Hmmm... apa yang aku boleh kata... tension kalau nak pikir pasal kereta eksiden ni... Kalau kita tak langgar orang... orang langgar kita walau macam mana kita berhati-hati dan mengelak sekali pun.
Mula-mula aku ingat malas la nak tulis citer pasal aku eksiden ni kat blog ni... For sure orang yang baca dan memang kenal aku akan kata... "Ko ni Emmy... asik eksiden jer....". Bab ni yang aku malas nak cakap nih.... macam la aku mintak eksiden tu kan.... Wat sakit otak jer....
Anyway aku nak story juga kat blog aku nih.... a day before cuti yang Majlis Pertabalan YDP Agong yang lepas padda 10.4.2012.... masa on the way nak ke tempat kerja dari Cyberjaya ke Putrajaya, pagi tu cuaca agak mendung dan baru lepas hujan renyai dan jalan memang agak basah. So aku pun drive Exora aku slow jer la sebab kereta pun banyak yang keluar dari Highway MEX tu. Tiba-tiba masa tengah drive kat selekoh jalan yang sebelum Jambatan Seri Saujana kat belakang tu.. tetiba jer ada kereta Matrix berhenti betul-betul kat selekoh..... Honestly kalau dari jarak yang agak jauh pun memang tak nampak kereta tu berhenti sebab kat selekoh tu ada pokok-pokok di tambah pula kedudukan kereta dia tiba termuncul kat selekoh tu.... aku sempat juga break tapi break pun kereta still loncos jer
sebab jalan basah dan selekoh tu agak cerun skit.... so sempat la aku mengelak dari langgar kereta
yg berhenti kat tengah jalan depan aku nih... tapi kereta Viva belakang aku pula yang langgar aku... dia kata dia sempat juga nak break juga tapi break pun still loncos jugak.... huhuhu... Adoi.... pening jap.... Dalam keadaan ni tak tau nak marah siapa.... kereta belakang aku ke or kereta yang berhenti tengah jalan kat selekoh depan aku ni. Mula-mula aku ada juga sound kereta yang berhenti tengah jalan ni... tapi setelah dapat explanation dia... rupanya dia pun eksiden dengan kereta Perdana V6 kepunyaan Hakim Mahkamah Seksyen. Kereta Perdana tu mengelak satu kereta Pesona Merah yang u turn dekat selekoh tu... Apa punya bangang!!!
Kereta yang aku sempat elak ni eksiden dan berhenti betul-betul di selekoh jalan |
Viva yang langgar belakang aku... |
Lebih kurang pukul 2.30 jugalah settle semua perkara... then aku terus amik leave dan balik ke rumah... penat aku dibuatnya.... Petang tu.. Lan ambil kereta aku di rumah bersama semua dokumen kereta yang diperlukan. So kereta kena masuk bengkel lebih kurang dalam 10 hari... huhuhu... leceh!!!
Tapi nak dijadikan cerita dan tauladan kepada semua.... hari Jumaat lepas... hubby aku tergerak hati nak jenguk kereta tu kat bengkel di Sungai Chua. Dah la cari bengkel tu bukan main susah kata hubby aku.... Pusing punya pusing... barulah jumpa bengkel tu... biasenya senang nak cari kalau kereta kita ada dalam bengkel tapi tak jumpa tu sebab kereta aku dalam oven untuk get ready di spray. Yang buat hangin tu..... si Lan janji ngan aku dan hubby... sumer spare part nak tukar baru sebab dah alang-alang claim insurans... lagipun kereta baru.... but in the end... kereta aku tu bengkel tu buat touch up jer ngan simen dan spray.... hampeh betul!!!... Dah la bengkel claim ngan insurans penuh. Amat kurang ajar!!! Hubby aku pun naik toncet laa... cari Lan tu sampai dapat dan call sana sini... cari tokey bengkel sumer. Janji macam haprak!!! Menipu!!! So.. hubby aku bagi 2 opsyen... memandangkan kereta pun dah nak siap... First opsyen.. hubby aku nak tukar juga semua spare part baru seperti yang dijanjikan. Pedulilah bengkel dah siap kerja ke apakan.... or Second opsyen.... teruskan kerja untuk siapkan kereta tu but bengkel bayar duit lebihan tu untuk tak mau panjang cerita sebab bengkel akan tetap claim full dengan pihak insurans.... Huh!! Memang dasar penipu!! Kalau report kat pihak insurans ni.. mau bengkel ngan orang tengah kena ni... So, masa ambil kereta hari Ahad (15.4.2012) lepas.... tokey bengkel tak mau hubby aku bising-bising... dia bayar jugalah duit lebihan yang patutnya dia repair penuh dan kereta pun siap seperti sedia kala. Walaupun bayar tak sepenuhnya.. sekurang-kurangnya ada la juga....Padan muka!! Nak menipu tak hagak-hagak!! Silap orang la dia tipu pun...
So kengkawan semua.... kalau andainya terjadi kes kemalangan gini... jangan ambil sambil lewa dan serah bulat-bulat kereta korang pada bengkel.... Jenguk kereta korang tu... apa dia buat... apa dia tukar.... kadang dia tukar barang murah tapi dia claim barang original... At last baru nak setahun buat ada jer tak kena ngan apa dia buat kat kereta kita tu. Kadang tu... spare part kereta kita yang original pula dia ambil yang dia kata rosak tapi dia jual then ganti dengan spare part yang ntah apa-apa. Ambil iktibar di atas apa yang berlaku pada aku. So.... selamat berjaya.....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!