22-24 April 2012 – Hotel Grand
Season, Kuala Lumpur
Salam dan Hi semua!!!!
Today aku nak story kegembiraan
aku selepas menghadiri Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Positive Event
Solutions selama 3 hari. Hmm.... tak
sempat aku nak update apa-apa pasal event ni kat fb aku or blog masa seminar ni
berlangsung sebab since last week pun aku dok sibuk macam-macam perkara. Sehinggalah aku habis berkursus ni barulah
berkesempatan nak update event ni... hehhehehe
Event kalini adalah atas usaha
aku nak memenuhi keperluan berkursus 7 hari dalam setahun. Huhuhu... kesian aku... kat department
aku.... aku rasa aku jer la yang susah benau nak berkursus. Ini pun entah macam mana aku terjumpa brosur
pasal seminar ni dan aku redho jer hantar permohonan kat officer aku untuk
mendapat kelulusan berkursus ni.
Alhamdulillah... lepas la pulak.
Syukur!!!
Bagusnye kursus under Positive
Event Solutions ni... masuk-masuk jer hotel.... kami diberikan goodies yang
agak menarik... Antaranya beg yang agak cantik, pencil box dan juga pen drive
untuk setiap peserta... hadiah-hadiah simple juga diberikan kepada peserta yang
volunteer dalam apa-apa acara. Hmm...
bak kata tak rugi la pergi kursus under diorang ni...
|
Goodies dari Positive Event |
Apa jer yang aku nak story pasal
seminar ni ekk??? Hmmm.... pada aku...
everything pasal seminar ni semuanya best maut!!! Mana taknye.... semua trainer
yang bagi talk kat seminar ni memang hebat-hebat belaka dan talk-talk diorang
memang menusuk kalbu!! Tak boring
langsung kecuali bab talk dari Kevin Zahri.
Talk dia boring skit....
heheheh.... maybe sebab citer bab “Health Talk” kot tu yang aku cepat
boring skit. So far... sesi bersama Dr.
Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad mengenai “ Kenali dan Serlahkan Potensi
Diri”, Encik Rizal Hassan mengenai “Hebat Berkomunikasi Menggunakan NLP”, Puan
Suraya Daud mengenai “10 Kesalahan Imej Diri Mencalar Kredibiliti Setiausaha”
dan Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor mengenai “Memaksimakan Kreativiti
Setiausaha” dan “8 Idea Perhebatkan Kerjaya Setiausaha” semuanya memang best
giler dan aku dan peserta lain dok bantai tergelak jer masa sesi tu.
Lupa nak story... seminar kali ni
aku berkesempatan berjumpa dengan ex classmate aku dan buddy aku di politeknik
si Shara dan juga Liza... at least ada juga geng... kawan aku dari JUPEM pun ada juga tak lain
tak bukan si Ida dan Rinie. So far....
aku dapat juga berkenalan dengan ramai kawan-kawan lain kat seminar ni dan
mostly diorang ni very friendly.
|
Dengan Encik Rizal Hassan |
|
Dengan Puan Suraya Daud |
|
Dengan Kevin Zahri |
|
Dengan Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
|
|
Dengan ex classmate aku di Poly PD, Shara dan Liza |
Menda paling best masa seminar ni
ialah Acara Red Carpet bertemakan Malam Pesona Bintang. Macam aku.... memang dah tau yang ada acara
ni... kebetulan aku pula ada baju yang memang aku dah prepare untuk pakai time
dinner... so takder masalah la. Masa ni
jer laa nak melaram dengan baju
mengerlip-ngelip dan make up over skit.
Heheheh... Aku siap upah mak andam dari Petronas KLCC si Baby untuk make
upkan aku di bilik hotel. So far hasil
kerja dia tak menghampakan.
|
Muka yang siap dimekapkan oleh Baby |
Ok... citer pasal Dinner Malam
Pesona Bintang ni.... malam tu bila
masuk jer dewan... perghh... rasa macam artis jer siap ambil gambar dekat papan
event macam dalam majalah fashion tu dan siap lalu di red carpet...
hahahahha.... bergambo sakan la masing-masing dengan masing-masing berpakaian glamour-glamour. Almaklumler.... setiausaha semua la katakan....
sakan laaa melaram.... Malam tu... kitorang dihiburkan dengan pengacara yang
bengong Abang Bo. Hehehhe... memang
kelakar habis mamat ni.... sambil mengacara, melawak dan menyakat dia menyanyi
lagu yang ntah apa-apa tapi oklah.
Paling best bila ada ada artis jemputan pada malam tu iaitu Black
Mentor. Black malam tu sporting habis
dan 4 lagu-lagu yang dia nyanyikan semua memang lagu-lagu dia yang popular
habis. So semua peserta dinner yang
ada memang layanlah lagu dia selain dia juga buat sedikit aktiviti untuk
memenuhi majlis pada malam tu.
|
Dengan mak andam aku... Baby |
|
Bergaya di Red Carpet |
|
Black Mentor |
|
Possing dengan Black Mentor |
|
Pengacara malam tu yang gile-gile - Abg Bo |
Malam tu juga ada 50 hadiah cabutan bertuah yang best-best termasuk Ipad, Samsung Galaxy dan Notebook. Tapi apakan daya.... aku tak bertuah malam tu. Tapi bertuah kat celah lain pula.... Aku tersenarai di antara 8 orang finalis pakaian cantik bertema ala-ala beauty contest pada malam tu. Walaupun tak menang sebab dah maklum dan sedar diri yang aku ni ala beauty pagent yang gemuk dan montel tapi dapatlah juga hadiah saguhati untuk finalis. Cantik jugaklah hadiah tu. Syukur!!!! Malam tu jugak aku “menyumbangkan” lagu “Samar Bayangan-Nicky Astria” untuk peserta dinner tu suke-suke. Yang kelakarnyee.... nyanyi suke-suke jer pun tapi aku punye nervous macam masuk pertandingan karaoke plak. Hahhaha... bongek jer. Selain tu... ada surprise juga untuk perserta yang menyambut birthday pada bulan April ni.... Positive Event siap suprisekan birthday kek untuk diorang dan Black bagi hadiah birhday.... warghhh... seronok giler... Anyway.... event tu memang best laa....
Masa menyanyi lagu Samar Bayangan
|
Peserta yang celebrate birthday malam tu |
|
Finalis untuk Malam Pesona Bintang |
|
Aku kena menggayakan ala-ala model or beuty pagent berjalan.... Tak agak-agak!! |
|
Hadiah yang aku dapat untuk Finalis Malam Pesona Bintang |
Oklah.... kalau cerita pasal
seronoknya seminar ni kang.... mau berjela entry aku... anyway aku rasa
bersyukur kalini dan bertuah kerana boss bagi lepas untuk hadir kursus ni. Selain sakan dengan Malam Pesona Bintang tu
walaupun tak pernah diraikan sebagai setiausaha pada minggu setiausaha setiap
tahun... paling penting kalini aku dapat menimba ilmu dari trainer-trainer yang
mantap dan hebat. Bukan senang nak dapat
tu. Thanks boss...
Oklah.... layan jer la
gambo-gambo aku yer di FB (klik sini) aku ni yer..... Tataaa...
3 comments:
memang best u nyanyi malam tu...
terima kasih kepada yg memberi komen... saya nyanyi suke2 jer.. ^_^
best..content, speaker dan aktiviti menarik..jarang penganjur nak buat macam tu..Congratsssss
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!