Isnin, 12 Disember 2011

Tak Sihat!!

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG
Salam...Hmmm... hampir setengah bulan aku tak menulis dalam blog ni.  Sedangkan banyak yang nak aku ceritakan di sini yang berlaku dalam kehidupan seharian aku tapi disebabkan faktor kesihatan yang tak diduga maka aku menyepi.  Boleh dikatakan lama juga aku berehat dari buat apa-apa tapi dalam masa yang sama agak letih juga bila terpaksa menguruskan perpindahan rumah walaupun badan tak berapa nak sihat.  

Sakit yang aku alami taklah serius sangat tapi bila dah kena mau tak bangun jugalah.  Huhuhu.... Lama dah aku tak kena gastrik yang seteruk kali ini.  Hmmm... seingat aku... paling teruk aku kena gastrik yang teruk masa aku muda-muda dulu zaman anak dara ngan masa aku pregnantkan si Kimie dulu.  Masa tu.. doktor kata aku ulser pada perut tapi taklah tahap serius cuma beberapa tahun jugalah aku kena berpantang makan macam orang beranak tu dari makan pedas-pedas dan bercuka.  Totally no!!  Tu kira habis teruklah.  Selepas dari tu.... gastrik biasa jer.... still boleh cover ngan ubat.  Tapi kali ni... perghhh.... selepas kat 8 tahun tak kena... bila dah kena..... aku rasa macam nyawa aku tak lama jer dah... huwaa....  Its hapen again!! Paling kesian tu bila aku kena gastrik tu time lepas anak aku bersunat dan aku patut jaga anak aku but aku pula yang sakit.  Nasib baik ada mama aku tolong jaga Kimie.  Kesian dia... 2 hari aku cuti nak jaga dia akhirnya diri aku sendiri pun tak terjaga.  Tapi takper... 2 hari cuti tu diganti dengan MC.... dapat aku berehat sedikit.

Hmm... gastrik yang melanda kalini... sudah 2 klinik aku pergi baik di Melaka dan di Putrajaya aku menerima injection tapi sedikit pun tak berkesan pada aku.  At last... doktor di Klinik Mediveron Alamanda Putrajaya buat surat referrence minta aku ke Hospital Putrajaya buat ujian darah sebab bimbang aku bukan menghidap gastrik tetapi pankreastitis atas sebab faktor kesihatan yang aku alami agak berbeza sedikit dari gastrik biasa.  Itu pun pergi hospital lepas aku ambil injection untuk gastrik kalau lepas 2 jam tak baik jugak... baru pergi hospital buat ujian darah.  Hmmm... dengar camtu aku dah takut.  Tapi aku pergi juga.  Perghh...!!!  5 jam tunggu nak buat ujian darah serta air kencing dan nak dapatkan result darah tu kat Hospital Putrajaya tu di Wad Kecemasan.   Rasa mau nangis jer.  At last aku mintak balik dulu dengan alasan nak ambil anak kat taska.  Padahal aku pergi ke rumah aku di Cyberjaya untuk tengok progress rumah aku tu.  Keputusan dia... doktor akan call dan maklumkan kepada aku jika perlu ditahan wad atau ambil ubat di farmasi hospital sahaja.  Tapi syukur... keputusan darah dan air kencing aku ok.. bukan pankreastitis tapi memang gastrik cuma teruk skit jer.  Cuma air kencing aku dikatakan ada jangkitan kuman sedikit so doktor minta aku makan antibiotik yang disediakan dan minta aku singgah ambil ubat di farmasi hospital.

Hmm.. korang bayangkanlah masa time sakit tu... macam manalah aku nak baik kalau tak makan memanglah sakit tu datang tapi kalau makan pulak aku rasa macam makanan tu menyusahkan aku pula bila tiap kali makan aku akan sakit kat sekitar jantung dan ulu hati.  Makan sambil menangis untuk 4-5 harilah.  Dan sepanjang aku sakit seminggu ni... tiap-tiap pagi jam 3-5 pagi aku terbangun sebab tak tahan sakit perut dan aku kena bangun untuk makan sebab aku tak boleh biarkan perut aku dalam keadaan kosong langsung walaupun time tidur.  Perghhhh!!! Seksa tau!!

Tapi alhamdulillah... dah 7 hari ni... aku rasa sihat sedikit.  Syukur sangat... hmmm.. janganlah aku kena lagi gastrik seteruk ni... Tak tahan nak tanggung der.... kengkawan doakan aku yer... cerita-cerita selanjutnya dalam entry aku ni... aku akan update... Thanks kerana menyokong aku...  See u next entry!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...