3 Disember 2011 - Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Hai.... walaupun dah basi story aku ni.... tapi aku tetap nak story... nak buat camner kan.. mak dah tak sihat... story pun simpan jer laa.... hehehhe..
Oklah... baru-baru ni aku ada share video TCC1M dalam blog aku ni. Sebenarnya.. aku nak sharing video ni untuk adik-adik aku di NRE ni dan orang di luar sana untuk join Karnival TCC1M ni pada 3 Disember 2011 yang lepas. Dari NRE sendiri ada lebih kurang dalam 30 orang peserta termasuk anak aku yang 2 orang tu join karnival ni.
Anyway...karnival ini merupakan acara tahunan Kementerian Pelancongan Malaysia dan dari tahun ke tahun diorang akan buat target untuk mengumpul lebih ramai peserta yang hadir karnival ini. Yang merasmikan event ini ialah Isteri PM kita iaitu Datin Sri Rosmah. Karnival ini mengetengahkan tarian dari pelbagai jenis kaum di Malaysia iaitu, Tarian Cina, India, Sabah, Sarawak, Orang Asli, Zapin dan Siam di samping lagu Malaysia Truly Asia dan Lagu Penutup TCC1M. Tarian-tarian TCC1M ni pun bukan susah sangat... senang jer.
Karnival ni memanglah best. Anak-anak aku yang joint confirm sukalah dapat berkumpul macam ni. Tapi letihnya bila kena bangun awal giler dan berkumpul kat Dataran Merdeka tu pun awal pagi kena ada kat sana. Lagi letih bila nak manage peserta NRE untuk uruskan dari A-Z. Nasib baik diorang ni sporting dan saling bantu membantu. Syukur sangat. Lagi syok bila aku dapat jumpa best friend aku si Nurul Mashitah bersama anak-anak dia. Confirm si Kimie la paling lorat jumpa anak Nurul Duwan sebab esok harinya diorang ni nak berkhatan. Kena bincanglah nak buat apa... hehehhe.... story bab Kimie sunat nanti aku citer di lain entry yer.
Sebahagian geng NRE yang bersama dengan aku |
Kimie dan Hanum... Suka la dapat berjalan |
With my best friend dan anak-anak masa jumpa kat sana |
Sebenarnya... selain menari TCC1M ni... ada macam-macam event sebenarnya yang Kementerian Pelancongan aturkan... siap ada artis la bagai... tapi aku dan kengkawan lain tak kuasa pula nak menunggu. So kitorang balik dengan lebih awal dalam jam 9.30 pagi gitu. Pergi makan lagi baik. Lapar tu siot!!! Mencekik roti ngan air mineral yang Kementerian Pelancongan bagi tu tak boleh nak cover lapar tahap kritikal aku. Huhuhu!!!
Oklah.... chow dulu dari entry TCC1M ni yer.. enjoy the pic dan jumpa di next entry yer....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!