Rabu, 8 Ogos 2012

Resepi Bergedil Daging

Posted by Emmymazli at 5:33 PTG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….. Kali ini aku nak share resepi bergedel daging cara mudah dan sedap. Resepi ini menggunakan bahan-gahan yang mudah didapati dan yang penting senang giler nak membuatnya.  So far aku dah buat ikut cara aku nih… adik beradik, sedara mara dan kengkawan yang rasa sumer kata sedap dan power. Hihihih… perasan sendiri…. Berdegel daging ini boleh dimakan begitu sahaja dengan sos cili atau boleh dimakan bersama soto, mee/bihun/kuey teow sup, nasi ambeng dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Biasanya kalau kita beli satu biji bergedel daging ini harganya dalam 50 sen- RM1. Nak buat berdegel ini senang je so kalau buat sendiri boleh kita makan banyak-banyak dan ikut dan kita jer nak makan bila…. ^_^
Bergedil Daging
Gambar ihsan dari Google
Daging
1 kg daging kisar (boleh guna gading Ramli 1 paket)

Bawang merah – bawang besar size sederhana 1 ulas / bawang kecil 3 ulas (ditumbuk/dikisar kering)
2 sudu besar rempah sup/kurma (tak kisah apa brand pun)
1 sudu kecil garam (ikut citarasa masing-masing)
Secubit bahan perasa / ½ sudu kecil pes ayam (aku lebih suka guna pes ayam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih

½ cawan air
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang hingga kekuningan dan kemudian masukkan rempah sup/kurma dan masukkan air. 
  2. Masukkan garam, bahan perasa/pes ayam,  lada hitam dan lada putih dan gaulkan.  Kemudian masukkan daging kisar  dan gaul hingga rata hingga daging masak dan menjadi ketulan halus dan kering. 
  3. Toskan daging untuk buang minyak dan bahagi 2 bahagian supaya boleh masak dilain hari.
Kentang & adunan bergedel

1 kg kentang (dipotong halus dan digoreng)
2 biji telur (diasingkan kuning telur dan putih telur dan di pukul)
½ cawan bawang goreng
4 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
½ / 1 sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil garam (ikut citarasa masing-masing)
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara
  1. Tumbukkan kentang yang digoreng tadi hingga lembut.
  2. Masukkan daging yang telah ditumis tadi setengah bahagian, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam, serbuk lada hitam, kuning telur sahaja dan gaulkan semua bahan.
  3. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
  4. Celupkan adunan ke dalam putih telur yang telah dipukul.
  5. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan putih telur tadi ke dalam minyak panas.
  6. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama soto, mee/bihun/kuey teow sup, bubur nasi dan makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
*kalau adunan ni banyak sangat untuk dimasak bagi sekali makan… boleh simpan adunan yang telah dibulatkan tu ke dalam freezer.  Bila hendak makan… keluarkan dari freezer just celurkan dengan putih telur dan goreng bila hendak makan.
**setengah bahagian daging yang ditumis tu boleh disimpan dalam freezer untuk dibuat bergedil dimasa akan datang

Tips buat bergedil
  1. 1 kg daging kisar adalah untuk 2 kg kentang.  Kalau akulah… aku akan buat ikut nisbah ini dan doublekan bahan untuk bab bergedil kentang tu tapi telur kuning 3 biji pun ok dah… tang daging tak payah adjust dah.. just ikut resepi aku.  Then adunan tu just goreng yang untuk dimakan sahaja dan selebihnya disimpan di dalam freezer begitu jer adunan tu or bulat-bulatkan dan simpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam frezer, then bila nak makan just keluarkan dari freezer dan celurkan dengan putih telur dan goreng.
  2. Tujuan daging di tumis dahulu supaya daging confirm masak dalam bergedil dan rasa pun lebih sedap bila ditumis.
  3. Tujuan guna kuning telur dalam adunan kentang tu supaya semasa menggoreng, bergedil tu akan kental dan mampan serta tidak mudah berderai.
  4. Mencelup dan menggoreng menggunakan putih telur sahaja akan membuatkan bergedil lebih kemas dan tidak banyak buih-buih telur pada bergedil.  Minyak pun tak meletup-letup sangat semasa menggoreng.
Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu Resepi Bergedel Daging ^_^

Menu yang aku sediakan bersama bergedil baru-baru ini.


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...