Permudahkanlah anakku Nur Farhaty Hanum menjawab soalan-soalan UPSR mulai hari ini dan hari-hari berikutnya... Kau lapangkanlah dadanya dan fikirannya... tenangkanlah jiwanya agar segala urusannya menjadi mudah dan lancar semasa menjawab soalan peperiksaan.
Ya Allah...
Sesungguhnya engkau berikanlah anakanda ku ini kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang minggu peperiksaan UPSR ini... Aku memohon pada mu Ya Allah..tiada lain yang ku pinta hanyalah sifat kesederhanaan dalam keluargaku serta kejayaan anak-anakku dalam pelajaran
Ya Allah Ya Tuhan ku... Sesungguhnya kepada Mu aku memohon kerana Engkaulah Maha Pengasih.. Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Aminnnn
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!