Salam semua... seronok betul aku bila akhirnya tercapai impian aku untuk mempunyai baby bird yang still handfeed dan yang paling penting jinak. Aku memang berangan-angan nak mempunyai burung Cockatiel spesis Lutino (kuning) dan Albino (putih). Dapat juga akhirnya!!!!
2 ekor anak burung ni umurnya lebih kurang 3- 4 minggu masa aku beli dari Pak Teh. Masa mula-mula ambil tu aku agak nerves dan takut nak pegang sebab belum pernah dapat pegang burung yang tak menggigit. Hehehehhe..... Tapi bila dah dapat pegang macam tak mau lepas jer. Nak pula kerja dia nak menenggek kat bahu kita... rasa sangat di sayanyi.... Masa aku ambil gambar ni pun.... bukan main pandai lagi 2 ekor burung ni nak berposing... loghat!!! Cam tau-tau jer orang ambik gambar dia. Heheheheh...
Burung-burung ni aku namakan Puteh (Albino) dan Tuning (Lutino). Tuning masih lagi makan suap. Aku beri makan Kaytee (nestum untuk burung) setiap pagi dan petang. Berbanding Puteh pula tak mau langsung makan Kaytee. Dia dah mula makan sekoi dan benda keras. So tak pandang dah Kaytee lembik-lembik ni. Eksyen yee Puteh!!
Puteh |
Tuning |
Oklah... kengkawan yang nak bermain dengan burung aku ni.. meh la singgah rumah.... bleh main dengan burung Cockatiel ni sesama yer.....
1 comments:
amboi
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!