Salam semua....
Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog aku nih.... Dah masuk raya ke 10 baru aku berkesempatan untuk update kisah raya kat sini. Huhuhu... maaf ye kengkawan.... raya-raya ni... mood aku dah pikir nak berjalan dan beraya jer ataupun yang paling best tido kalau takder plan nak kemana-mana... hihihih ^_^
Apa sangat yang aku nak cerita pasal raya ni ekkk.... hmmmm.... sebenarnya... banyak kisah duka dari suka untuk raya tahun ni. Pertama skali sebab tahun ni aku tak dapat nak mencari rezeki lebih untuk berniaga lemang... banyak betul yang aku kena cut cost laa... huhuhu... sabo jer la kan... yang penting anak-anak dapat beraya seperti biasa. Secondly, kali ni raya sister aku Angah and family balik Sabah... so korum family kitorang tak cukup.... So tak dapat la aku nak buli anak buah aku yang bolatt tu si Sarah... boring!!! Rindu giler dengan budak kenit tu. Dan paling menyayat hati bila ada dalam keluarga aku mengasing diri.... tak payah la nak cerita saper.... sedih wooo.... hanya mama and abah jer faham kenapa aku tak berapa nak tido kat rumah family aku tu. Apa pun aku tetap jenguk orang tua aku..... Sedih memang la sedih... raya-raya ni macam rasa tak berkeluarga.... tapi aku tetap tabahkan hati....
Raya 2012 without Angah... tengok abah aku tu... hensem bersamping bagai tahun ni.... |
Family aku tahun ni beraya dengan warna kelabu |
Rindu budak tenit ni... muachhh!!! |
Oklah... tak mau sedih-sedih... aku dah puas menangis raya aritu... so nak cerita yang happy-happy jer.... Apa yang membuat aku happy ekk..??? Hmmmm.... Haa.... aku happy bila aku berjaya memaksa abah aku memakai samping dan baju melayu lengkap untuk pertama kalinya kami sekeluarga tengok untuk raya tahun ni... Hahahha.... tak sia-sia aku belikan abah dan mama baju raya... nampak sedondon gitu walaupun aku tak la mampu beli baju yang mahal-mahal untuk abah dan mama... tapi sekurang-kurangnya... aku nak mama dan abah nampak cun dan ensem... heheheh... Yang penting... siapa pun yang terserempak abah aku pagi raya tu kat rumah nenek aku sumer kata abah ada perubahan dan yang paling best bila diorang kata abah aku ensem... macam hero tamil pakai baju melayu.. hahahahha!!! Tahun ni jugak... untuk pertama kalinya.... sejak aku dah besor panjang ni dan sejak aku dah kawen.... tahun ini merupakan tahun pertama kitorang satu family termasuk abah and hubby aku dapat ang pau raya dari mama!!! Almaklumlaaa... mama dapat bonus!! Yeay!!! Rugilah Angah sebab balik Sabah... kitorang kat sini sumer dapat duit raya dari Mama. Rugi.. rugi....
Mama salam raya dengan abah sambil bagi ang pau... senyum sampai ke telinga abah tu... heheheheh |
Aku juga bersyukur kerana raya tahun ni ada keluarga aku yang dulunya membawa diri kerana perbalahan kecil dah berbaik semula dengan seluruh keluarga. Syukur alhamdulillah.... akhirnya doa-doa keluarga Haji Sahri termakbul jua untuk menyatukan keluarga yang terasing walaupun ada yang tak berapa suka... Whatever laaa....
Tahun ni dalam sejarah, hubby aku nak temankan aku beraya di Segamat untuk beraya dan gathering bersama kawan-kawan lama aku semasa di Sekolah Menengah Cannossian Convent Segamat, Johor. Aduhhh... happy giler walaupun ada yang tak cukup korum kerana terpaksa balik ke rumah mertua dan kembali bertugas... hihihih.... Yang penting... rindu aku terubatlah juga dengan kengkawan aku ni. Ada yang since tahun 1994 aku tak jumpa langsung kerana masing-masing bertukar sekolah macam aku ni yang dapat tawaran ke Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson. Bila dah berjumpa dengan diorang ni... terburai le kahau masing-masing macam di zaman sekolah time nakal-nakal dulu. Hubby aku pun naik pening tengok gelagat kitorang... hahahahha!!! Hopefully... tahun depan aku dapat beraya dengan diorang lagi dan kali ini nak pastikan korum kami cukup dan ada kengkawan lain yang nak joint juga.... bikin havoc 1 kalilah!!!
Then.... syukur juga... tahun ni aku berkesempatan beraya ke rumah sepupu-sepupu aku yang tak pernah aku jejak and yang paling best tu bila dapat beraya beramai-ramai dan segerombolan... Seronok giler but in the end... sampai jer rumah.... aku sefamily dah macam kena hukum tembak... lepak!!! Dapat hadiah migrain lagi.... perrgghhh!!!
So... kalau nak cerita bab raya ni... memang tak habis la jawabnya... apa pun.... suka duka hari raya... biarlah aku telan jer.... Anyway... aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga dengan husband sepupu hubby aku si Rashid dan Mazura kerana menghadiahkan aku replika rumah limas.... replika ni bukan dibeli tau... tapi dibuat sendiri oleh Rashid. Santekkk!!! Bila dapat kat aku.... sampai jer Cyberjaya... terus aku ke kedai stationary untuk beli peralatan untuk buat replika rumah. Kunun nak cantikkan lagi la suasana rumah tu.... Habis la aku cabut dan pasang semula....Heheheh... aku suke sangat!!! Korang tengoklah sendiri hasil kerja tangan si Rashid tu dan hasil hiasan luaran aku dan hubby... Hehehehe...!!
Oklah.... take care semua....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!