22-24 Disember 2011 - Kangar, Perlis
Salam semua... today aku baru berkesempatan nak story pasal event yang aku sempat joint kalini.
Huhuhu...sementelah kesihatan aku yang tak berapa nak memuaskan ni dan kesibukan aku menguruskan rumah yang aku baru pindah ni sempat lagi aku dan 3 orang rakan sepasukan aku ke Kangar, Perlis untuk mengkuti Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2011. Tau tak MAKSWIP tu apa??? Haishh!!!... Maksudnya ialah... Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Sebenarnya... hati aku ni taklah beria sangat nak ke Perlis ni untuk main volleyball beach ni tapi disebabkan dah ngam-ngam 4 orang jer yang ada dan kami pula dah hantar nama... nak tak nak pergi jugalah. Sepatutnya 1 team memerlukan 6 orang di mana 4 orang yang bermain dan 2 orang lagi simpanan tapi apa yang terjadi kat team aku ni..... kami hanya ada 4 orang jer maka kenalah bermain mati-matian. 2 orang lagi player aku ni ada hal lain la pulak. Tak boleh nak kata apa. So kami 4 orang ni kena jaga-jagalah jangan ada yang tercedera. Dah la aku tak berapa sihat. Memang aku redha sahaja apa yang bakal terjadi.
|
Dari kiri, Kak Chik, Aku, Teha dan Caya |
Eh.. lupa nak mention 4 orang player team aku tu saper.... Anyway, player team aku ni terdiri dari aku sendiri, Nurcaya, Fateha dan Che Zakiah @ Kak Chik. Persediaan team aku??? Hahahahah... takder langsung!! Bila nak training jer, ada sajer rintangan... hujan laa... player takder laa... court penuh la... eh... macam-macam hal lah!! Memang team aku ni pergi Perlis secara gamble jer. Apa nak jadi... jadilah!! Tak kuasa aku nak fikir... huhuhuhu!
Kami bertolak ke Perlis pada 22 Disember 2011 (Khamis) dari ofis jam 1 tengahari bersama dengan budak-budak bola dari NRE. Perghhhh.... bila difikirkan... tak larat aku nak berjalan jauh ni. Almaklumlee... mabuk darat!! Kerja aku membuta jer la dalam bas NRE tu. Asal tengok aku jer tido... tengok aku jer tido... hahahah..... tengok tv dalam bas sekejap terlelap. Kalau aku tak lelap kang aku pening. Baik tido!!! Sampai kat Perlis pun dah tengah malam lebih kurang jam 11.30 malam kat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang di Bawah Jabatan PERHILITAN. Kat situ kami stay macam kat hostel tapi yang scarynya bila aku bertiga jer pompuan yang ada termasuk Kak Chik dan Caya duduk dalam hostel yang banyak katil tu. Si Teha dah sah-sahlah balik rumah bakal mak mertua dia yang kebetulan tunang dia si Wan budak tempat aku tu ikut tumpang naik bas NRE sekali nak balik kampung dia. Tersentil lah kami bertiga kat hostel tu. Huwaa.... scary beb!!!
Masa hari kejohanan tu berlangsung pada 23 Disember 2011 tu.... team aku ni memang terkontang kanting kami 4 orang ni. 4 orang kami ni... itulah player... itulah pengurus... itulah kapten... itulah juga penasihat dan itulah juga penyokong. Huhuhu... sedih giler. Nasib baik ada Wan temankan si Teha tu. Ada juga orang nak ambilkan gambar dan bawa kita ke sana ke sini. Kalau tak.. 1 gambar haram pun takder.... Huuhu.
|
Sempat pose masa team lawan minta time keluar |
|
Semangat!!! |
|
Aksi aku masa last day lawan dengan DBKL |
|
Result kumpulan D.... kami johan kumpulan |
|
Jadual ke perlawanan suku akhir... tapi NRE takder rezeki... huhuhu |
Anyway.. walaupun letih dalam perjalanan pergi dan balik ke Perlis.... aku rasa berpuas hati dengan pencapaian team aku ni walaupun kami ada 4 orang jer tapi kami berjaya membuktikan kami boleh jadi Johan kumpulan walaupun kami berhenti takat suku akhir perlawanan jer. Ko ada??? Aku ada!!! Hehehehe.... Caiyokkk!!! Moga team aku akan berusaha lebih lagi di masa akan datang. Mana tau kali itu jadi Johan pulakan??? Waaarghhhhh.... AMIN!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!