9 April 2011 - Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Salam semua…
Excited giler aku nak bercerita kali ni… hehehehehe.. .. Kalau ikutkan aku, memang malam sabtu lepas balik dari event ni atau hari Ahad tu, nak jer terus buat entry pasal event yang aku hadir ni. Teruja sungguh!!
Hehehe…. Actually keterujaan aku ni disebabkan aku dapat penghargaan dari Permaisuri Resort Port Dickson iaitu dari seorang kawan yang bernama Tanty yang menghadiahkan aku dan suami untuk menghadiri Majlis Sepetang Bersama Anuar Zain atau An Evening With Anuar Zain bersempena Minggu Setiausaha 2011 pada hari Sabtu yang lepas 9 April 2011 di Dewan Seri Negeri, Melaka. Warghhhh!!! Happy giler beb. Keterujaan aku tu hingga aku mengubah suai jubah aku yg gedobos giler menjadi blouse yang amat cantik untuk dipakai malam tu. Huhuhuhu. And rezeki aku bertambah baik bila aku tak perlu cari or beli kasut yang sesuai sebab my sister Angah juga telah menghadiahkan sepasang kasut yang cantik. Hehehehe….
Ok! Citer bab majlis tu, disebabkan excitednya nak datang , pukul 6.15 petang aku dan hubby dah keluar rumah but nasib baik aku call Tanty dulu before datang and dia cakap suruh register jam 7.30 nanti. So, patah balik rumah my mom. Hahahah… gelojohkan??!! Masa sampai kat sana, aku terus jumpa Tanty untuk ambil tiket di hadapan Dewan Seri Negeri. But terkejut giler bila tengok perubahan Tanty yang cantik giler!!! Gojes gitu. Actually, Tanty ni sebaya aku dan beranak 7 tetapi dia memang macam anak dara beb!! Malam tu dia memang cantik!! I like!!!!
|
Register Nama dengan Tanty |
|
Sempat possing dengan Tanty... Cantikkan!! |
Selepas ambil tiket dari Tanty, aku terus register nama and dapat goodies. Alhamdulillah!!! Aku ditempatkan di Table 15. Tetapi aku terkejut juga tadi sebab masa aku nak sign nama tu, sekali aku terpandang harga tiket tu RM288 seorang. Wow!! Kalau 2 orang dah berapa?? Haishhh!! Terima kasih banyak-banyak pada Tanty yang sudi menjemput aku and hubby. Kalau nak pergi sendiri tu memang la fikir 2 kali. Kalau pergi pun maybe seorang jer kot. Heheheh…
|
Tunjuk tiket... Heheheh... |
Sebelum masuk dewan tu, perkara penting sekali ialah bergambar di depan poster atau pentas kecil dewan yang menunjukkan event tersebut. Heheheh… Macam Anugerah Bintang Popular pulak!!! Then, masuk jer Dewan Seri Negeri tu, mak rasa macam artis!! Hahaha!! Yer lee… lalu kat karpet merah tu. My hubby pun melayan amik gambar, sakanlah mak!! Hahahaha!! Anyway dalam mencari table, sekali table 15 tu rupanya depan sekali sebelah kanan dewan. Huisshhhh!!! Best giler!!! Masa ni, dalam hati siap terfikir, mesti my sister Syila tu jeles tak hengat sebab my hubby cadangnya nak beri tiket dia pada Syila but kebetulan, Syila membantu cousin aku di Seremban untuk Surprised Birthday Party for Uncle Zainal & my cousin Hazzeq. So, nak tak nak dia kena pergi la. Kesiannnnn….. Macam aku bukan tak nak joint diorang tetapi bila dah dapat tiket orang bagi ni and kebetulan artis dia Anuar Zain, Nabil & Shira as emcee, so terpaksa lah tolak. Huhuhu… Tapi apa-apa pun,thanks banyak-banyak pada Tanty. Muachhh!!!
|
Bergaya mengalahkan artis!! Hahahah |
|
Di pentas hadapan bergambar dengan big poster |
|
Laluan karpet merah |
|
Table 15, table aku duduk |
|
Kedudukan table aku yang paling hadapan |
Tepat jam 8.15 baru acara bermula. Bermula dengan pengacara dari Permaisuri Resort yang memulakan majlis dan mempersembahkan makanan istemewa kepada VVIP, maka majlis pun mempersilakan Nabil dan Shira sebagai Emcee. Memang best giler bila dengar diorang ni merepek dan buat lawak. Memang gelak tak hengat. Untuk permulaan selepas makan, Nabil & Shira telah membuat cabutan bertuah dan banyak hadiah disediakan dari penaja. But tau tak, no cabutan pertama yang disebut tu no aku iaitu 0219!! Haishhh… Rezeki betul!! Tak sangka pula dapat. Tapi biasalah, kalau dapat cabutan pertama ni hadiahnya taklah besar sangat but boleh lah dari tak dapat langsung. Hadiahnya ialah dari baucer treatment bernilai RM138 dari Prominence Touch Beauty House. And then, majlis terus berjalan dengan acara tarian dan nyanyian sambil menikmati hidangan dan kemudian tu sambungan cabutan bertuah lagi. Dalam Nabil dan Shira asyik melawak jer, tetiba masuk pula Mazlan Pet Pet dengan lawak dia yang pecah perut. Mau terbalik la dewan tu dengan gelagat mereka bertiga. Hahhaha…
|
Nabil & Shira as Emcee. Best giler |
|
Gelagat Nabil dan Shira masa mengumumkan aku as pemenang cabutan pertama |
|
Semasa menerima hadiah |
|
Happy amik hadiah tu... sambil diusik oleh Nabil dan Shira |
|
Gelagat Mazlan Pet Pet menghiburkan |
Lebih kurang jam 10.20 gitu, baru Anuar Zain keluar membuat persembahan. Dia menyanyi macam-macam lagu top dia hampir 1 jam lebih. Boleh dikatakan lebih dari 10 buah lagu yang best-best dia nyanyikan. Masa persembahan tu, Anuar Zain begitu dekat dengan peminat dan bolehlah diambil bergambar. Aku pun mengambil peluang yang sama sebab dia dah datang dekat table aku. Tetapi masa mula-mula aku dapat ambil gambar dengan Anuar Zain tu, boleh pula my hubby takder. Dia pergi merokok. Tension jer bila minta tolong orang lain then dia ambil gambar yang hasilnya ntah apa-apa… sabo jer laaa. But rezeki aku lagi… Anuar Zain datang ke table aku lagi kemudian tu dan aku dapat bergambar dengan Anuar Zain lagik…. Kali ni my hubby dapat ambilkan senonoh skit rupa gambar tu… Hahaahahah!! Hmm… tapi faham-faham la… berebut orang nak bergambar ngan Anuar Zain ni.. aku sampai tersepit la. Haishhh!!! Selepas tamat Anuar Zain menyanyi, Nabil, Shira dan Lan Pet Pet menghiburkan kami lagi. Memang bertambah huru haralah dewan tu. Memang tak sia-sia panggil diorang ni as emcee.
|
Persembahan Anuar Zain |
|
Anuar Zain datang ke table aku |
|
Gambar bersama Anuar Zain |
|
Seronok sungguh dapat possing with Anuar Zain |
|
Sedang mendendangkan lagu |
|
Sebaik selesai nyanyian |
|
Penutup bersama emcee-emcee yang kelakar giler |
Selepas tamat majlis tu dalam jam 12.00 malam tu, aku tercari-cari Tanty, nak say thanks sebenarnya. Tapi bolehlah pulak si Nabil, Shira dan Mazlan Pet Pet keluar atas pentas bergambar. Masa tu, orang lain dah loghat nak balik. Aku pula minta my hubby standby dan aku naik ke pentas sorang-sorang buat muka tak malu. Lepas jurugambar ambil gambar diorang jer, aku minta izin dengan mereka bertiga yang nak bergambar sama. But tau-tau la, bila aku dah start bergambar dengan diorang jer… ramai pula yang loghat nak bergambar juga bila tengok aku dah tarik Shira, Nabil dan Lan. Hehehe… nasib baik aku mulakan, kalau tak memang tak berpeluang la bila masing-masing dah berebut. Heheheheh.
|
Bergambar dengan Mazlan Pet Pet, Shira dan Nabil - tengok tangan
aku siap paut si Nabil... Hahahah |
Anyway, aku nak merumuskan bahawa aku amat berpuas hati dengan program An Evening with Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha ni. Terima kasih tak terhingga kepada Tanty yang memberikan peluang ini kepada aku and hubby. Muachhhh!!! Kalau nak tunggu boss bagi…. Hmmmm… sampai kedut muka aku pun lum tentu ada boss kat kerajaan ni nak bagi…. Huhuhuh (ayat tak bleh blah!!). Dan terima kasih tak terhingga juga kepada my hubby yang sudi melayan karenah aku untuk event ni…. Dia tau aku teruja giler nak pergi program ni dan bergambar dengan Anuar Zain dan Nabil dengan lebih dekat. Mak minat sangat Nabil sebenarnya, dapat lak ambil gambar dengan Nabil siap pegang lengan orang tu… Hahahha!! My hubby cakap “Bukan main lagik bini aku nih!!” Hahahaha. Bukan apa, mengambil peluang jer. Hehehehe.
Oklah, that's all for today. Enjoy the pic ya…. Muachhh!!!
3 comments:
aaarrgghhh jeles jeles
nyesal jump here...hihihihi
hahahha.... janganlah jeles yer...
gilosss tengok pic dia...
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!