Ahad, 3 April 2011

Mesyuarat Agung APDISK 01

Posted by Emmymazli at 2:41 PG
2 April 2011 - Bilik Taip DSK, Politeknik Port Dickson

Hai semua... seperti biasa, aku suka menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti yang aku lakukan dalam kehidupan seharian aku.  For today, aku telah menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Bil. 1 APDISK atau dengan nama panjangnya ialah Pertubuhan Alumni Bekas Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi.  But aku minta ampun sesangat kepada En. Ashri dan Cik Yati (2 orang ni ex-lecturer aku) dan juga kawan-kawan samada senior or junior aku kerana aku hadir agak lewat tadi... Almaklum le, orang ada anak dan suami yang meragam ni agak leceh skit.  Heheheh...

Alhamdulillah, ada juga insan-insan yang prihatin hadir pada meeting tadi.  Terima kasih juga kepada En.  Ashri dan Cik Yati selaku Penasihat APDISK yang sudi meluangkan masa buat kami. Banyak perkara yang dibincangkan semasa meeting tadi.  Antaranya, perlantikan AJK baru dan pelbagai aktiviti-aktiviti terkini yang bakal menyusul untuk APDISK ni.  Di samping itu, ada a few perkara yang dibincangkan mengenai permasalahan yang timbul di kalangan PA-PA ni lebih-lebih lagi di kalangan PA di Jabatan Kerajaan.  Hopefully selepas ini, semuanya akan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan kepada bekas-bekas pelajar DSK PPD dengan adanya alumni ini.  Eh lupa lak nak bagitau.  Anyway, aku telah dilantik sebagai Penolong Bendahari APDISK.  Insyaallah, aku akan menjalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya.  Doakan lah ye... ^_^

Minggu depan pada 9 April 2011, insyaallah akan ada perjumpaan semula dengan AJK APDISK ni.  Tetapi aku minta ampun awal-awal sebab tidak dapat hadir kerana aku berada di kampung bagi menghadiri kenduri di rumah mertua hubby aku dan juga telibat dengan Hi Tea bersama Anuar Zain.  Heheheh... What to do.  Maybe next time boleh aku luangkan masa. 

Meeting APDISK ni berakhir pada jam 1.45 tenghari.  Kalau ikutkan hati nak stay n borak lagi dengan kawan-kawan Ex DSK dan En. Ashri tadi.  Tapi my hubby dah telefon dan inform my son Kimie tak tahan menunggu lama-lama, maka aku pun beransur la dulu dan terus balik Putrajaya.  So sad... ;-(

Oklah.  Got to go... Lain kali kita sambung cerita lain pula yer.... ^_^

Possing with Cik Yati (tengah-tengah sekali, betudung labuh purple dan berspek)

Yang ni possing with En. Ashri (The only guys yang berbaju kuning)

Bersama AJK dan Penasihat APDISK

2 comments:

mya on 4 April 2011 pada 3:44 PTG berkata...

setelah sekian lama, jumpa jugak kita kan emmy..

imanamani on 4 April 2011 pada 5:26 PTG berkata...

jadi assistant bendahari ...heheheh...

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...