kesian.  Yer lee... dalam keadaan pancaindera utama kita telah ditarik balik, sudah pasti abah my hubby tu agak tertekan.  Bukan apa, doktor pun tak berani nak kasi sembarangan ubat kat abah, takut ada implikasi lain sebab tak dipastikan lagi apa masalah dan penyakit mata abah.

 
So, hari Isnin lepas abah dibenarkan pulang but sekarang ni abah my hubby ni tengah mencuba-cuba rawatan altenatif / rawatan islam / mistik atas nasihat doktor.  Semalam baru saja lepas berubat dengan Darul Shifa.  Kita tengoklah macam mana jika Allah mengizinkan untuk dia pulih. 

Jadi... pohon jasa baik kawan-kawan semua... doakan Abah saya ye, semoga pulih pandangan matanya.  Aminnnn....

4 comments:

Etun Amin on 21 April 2011 pada 12:09 PTG berkata...

Semoga abah Pn. Emmy cepat sembuh...insyallah..

Noorazwa on 21 April 2011 pada 1:30 PTG berkata...

kesian pak mahat......dah nmpak uzur dia.... cuba2 la berubat tmpat lain..... ko try la bawak yg kat batu pahat tue..... tanya kat mama alamat dia...

Emmymazli on 21 April 2011 pada 2:04 PTG berkata...

etun: terima kasih yer.

angah: abah memang nampak uzur. badan pun susut. aku dah cakap ngan abah. memang ingat nak bawak pun kat batu pahat tu. tengok camner nanti. ko baca story aku terbaru arini kisah malam tadi.

EraNaZeErA.. on 24 April 2011 pada 10:10 PG berkata...

semoga bapa mertua ko sembuh seperti sediakala...
dan aku mmg percaya benda2 mcm nih..sbb bapak aku sendiri pernah kena buatan org mcm nih.. teruk sgt... tp alhamdullillah... bila berubat sembuh balik... cuma manusia ni mmg tak pernah nak senang bila lihat kita senang...

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...