Isnin, 18 April 2011

Pertandingan Karaoke D'Klasik RTM

Posted by Emmymazli at 11:40 PG
16 April 2011 - Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur

Salam semua.... heheheh... kalau baca tajuk di atas tu caranya macamlah aku yang menyertai pertandingan ni kan?? Macam gempak jer!  Padahal yang masuk pertandingan tu sebenarnya bapa mertua aku.  Kehkehkeh...

Actually, malam Sabtu lepas telah berlangsung Pertandingan Akhir Karaoke D'klasik 'Menyanyi Dengan Betul' anjuran Radio Klasik Nasional di mana bapa mertua aku telah terlibat dalam pertandingan tersebut.  Peserta yang terpilih adalah dari pertandingan yang dijalankan di dalam radio hanya dengan peserta menelefon ke stesen radio dan menyanyikan lagu yang didengarkan di dalam radio.  Macam karaoke di dalam radiolah sebenarnya.  Rezeki bapa mertua aku, setelah 14 minggu pencarian di buat,  bapa mertua aku terpilih di antara 10 orang perserta dari seluruh Malaysia. 


Seawal jam 6.30 petang aku dan family mertua aku dah ada kat Angkasapuri.  Bagi support la katakan.. hehhehe.. tapi sebenarnya program berlangsung jam 9.00 malam.  Bukan apa, orang RTM kena la preparekan segalanya awal kerana nak ke udara kat radio secara langsung.
Ada rupa repoter ke??

Masa acara berlangsung,  paling kelakar bila aku masuk jer Auditorium P. Ramlee tu, orang lain kat situ tengok aku semacam jer.  Pelik gak. Aku pakai salah ke?  Rupanya orang kat situ ingat aku peserta pertandingan.  Kahkahkah... siap tanya, nyanyi lagu apa?? Sabo jer laa..... Lagi best pulak bila ada orang sebelah aku ni tanya, "Awak ni dari majalah mana?" Hahahaha... ada rupa orang majalah ke? Aku pun jawab tak lah.  "Kenapa kata saya orang majalah?".  Orang tu jawab, "Yer le, cara awak ni dengan camera lagi, memang nampak macam orang dari majalah..." Aku memang tergelak sakan.  Terpaksalah aku berterus terang.  Kehkehkeh... bangga seh... kembang kempis hidung nih!  Bila aku citer kat my hubby, dia senyum dan tergelak sinis sambil cakap "Perasan!!"  Tak boleh terima kenyataan la tu bini dia comel!! Wakakakakkakak!!!!!




Oklah... berbalik pada pertandingan tu, Pengacara majlis ialah Sofea dan Haris yang merupakan DJ Radio Klasik Nasional dan penyeri majlis yang menceriakan majlis ialah Kumpulan O Lama.  Boleh la... untuk majlis yang tak berapa besarkan.  Masih boleh dibanggakan.  Juri pertandingan ialah Akhbar Nawab (adik Ahmad Nawab) dan seorang lagi tu aku pun tak ingat nama dia.  Dari pahaman aku malam tadi, penaja untuk pertandingan ini ialah Tengku Zaini dari TZ Emas Holdings.  Tetapi hadiahnya taklah besar sangat.  Peserta Pertama: RM1000 dan trofi, Peserta Kedua:  RM700 dan trofi, Peserta Ketiga:  RM500 dan trofi.  Selebihnya hadiah saguhati untuk setiap peserta merupakan wang tunai RM100 dan trofi.  Kesemua peserta juga mendapat hadiah eksklusif dari Radio Klasik Nasional berupa sebuah pen berjenama.  Jadi le kan.... Hehehehe.....

Suasana pentas Auditorium P. Ramlee. 
Orang yang dalam gambar tu la Tengku Zaini

Tak dinafikan semua peserta yang bertanding amatlah berbakat.  Namun, bukan rezeki bapa mertua aku untuk menang malam tu.  Nak wat camner yer tak?!!  Kesian jer boleh.  Yang penting bapa mertua aku antara orang yang berjaya hingga ke peringkat akhir. 

Bapa metua aku - Syed Salim bin Syed Omar

Ada gaya penyanyi handalan walaupun dan berumur

Kalau aku nak ingat secara keseluruhan keputusan pertandingan tu tak dapat la.  Tapi seingat aku, pemenang tempat pertama nyanyikan lagu Menaruh Harapan dan tempat kedua peserta dari Melaka bernama Julaini yang nyanyikan lagu 'Ammy'.  Warghhhh... bangga wei orang nyanyi lagu aku.... menang lak tu... kehkehkeh.... perasan lagik.  Sebelum keputusan tu diumumkan, penonton dihidangkan dengan nyanyian dari pemenang2 Klasik Nasional sejak tahun 2007 hingga 2010.  Dan kebetulan one of them tu seorang kawan yang juga baik dengan mertua aku.... Si Eyfa... comel budaknye... heheheheh.. eh lupa lak... kalau sapa tengok Mentor... Eyfa ni adik Ayu Mentor (protege Hazami).

Bergambar dengan Artis Kelahiran RTM Eyfa

Oklah... nak citer banyak-banyak, aku tak laratlah... so enjoy the pic la yer... Layaaaannn.......

Kumpulan O Lama
 
Pengacara yang juga DJ Radio Klasik - Haris & Sofea

9 dari 10 Perserta yang bertanding... boleh lak gambar si Juara takder kat sini... hehehe

Bersama family peserta dan artis dari Melaka

Pak Metua aku bersama pemuzik-pemuzik dan pelawak dari Melaka
Actually yang kiri sekali tu Salman Sharif, komposer yang juga merupakan
tuan empunya studio Sri Dondang di Melaka tempat aku belajar vokal dulu


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...