Salam semua….
Harini aku nak story kebengangan aku terhadap cikgu sekolah rendah agama anak aku…. Haishh… kalau fikir pun geram ni. Biarlah aku story di sini....
Puncanya ialah anak perempuan aku si Hanum lately ni selalu mengadu dia kena cubit kat perut dengan cikgu kelas dia. So, aku ni pada mulanya, tak ambil pusing sangat hal cikgu ni kalau nak merotan atau cubit anak-anak aku ni. Bagi aku, itu adalah perkara biasa dalam proses pembelajaran. Dan aku tidak menafikan… anak aku bukannya baik sangat. Biasalah budakkan.. nakal dia tetap ada. Lagi satu.. aku tak menafikan anak aku ni si Hanum ni kuat berangan dan kadang-kadang tak siap kerja sekolah sebab ada ada perkara yang dia tak dapat nak settle sebab lambat siap, takder buku rujukan dan tak faham. So, aku anggap anak aku memang patut terima hukuman atas silap dia. Tetapi yang buat aku bengang sangat ni adalah reason cikgu dia cubit tu. Actually anak aku ni antara pelajar darjah 3 yang tak dapat buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Reasonnya tak cukup dan akan dapat lambat. Dalam proses pembelajaran, anak aku banyak ketinggalan bila nak buat homework yang memerlukan rujukan buku teks. In my case, anak aku mengadu, cikgu suruh hafal something dari buku teks and cikgu akan tanya esoknya. So anak aku ni, apa yang nak dihafal jika buku teks tu takder. Maka bila tak hafal, cikgu tu pun cubit tanpa pikir budak tu ada buku ke tidak. Bukan anak aku jer, budak lain yang senasib dengan anak aku pun begitu. Apalah salahnya jika photostate a few pages dari buku teks dan bagi kat anak murid untuk rujukan dan hafal. Ini tidak!! Aku tak kisah kalau perkara ni terjadi sekali dua… aku boleh faham lagi la… ni boleh dikatakan dalam 2 minggu ni kerap dan hari-hari beb! Dah banyak tanda kat perut anak aku tu baik yang lama atau baru. Sampai satu tahap aku tak bleh blah ni bila anak aku tak nak pergi sekolah agama lagi. Dia cakap dia nak pergi sekolah petang (sekolah kebangsaan) sahaja. Emak mana tak sedih bila anak kita mengadu tu dengan suara yang sebak dan linangan air mata. Aku ni bukan apa… aku boleh terima lagi kalau cikgu tu rotan kalau sebab anak aku tak buat kerja sekolah ke atau perkara-perkara yang anak aku buat salah. Tetapi bila reasonnya anak aku tak hafal dari buku teks yang dia tak dapat memang aku rasa tak munasabah. Awal minggu lepas Hanum tunjuk cubitan cikgu tu siap luka lagi. Bekas dia pun ada lagi. But bila tiap hari asyik tunjuk bekas kena cubit, dan reasonnya sama je maka aku pun naik bengang!! Aku siap cakap ngan Hanum “Cikgu kakak ni bodoh ke apa?? Takde otak ke?” Dan aku pun tak boleh tahan, malam tu terus aku citer pada my hubby. Hubby aku pun melenting la. Siap marah aku balik apsal tak bagitau awal-awal. Haishhh.. kita nak mengadu kita pula kena marah balik… huhuhu (>_<)
Tanda-tanda kena cubit ni yang dapat dicaptured pada camera. Kalau ikut yang asal lagi banyak. |
Aku ni jadi emosi ni bukan apa. Kalau sesiapa yang sekolahkan anak-anak mereka di sekolah agama area Selangor (aku tak tau la kalau area lain macam manakan.. hehehhe) ni pasti tahu berapa banyak yuran sekolah dia. Mengalahkan yuran sekolah kebangsaan. Macam-macam bayaran yang dikenakan. Bayaran elaun guru la, photostat la dan macam-macam lagi. Dari segi penghasilan, tak la baik mana. Sabo jer laa….
Balik sekolah petang semalam, aku bertanya pada Hanum apa cikgu tu cakap bila ayah dah jumpa dia. Hanum said “Cikgu cakap kat semua budak kelas… lain kali jangan mengadu pada ibubapa… jangan suruh ibubapa datang sekolah lagi. Lepas ni cikgu tak kisah murid-murid nak belajar ke, tak buat kerja sekolah ke, tak menulis ke, nak main ke apa… suka hati murid-murid la nak buat apa”. Boleh ke seorang guru "Sekolah Rendah Agama" berkata begitu bila ibubapa menegur untuk penambah baikkan anak-anak dan diri guru itu sendiri. Bermaksud cikgu ni tak redha dan tak ikhlas menjalankan tugas dia sebagai guru. Nama jer cikgu agama.
Cikgu-cikgu sekelian, tugas guru atau pendidik ni amat amat mulia tau!! Aku faham tugas sebagai pendidik ni bukan mudah. Tetapi, tolonglah didik anak bangsa kita dengan sepenuh hati walau apa pun cabarannya. Bukan seperti melepaskan batu di tangga. Memang tak semua guru begini tetapi golongan kecil yang sebeginilah banyak merosakkan nama profesion guru yang sememangnya mulia di mata masyarakat. Pelisss la wei!!!
12 comments:
gile betul... agak agak la kot ye pun nak mengajar anak orang ... rotan ke cubit tu agak agak la sket...
masalah jiwa la tu cikgu tu...
emmy...gi jumpa guru beso lak..ni mesti cikgu tu andartu tu...
ila.... mcm aku cakap la kan... bab rotan aku tak kisah... tp nak rotan biar kat tangan kiri.. kalau tangan kanan anak aku nak menulis ke apa susah bila bengkak... lg 1 rotan dari pinggang ke bawah.. n kalau nak merotan biar ada motif dan bersebab.. bukan skit2 nak rotan.
along sham.... mmg andartu pun... tu jd gitu... mazli siap ckp kat dia... "sok nanti awak ada anak... awak tau la macam mana... anak awak nakal ke tak.. silap2 lg hebat dari anak saya..."
lorr macam2 ye. Tak tahulah pengalaman sekolah anak2 asid cam ner nanti ye..
btw teringat jugak masa dolu2 kena rotan buntut, rotan tangan ngan usta2 sekolah agama. Balik mengadu juga, tp mok tanya dulu.. nape kena rotan sampai berbirat ni, kita jawab..kerja sekolah tak siap, pastu kena soal, tak dapat jawab. Mok kata lg, lenkali buat kerja sekolah sampai siap, baru main, ulangkaji pelajaran sll, barulah usta2 tanya,nanti boleh jawab. :)
Asid... kalau diingatkan balik... pengalaman akak kena rotan ngan cikgu sekolah agama pun ada... even kena cubit pun ada... bertanda la jugak tapi motif cikgu cubit tu berasas... contoh: akak slalu tak hafal isim dalam bahasa arab yang memang ada dalam kitab arab. no wonder la cikgu cubit kat pinggang... mengaku bersalah ni... heheheh... tapi cikgu anak akak ni hari-hari cubit sebab tak hafal. tp nak hafal apa kalau buku takder... akal ada ke??
apo teruk bonar ustazah tu?? gi wat report kat pejabat pendidikan la beb!!! ish! geram lak aku!
emmy, anak u still x dapat buku pinjaman lagi ker? kalo belum y not u buy that book for ur baby hanum....
tipahvogue: aku mmg kalau bleh nak report pun tp nak tgk reaksi pengetua tu nnt bila hubby aku jumpa.
sahabat tanpa nama tu... heheheh... kalau boleh nak buat camtu, tp pihak pengeluar buku sendiri tak cukup nak antar kat skolah mcm mana nak beli kat kedai buku.. sebab sistem buku teks di sekolah rendah agama baru tahun ni bermula.
geram nya aku tgk anak buah aku kena cubit cam tue.... skola mana tue? nape ko tak pegi skali long.... kalo ko pegi boleh ko cuba cubit dia skali.... bagi cikgu bengap tue rasa sakit ker sedap kena cubit tue... ish... geram nyer aku..... Long... lepas nie ko pinjam la kat mana2 budak yg ada buku teks tue ko photostat la... mahal skit tak per... kesian kat anum tue....
Tak baik...bukan status andartu yang menjadikan dia begitu. Tekanan jiwa boleh terjadi pada siapa saja. Mentang-mentanglah cikgu tu belum kahwin. Kesal dan marah kerana perbuatannya cukuplah.. jangan pula babitkan statusnya. Tidak adil begitu :)
betul normahani cakap tu.. saya bukan nak tuduh sebab dia andartu tu dia stress... tp kalau dia stress pun jgn la buat budak macam tu... cuba kalau dia ada anak dan kena macam saya.... mesti dia marah... sebabkan dia tak punya anak lagi la dia tak fikir macam mana budak2 punya perasaan. dalam hal ni saya tak babitkan status dia.. ianya secara kebetulan.. thanks menegur...
cikgu tu dh kene transfer ke belom???
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!