Jumaat, 1 Mac 2013

Jambatan Dekat Lebuhraya Putrajaya/Cyberjaya Runtuh

Posted by Emmymazli at 12:14 PTG
Salam semua...

Harini rasa bersemangat skit nak update perkara baru dalam kehidupan aku.... hehehehe... sebelum ni takder mood... phone aku diselenggara so nak ambil gambar ke semua takmau  buat laa..... tu yang rajin join GA jer.... 

Okeylah... kali nak story pasal kes Jambatan Dekat Lebuhraya Putrajaya/Cyberjaya Runtuh tu.... haa.... sebenarnya... aku malas la nak kecoh-kecohkan pasal perkara ni walaupun hakikatnya pasal jambatan runtuh ni punya hal la rumah aku bleh takder air... menyirapppp!!!  Sakit pula hati kita nih!!!  Tak pasal-pasal aku sefamily mandi pon ala-ala jer... guna air pon paling minima... baju-baju pon tak basuh... nak masak or basuh pinggan pon kena fikir dulu.  Kena jimat-jimat cermatlah harini.... huarghhh.... aku ngan anak-anak mana leh tahan mandi skit-skit ni... tapi yang lawaknya... hubby aku pulak bleh mandi alam P.Ramlee pagi ni.  Kahkahkah!!!  Pastu confident plak tu nak pergi kerja.... Hahahahha!!

Apa pon... disebabkan jambatan runtuh ni.... Pihak SYABAS telah menyegerakan kerja-kerja pembaikan paip utama untuk memastikan bekalan air tak putus untuk penduduk taman aku tu dan juga area kilang Q Cell tu..... gila ko tak buat cepat-cepat... mau ada yang kena hantam nanti wooo..... 

Paling menyampah diisebabkan jambatan runtuh ni jugak.... harini bila aku nak ke tempat kerja bertambah la jam perjalanan tu dari biasa.... ramai pulak driver-driver kepochi nak tengok jambatan runtuh tu kan.... dah la sebelum ni kalau nak pergi kerja dah slow dah jalan.... harini bertambah la slow.... haiyaaaa......

Apapon.... jom kita follow dulu story pasal jambatan runtuh ni......


PUNCA JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013 | Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
PUTRAJAYA: Sebuah jambatan menghala ke Lebuh Raya Elit dari Putrajaya yang masih belum digunakan runtuh kira-kira jam 1 petang tadi.
Difahamkan, jambatan yang runtuh itu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan belum digunakan untuk laluan orang ramai.
Tinjauan di tempat kejadian juga mendapati masalah berkenaan tidak mengganggu perjalanan pengguna lalu-lintas dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.
Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.
GAMBAR JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013 | Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
GAMBAR JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013

Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.
eXception sempat bergegas ke tempat kejadian dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan jambatan tersebut. Hanya sebelah struktur jambatan tersebut runtuh, manakala sebelah lagi masih berkeadaan baik.
Dipercayai kawasan tersebut merupakan bekas kawasan lombong yang telah ditebus guna. Oleh itu masalah mendapan tanah berlaku.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan.
Nota: Khabarnya jejambat ini di bawah bidang kuasa PKNS.

PUNCA JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK (AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA)
Punca runtuhan masih dalam siasatan.
- Antara sebab runtuhan tersebut ialah faktor geologi yang lemah dan menyebabkan tanah menjadi mandap.

SUMBER  (UPDATE)
PUCHONG: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pergerakan tiang merupakan punca jambatan bertingkat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) runtuh.
Menurut Shaziman, jambatan tersebut telah diarah tutup kepada lalulintas mulai 7 Disember 2012 hingga 31 Disember 2013.
Jambatan berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh petang tadi.
Pihak polis dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook menyebut kejadian berlaku lebih kurang pukul 2.45 petang.
Runtuhan jambatan berkenaan jatuh ke sebahagian lebuh raya milik PLUS yang sudah ditutup sejak November lalu kerana masalah tanah mendap.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih belum disiasat.
Jurucakap PLUS memberitahu Astro Awani, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

LALUAN ALTERNATIF KE PUTRAJAYA

Oklah.. kalau ada story terkini nanti aku update ekkk... tata....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...