Rabu, 8 Ogos 2012

Char Kuey Teow Paste dan Cara Masak Char Kuey Teow

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:50 PG
Reactions: 

Ok guys... today aku nak share resepi Char Kuey Teow ala-ala Penang tu... semalam aku baru jer buat sos dia dan simpan untuk next punya makan.  Resepi ni setelah aku cuba memang sedap.  Resepi asal adalah dari che'iza @ myresepi dan resepi ubah suai dari resepidaria.  Seterusnya... aku adjust sana sini skit.  Hahahha...

Jom kita try yok...

Bahan Char Kuey Teow Paste

  • 400 gm udang (pisahkan kulit udang dan isi udang. lebih skit udang pun takper.  rasa akan lebih  masis)
  • 500ml air
  • 8 ulas bawang putih di ketuk (disebabkan aku malas... aku  blender dgn air yang skit)
  • 12 sb sos tiram
  • 6 sk kicap pekat
  • 6 sb kicap manis
  • 2 sk petis
  • 4 sb pati ikan bilis / pati udang (aku gunakan pati ikan bilis jer sebab pati udang payah sangat nak jumpa)
  • 2 sk garam (sos tiram dah masin so agak-agaklah.  Tambah setengah sudu kecil lagi pun takper kalau nak)
  • 2 sk gula

UNTUK BUAT PASTE

  1. Didihkan air dan masukkan isi udang. Bila isi udang hampir masak, angkat isi udang dan masukkan kulit udang biar ia terus mereneh dengan api perlahan. Tapis dan ambil air udang sahaja, kulit udang dibuang.
  2. Campurkan semua bahan utk paste  seperti diatas dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
Inilah hasilnya paste yang aku buat... selebihnya aku dah masak semalam... hihihih

CHAR KUEY TEOW BASAH (1 orang makan)
Char kuey teow basah aku yang dah tak basah.. heheheh
  1. Goreng udang dahulu. (Untuk pertama kali masak guna udang yang dibuang kulit tadi pun ok)
  2. Tumis bawang putih dan lada boh/cili blender 1sb hingga garing. Masukkan dalam 2sb paste tadi. Masukkan kerang.  Biasanya Penang Char Kuey Teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  3. Setelah air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh, tauhu dan ketepikan dulu.  Then  pecahkan telur kemudian kacau rata dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sahaja dan jangan lama sangat kacaunye.  Takut nanti kuey teow kembang jadi tak syok pula nak makan.  Pastikan api kuat semasa memasak. 
  4. Siap untuk dihidangkan!!
* Kalau masak untuk 1 paket kuey teow yang boleh makan 5 orang tu... just adjust bawang putih dan cili boh lebih skit dan paste jadi 5-7sb sahaja serta tambah air.  Tapi nak lagi sedap... elok masak untuk 2 orang punya makan tiap kali nak makan.  Jadi confident skit nak masak dan terpelihara sedapnya!!  Hehehe!!

CHAR KUEY TEOW KERING (1 orang makan)

  1. Goreng udang dahulu dan ketepikan dahulu.
  2. Tumis bawang putih dan lada boh/cili blender 1sb hingga garing.. Masukkan kuey teow dan kacau rata.
  3. Masukkan dalam 2sb paste tadi, kacau rata dan kering kemudian ketepikan dulu.
  4. Pecahkan telur dan gorengkan telur serta kacau hingga kering dan kemudian kacau bersama kuey teow yang diketepikan hingga rata.
  5. Masukkan udang yang digoreng tadi, kerang, kucai, taugeh, tauhu, lada sulah kemudian kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan!!

* Kalau masak untuk 1 paket kuey teow yang boleh makan 5 orang tu... just adjust bawang putih dan cili boh lebih skit dan paste jadi 5-7sb sahaja. Itu jer

Paste yang aku  buat tu... boleh juga digunakan untuk memasak mee dan bihun.  Mesti sedap.  Tak caya cuba laaa.

** Paste ni selalu orang guna untuk meniaga so udang yang direbus memang diorang pakai. Tapi untuk kegunaan sendiri, kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi kena tambah petis 1sb atau lebih skit pun ok. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust rasanya ikut citarasa masing.  

Selamat mencuba!!!

p/s:  Kalau korang rasa remeh sangat nak buat paste dia... bolehlah cuba sos char kuey teow yang sepupu aku punya produk ni SYAH FLAVOR.  Ramai kata sedap.  Bleh contact wife dia Yuslinda Yusuf (klik sini)  di facebook kalau nak.. ok!! ^_^
Gambo lelaki kat depan botol sos tu... sepupu aku... si Shaharini

25 comments:

Tanpa Nama berkata...

kicap pekat dgn kicap manis tak sama ke? boleh bagi contoh tak? hehe... terima kasih

Emmy Farhany Ahmad on 26 Februari 2013 9:02 PG berkata...

kicap pekat ngan kicap manis tak sama... kicap manis dia cair sama ngan kicap masin.... boleh dimakan dengan nasi atau penambah perasa pada makanan... kalau kicap pekat dia color jer hitam.... pastu kicap nye lebih likat dan pekat... biasenya orang letak pada mee/kuey teow/bihun goreng/basah/hailam atau apa2 masakan la untuk menampak kuahnye hitam dan gelap depends pada banyak mana kita letak kicapnya... masakan akan nampak hitam/gelap tapi tak effect pada rasa masakan...... jelaskan...???

Tanpa Nama berkata...

boleh bagi contoh kicap pekat dgn kicap manis? cth jenama. sy tak berapa faham sbb selalu kicap pekat pun manis. hehe... bagi contoh jenama yg cik guna. sy nak try. :D biar sama sedap dgn recipe cik.. keke

Tanpa Nama berkata...

sy tanya begitu sbb kicap pekat jenama double camel cair dan manis. kicap manis adabi pula pekat dan manis. sy pun keliru. sbb tu sy nak tahu cik guna jenama apa. :)

Emmy Farhany Ahmad on 26 Februari 2013 4:08 PTG berkata...

ooo... ok... saya pakai kicap manis cap kipas udang jenama habhal jer.... kalau kicap pekat jenama maggi/jalen/ angle (tulisan cina)... 3-3 ni mmg ok sgt...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih... paste sy telah jadi tapi tak pekat... huhu... :)

Emmy Farhany Ahmad on 27 Februari 2013 4:42 PTG berkata...

takper.... kalau tak pekat paste nye... masa masak tu lebihkan jer paste asal tak masin sudah... ikut kitakan... heheheh... congrats menjadi paste tu... happy to share...

Tanpa Nama berkata...

dah siap...jadi pun...tq emmy

Tanpa Nama berkata...

x perlu letak aji no moto kerr???

Emmy Farhany Ahmad on 6 April 2013 5:30 PTG berkata...

tak payah... sbb dkm paste tu dah ada sos tiram... air rebusan udang... dah sedap

Tanpa Nama berkata...

Bole jelaskan tk cara buat paste tu ? Kebe blende(kisar) ke ?

Tanpa Nama berkata...

cuba tengok video cara masak ckt kt youtube http://youtu.be/wkB9PO26TkI

Tanpa Nama berkata...

Petis tu apa?

Zaharin Mat on 19 Mei 2014 10:43 PTG berkata...

Petis tu ape

Tanpa Nama berkata...

Petis udang a.k.a otak udang yang biasa digunakan untuk rojak petis, laksa.....

Siti Fatimah on 22 April 2015 10:00 PTG berkata...

dinner char kueteow harini..demmm..sy buat pes kisar skali dgn isi udang die skali dgn kpla n kulit udabg.mmg mkn byk lah suami harini.fuhhh!!!sdp rpanya char kueteow wt sndri.tq fr da sharing

ikrimah razak on 15 Jun 2016 12:28 PTG berkata...

mcmna nk bagi pekat paste tu? kalau nk buat nk meniaga byk mana sukatan setiap bahan?

ikrimah razak on 15 Jun 2016 12:29 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Emmy Farhany Ahmad on 16 Jun 2016 3:38 PTG berkata...

Renehkan api perlahan hingga pekat.. ikut cara2 yg saya bg tu... mmg akan dpt exactly spt saya buat... selamat mencuba

Emmy Farhany Ahmad on 16 Jun 2016 3:39 PTG berkata...

Kalau nak buat byk2... just double triplekan jer bahan pes tu..

Emmy Farhany Ahmad on 16 Jun 2016 3:39 PTG berkata...

Kalau nak buat byk2... just double triplekan jer bahan pes tu..

Emmy Farhany Ahmad on 16 Jun 2016 3:40 PTG berkata...

Renehkan api perlahan hingga pekat.. ikut cara2 yg saya bg tu... mmg akan dpt exactly spt saya buat... selamat mencuba

chedin501 on 9 April 2017 6:44 PTG berkata...

kicap pekat tu masin sis.kicap manis tu kicap biasa kita mkn tu

chedin501 on 9 April 2017 6:45 PTG berkata...

kicap pekat tu masin sis.kicap manis tu kicap biasa kita mkn tu

POLARIS on 1 Ogos 2017 5:03 PTG berkata...

Saya x pandai sgt masak kuey teow ni. Tp ptg ni nk try masak lagi.

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...