Bulan puasa ni... macam-macam resepi dan idea yang menerjah kat kepala otak ni. Kalau boleh sumer nak cuba.. kalau tak time bulan puasa tak loghat pulak nak masak.
Satu-satunya makanan yang membuka selera aku tak kira la apa pun juadahnya yang kena ialah Sambal Cili Kicap. So today.. aku nak share la cara nak membuatnya....
Gambar ihsan dari Google |
Sambal Cili kicap
3 ulas bawang putih (jangan ditumbuk atau diblender.. biarkan
seulas-seulas)
Cili api segenggam dibuang tangkai
Kicap manis (ikut banyak mana kita nak…. Kalau pekat sedikit jer letak…
kalau cair letak banyak skit
Garam 1 sudu kecil (setengah sudu pun ok juga)
Bahan perasa
Cuka 1 sudu besar
Cara-cara
- Goreng bawang putih dan cilia api dalam minyak panas dan tutup kuali supaya minyak tidak meletop
- Agak-agak dalam 3-5 minit, angkat bawang putih dan cili api yang telah digoreng dan toskan minyaknya
- Masukkan bawang putih dan cili api tadi kedalam blender bersama kicap manis, garam, bahan perasa dan cuka. Blender hingga cili menjadi halus dan siap!!
*Kicap ni kalau banyak boleh diletakkan
di dalam botol dan disimpan dalam freezer.
Bila nak, boleh dihidangkan bukan sahaja dengan soto dan aneka sup..
boleh dihidang dengan bermacam hidangan dan lebih sedap kalau diperahkan
bersama limau nipis…. Mesti terangkat lah!!!
Tak caya cubalah!!
p/s: tulis resepi ni pon aku boleh nak ngences (meleleh air liur). Perghhhh!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!