Isnin, 26 Mac 2012

Mertua Aku Accident

Posted by Emmymazli at 11:02 PG
23 Mac 2012 - Lebuh AMJ, Melaka

Salam semua.... pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kengkawan dan sedara mara yang datang melawat mertua aku di hospital dan juga ucapan selamat yang diberikan di dalam facebook.  Terima kasih semua....

So harini aku nak ceritakan hal sebenarnya yang terjadi pada mertua aku untuk dikongsikan rakan-rakan blogger aku ni.   
Keadaan kereta kancil lama aku yang digunakan mertua aku ranap.
Anyway... sebenarnya sebelum kemalangan itu  berlaku, pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas tu mertua aku teringin nak makan sup di kedai makan AMJ Corner di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Johor).  So, selepas diorang makan dan mahu pulang dalam pukul 12.10 malam.  Semasa on the way nak balik ke Telok Mas semula tak jauh dari kedai makan tu... ibu mertua aku terus melabuhkan badan di kerusi dalam keadaan baring dan bapa mertua aku yang memandu dengan keadaan kelajuan kenderaan  yang agak slow telah memastikan tiada kenderaan dilihat melintas sebelum melintaskan kereta ke tengah jalan dan membuat pusingan u turn.  Jalan di Lebuh AMJ  memang gelap.  Tanpa disedari semasa nak buat pusingan u turn tu... tiba-tiba tak semena-mena sebuah kenderaan Waja dengan keadaan laju telah melanggar belakang kereta kancil mertua aku tu di sebelah kiri dan telah membuatkan kereta mertua aku berpusing 4 kali dan berada di divider tengah jalan dan membuatkan beberapa pokok di tengah jalan tu tumbang.  Disebabkan keadaan kereta yang agak teruk tu adalah sebelah kiri... ibu mertua aku telah cedera agak teruk juga.  Bapa mertua aku kata.... dia tak boleh buka pintu kereta tapi disebabkan nak selamatkan mak mertua aku yang dah berlumuran darah dan mengerang tu... dia gagahkan diri untuk tendang pintu kereta untuk keluarkan ibu mertua aku.  Orang ramai yang lalu di situ memberhentikan kenderaan dan ada juga yang datang dari kedai makan AMJ Corner tu telah cuba memberhentikan kenderaan-kenderaan yang lalu agak laju di situ.  Dari yang bapa mertua aku cerita juga ada 2 lagi kenderaan yang accident berdekatan dengan tempat mertua aku accident tu disebabkan hendak mengelak berlanggar dengan kereta mertua aku yang melibatkan lori dan kereta iswara.  Tapi itu cerita lain....  Apa-apa kena selamatkan ibu mertua aku dulu.  Nak tunggu ambulan lambat sangat.... mertua aku cerita someone dari kedai makan AMJ Corner tu telah bawa kedua-dua mertua aku ke hospital.  So kereta kancil mertua aku tu ditinggalkan begitu sahaja.

Setelah dikejarkan ke hospital, bapa mertua aku telah mendapat rawatan biasa kerana cedera ringan sahaja manakala ibu mertua aku mendapat jahitan yang agak panjang di kepala, di atas mata sebelah kiri, belakang cuping telinga dan patah tangan kiri.  Lebam di badan pun boleh tahan jugalah.  Dalam masa 2 harini dikhabarkan tangan yang patah tu akan dilakukan pembedahan untuk dimasukkan besi.
Keadaan ibu mertua aku dihospital
Dari yang dikhabarkan oleh orang yang menarik kereta di kawasan kemalangan mertua aku tu, pemandu kereta waja tu berbangsa cina yang mabuk dari arah Merlimau telah mati ditempat kejadian.  Tapi setelah report polis dibuat, bapa mertua aku diberitahu oleh pihak polis yang pemandu kereta waja tu ok jer dan telah membuat laporan polis.  Polis yang menerima report tu memaklumkan pemandu kereta waja tu hendak lari (kes langgar lari) tapi keretanya mengalami kerosakan tak jauh dari situ.  Padan muka!!! Kurang asam kan???

Hmmm... syukur takder apa yang serius berlaku.  Nasib baik semasa kemalangan tu berlaku, ibu mertua aku berada dalam keadaan baring.  Kalaulah pada ketika itu ibu mertua aku dalam keadaan duduk, mungkin kecederaan dia lebih serius di kepala.  Dan mertua aku juga sangat bernasib baik sebab kereta kancil tu tidak terbalik dalam keadaan menegak tetapi dalam keadaan melintang.  Kalaulah terjadi gitu, silap-silap boleh terkeluar orang tua tu dari kereta . Hadoiii.... lagi bahaya... Moga ibu mertua aku cepat sembuh.  Lupa pulak nak bagi tau.... kereta kancil yang mertua aku pandu tu sebenarnya kereta lama aku dan masih atas nama aku... rasa agak frust juga bila terjadi macam ni.  Terus total lost tu.  Tapi nak buat macam mana.  Benda nak jadi.  Kalau kita tak langgar orang... orang yang akan langgar kita walaupun kita bawa kereta slow sekali pun atau dalam keadaan berhenti.  Hmmm.....Banyak jugalah perkara yang kena aku settlekan di KL pasal kereta kancil ni sebab tu aku terpaksa balik awal bagi memastikan kereta kancil tu tiada masalah bagi membuat tuntutan.

Pada pandangan aku.. ada hikmah bila perkara-perkara ni terjadi.  Apa-apa pun, aku harapkan kengkawan semua doakan yang terbaik untuk kami yer..... 



0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...