Hmmm… dah a few days aku tak menulis…. Sebenarnya… banyak perkara yang aku nak luahkan kat blog lately ni tapi tak terluah. Ntah kenapa aku macam emosi pula lately ni. Time-time emosi ni tak boleh nak menaip lebih-lebih. Takut keluar perkataan yang tak elok. Heheheh
Oklah, actually aku kali ni nak cerita tentang Minggu Setiausaha. Cheehh… cerita macam la awak tu pernah merasa pergi Minggu Setiausaha ni. Heheheh… Aku faham, ramai yang mempersoalkan kenapa tiap-tiap tahun heboh kat mana mana media masa di mana Minggu Setiausaha dibuat secara besar besaran di hotel-hotel 5 bintang, jemput penyanyi no 1. Persoalannya sekarang penting sangat ke Setiausaha tu? Kenapa setiausaha je yang ada minggu? Kenapa tidak kerani ke, akauntan ke, office boy ke, apa ke? Adakah disebabkan nama jawatan 'SETIAUSAHA' tu glamer, atau adakah ini semua berpunca dari sikap kebanyakan BOSS yang terlalu memanjakan setiausaha-setiausaha mereka??? Jika penting sangat kenapa?
Hah!! Disinilah aku nak memperdebatkan hal ini. Walaupun pada hakikatnya aku sendiri selaku setiausaha tidak pernah meraikan atau ayat yang sebetulnya… DIRAIKAN oleh BOSS selama aku servis 11 tahun di Perkhidmatan Awam ni, namun, aku tetap nak maklumkan kat orang-orang yang tak puas hati pasal kepentingan kami ini.
Pertama sekali, aku nak mention pasal senarai tugas as a PA secara roughly.
1. Membantu BOSS dalam tugas harian :
- Menentukan Buku Catatan Harian yang teratur dan kemaskini serta perjalanan tugas harian BOSS berjalan lancar.
- Urusan mesyuarat dan tempahan bilik mesyuarat.
- Urusan mesyuarat dan tempahan bilik mesyuarat.
-Menyemak e-mail untuk BOSS dari unit-unit supaya segala perkara yang memerlukan tindakan segera dapat diketahui.
-Penyediaan fail-fail yang berkenaan.
-Urusan temujanji bagi BOSS.
- Memesan minuman untuk mesyuarat atau tetamu yang hadir untuk berjumpa dengan BOSS (biasanya PA buat sendiri)
-Urusan perjalanan dengan membuat tempahan kereta pejabat dan tiket penerbangan.
2. Pengendalian surat-menyurat / fail keluar masuk bagi BOSS:
- Mendaftar surat-surat / fail keluar masuk.
- Mendapatkan fail / perkara/ bahan yang diperlukan oleh BOSS.
3. Sebagai penghubung antara BOSS dengan pegawai-pegawai dalam dan luar pejabat
-Menjawab dan membuat penggilan telefon kepada / daripada pegawai-pegawai dalam dan luar pejabat.
4. Mengambil catatan trengkas dan menaip salinannya serta urusan taip-menaip seperti surat, memo, tuntutan perjalanan, laporan, minit mesyuarat dan kertas kerja.
5. Mengambil minit mesyuarat bahagian.
6. Kebersihan dan kawalan pejabat BOSS.
7. Menguruskan hal-hal peribadi BOSS
8. Menguruskan hidangan dan minuman BOSS pada setiap hari (termasuk cuci cawan dan pinggan BOSS & air minum mesti tersedia).
9. Tugas-tugas lain seperti yang diarahkan.
So, yang di luar sana, kalau dilihat dari segi senarai tugas PA di atas, begitulah kerja seharian aku (walaupun lately ni agak rileks skit sebab kerja-kerja pemfailan diuruskan oleh Kerani). Boleh dikatakan mostly Setiausaha di Jabatan Kerajaan semuanya akan mengalami perkara yang sama seperti aku. Tapi jika nak dibandingkan setiausaha-setiausaha di swasta, memang lagi kesian la. Mostly, boleh dikatakan, PA la menjadi tonggak kepada sesebuah syarikat. Kalau yang ada anak dan suami, boleh tunggang langgang la hidup sebab menjalankan tugas demi BOSS. Aku bercakap ni bukan semborono tetapi dari pengalaman a few kawan yang berkerja di Swasta terutamanya PA yang berkerja di bank-bank.
Memang kerja setiausaha ni kalau dilihat dari mata kasar nampak mudah. Selalunya setiausaha akan dikaitkan dengan kecantikan, seksi, berketrampilan and part paling tak best tu ‘skandal’ with boss!!! Helloooo... tu semua bergantung pada diri sendiri. Pucuk pangkal hati beb!! Kalau kerja kerani sekalipun cantik, bergaya and skandal wujud juga, so tak boleh kata setiausaha je yg terlibat dengan semua ni. Tau tak??!! Setiausaha ni umpama mata dan telinga BOSS yang perlu allert pada semua perkara, kena tau arrange schedule BOSS, kene make sure BOSS duduk dalam keadaan tenang, bersih, sentiasa diberi peringatan itu dan ini. Kena tau jaga rahsia BOSS, company dan staff yang lain. Erti kata sebenar, kena sentiasa tutup mulut, jadi telinga lintah dan sebagainya. Tak payah tengok jauh-jauh la, aku sendiri boleh dikatakan dah jadi tea lady everyday ok!! Termasuklah sediakan makan dan cuci cawan dan pinggan makan BOSS. Macam amah pun ada tau!! Kadang-kadang bosan tapi itu la hakikatnya. Itu belum lagi jadi driver BOSS. Perghhh!!! Bab kena marah la yang paling tak tahan. Sedih tau kengkadang tu. Soal manja memang takder dalam kamus tau beb!!
Nampak mudah kan...:) tapi kalau tiada pengalaman, tak mahu belajar, memang susah kerja ini. Incase kalau BOSS kena attend meeting or pergi sign agreement berjuta ringgit tapi setiausaha tak ingatkan perkara itu, tak ke rugi? Siapa salah dan siapa rugi? Just because tak remind BOSS perkara-perkara macam tu. Kalau dilihat kerja-kerja BOSS sekarang ni terlalu busy pergi sana pergi sini, meeting sana seminar sini dan kalau tiada setiausaha, bolehkah dia ingat semua meeting yang kena hadir itu?
Sebab itu kerja setiausaha agak mencabar umpama isteri BOSS bila dipejabat. Sentiasa kena berkomunikasi, cergas, dan berketrampilan. Sebenarnya setiap kerjaya ada kepentingan masing-masing. Mungkin setiausaha ada kelebihan kerana sentiasa bersama BOSS . Apapun kerjaya yang kita buat make sure kena ikhlas dan halal.
OK, berbalik kepada isu Minggu Setiausaha tu. Bukanlah kami ni mengharap sangat kami diraikan. Tetapi bila ada orang yang mengambil berat tentang kepentingan kami ni sebagai setiausaha maka kami terima seadanya. Soal kenapa kena “minggu”? Kenapa tidak “Hari” atau lebih tepat lagi Hari Setiausaha seperti Hari Guru diraikan? Part itu aku tak boleh nak jawab atau pertikaikan sebab tau-tau jer dah wujud and ada. Persoalannya, kenapa company/jabatan yang bayar? Bukan BOSS. Ini semua terletak pada BOSS masing-masing samada nak keluar belanja dari poket sendiri atau dari duit company. Janganlah nak jeles. Bukan apa, incase kalau company or jabatan bayar pun, apa salahnya. Aku perumpamakan diri aku sendirilah.... aku jarang keluar berkursus apatah lagi kalau melibatkan berjalan dengan jabatan unless program tu aku sendiri yang handle. Ibaratnya, banyak kursus dan seminar memang tiada kaitan dengan setiausahalah. Kalau ada pun, jarang BOSS akan hantar setiausaha. So, hidup kami ni memang terperuk la. Huhuhu... bertambah stress tau!!! So dengan adanya Minggu Setiausaha ni la kami dapat mengimarahkan lagi perhubungan sesama setiausaha. Tapi memang sedih la. Di Jabatan Kerajaan, peluang begitu tidak akan ada apatah lagi kalau ada artis-artis ni. Kalau ada pun, BOSS sendiri bayar ya. Tapi aku cuba mengambil peluang sempena minggu setiausaha untuk menghadiri bengkel dan seminar. Ada juga manfaatnya. Itu pun kadang-kadang query ok!! Thats why, aku lebih suka independent. Dalam kes Minggu Setiausaha ni, kalau aku nak pergi tapi BOSS tak boleh bagi, aku akan pergi hasil duit sendiri. Tak payah nak tunggu BOSS, company or jabatan yang bayar. Kalau BOSS tak appreciate kita as setiausaha, kita apreciate diri kita sendiri. Itu adalah lebih baik.
Oklah. Panjang aku membebel ni. Hehehhe. Ini hanyalah luahan rasa aku. Andai sesiapa yang baca boleh terima atau tidak, terpulanglah. Walau apa pun, aku bangga jadi SETIAUSAHA walaupun kami tak diraikan!! Huhuhu...
Tadaaaa!!!!
4 comments:
conclusion nya..ko bayar utk diri sendiri la kali ni gak ek..
takpe babe.. apa ada hal.. hadiah untuk diri sendiri...
penghargaan untuk diri sendiri... tu .. ni di pakai dengan tudung ke..idak kaftan tu..kekekekkekekeke
kali ni aku pergi seminar. incase kalau boss aku tak bagi pergi, cadangannya aku mmg nak bayar sendiri... hargai diri kita beb....
kaftan tu... ikut suka ati le nak pakai tudung ke tidak... mana2 pun boleh.... hehehhehehe
bravo bravo..
best entry ni. i like..
thanks beb.... ^_^
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!