30 Ogos 2014 - KL Sentral
Salam semua
Harini nak share happiness dengan pembaca blog atas kemenangan bapa mertua aku yang menjadi Juara Bintang Patriotik Merdeka 2014. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Laman KKMM, KL Sentral.
Peserta-peserta pertandingan |
Pertamanya... ada certain peserta menyanyikan lagu kemerdekaan yang dalam list tu lagu yang sama. Sampai 1 lagu 2-3 orang nyanyi. Macam lagu tu jer dia tau nyanyi. Tak test lagu lain yang masih sedap di dengar walau lagu lama... lagu yang maksudkan tu #Pahlawanku - Siti Nurhaliza. #Warisan-Sudirman. Memanglah lagu ni sinonim... trylah lagu lain.... Bahtera Merdeka, Ilham Pujangga, Sejahtera Malaysia, Perwira dan macam-macam lagi. Sendiri mau ingatlah. Lagi susah lagu tu nak dibawa... atau lagi jarang orang cuba lagu patriotik tu... lagi besar kemungkinan untuk menang jika betul cara yang dibawa. Ni balik-balik lagu sama jer.... aku yang dengor pon nak uwekkkk!! Sorry... bukan tak sedap suara korang... tapi jadi jemu bila dengar lagu yang sama berkumandang. Tiada aura luar biasa yang ditonjolkan walau merdu mana pon suara yang menyanyikan lagu tu... Sorry... komen memang best... cer suh aku... memang aku tak best pon menyanyi... tapi aku just bagi pandangan.
Bapa mertua aku menyanyikan lagu #Embun-Aqasha sebagai lagu wajib dan #Tiga Malam-Panbers sebagai lagu kedua. Lagu #Embun-Aqasha memang sinonim dengan bapa mertua aku. Orang kata killer song dia. Mesti orang tertanya kenapa lagu tu yang dinyanyikan masa pertandingan ni sedangkan ini lagu cinta. Apa kaitan dengan merdeka.... Haaa.... meh aku terangkan... lagu ni adalah dari Filem Embun yang mengisahkan seorang wanita yang namanya Embun dalam perjuangan melayu di zaman komunis menjajah malaya. Cer korang semak balik kisah filem nih. Begitu juga dengan lagu #Tiga Malam-Panbers yang dinyanyikan mengisahkan tentang perjuangan anak muda sebelum merdeka meninggalkan orang yang tersayang. Ada kaitan tak dua-dua dengan lagu yang dipertandingkan? Baru kena ngan tema merdeka kan.... What everlakan... tapi yang penting... lagu yang bapa mertua aku ni nyanyikan memang lain dari yang lain dan dengan cara tersendiri. Lagi pula... dia sorang old timer yang berusia 63 tahun menyanyikan lagu hebat menandingi 6 orang lagi peserta yang muda-muda belaka. Bersorak penonton yang membanjiri Laman KKMM tu... apatah lagi orang-orang tua yang sebaya bapa mertua aku tu bersorak dan bagi sokongan moral bila dia menyanyi dan tarik lagu tu selambe. Sampai juri pon salute ngan pak mertua aku tu. Huhuhu! Memang otai masih berbisa la katanya!
Pemenang dengan urusetia pertandingan dan juri |
Oklah. Apa pon... rezeki pak mertua aku tu jadi juara pada haritu. Sedangkan dari awal dia tak targetkan pon menang katanya sebab suara serak. Dari awal pon pagi tu dia macam nak tak nak pergi bertanding... ada jer alasan dia... rasa tak sihatlah... perut sakitlah... suara seraklah... tak cukup tidurlah. Heiiii... sabo jer la dengan kerenah pak mertua aku nih. Ada jer halnya. Dah nama pon aku sorang kat rumah ngan anak-anak sementelah encik suami outstation... nak tak nak kena layankan jugalah kan walau kadang kala tu macam layan kerenah budak kecik yang banyak hal. Boleh dikatakan 1 hari tu memang hari melayan kerenah pak mertua aku tu lah. Dari hantar ke KL Sentral dan menunggu berjam-jam kat situ sampai kematu kami tiga beranak.... Sabo jer laa.... Nasib Kimie ada masuk kuiz anjuran Jabatan Penerangan masa menunggu tu... terubat skit boring aku tu... dapat koleksi setem dari Pos Malaysia. Hehehe... Dengan kerenah nak make sure dia siap full dress sebelum pertandingan lagi... boleh hilang entah ke mana sedangkan waktu tu time dah nak mula.... sabo jer laa.... Huhuhu... tapi kalau dah nama rezeki tu... walau serak dia pulun jugak... lepas tu sebagai old timer dia memang ada aura tersendiri. Aku sendiri walau menantu tetapi juga sebagai penonton memang puas hati dengan persembahan pak mertua aku nih malam tu.
Atuk with cucu-cucunya. |
Kimie semasa masuk kuiz |
Anyway... terima kasih Jabatan Penerangan Malaysia yang menganjurkan pertandingan ini. Rezeki pak mertua saya bawa pulang RM800, Trofi, Sijil, Barangan Elektrik dan juga cenderahati iringan. Sebenarnya.. pak mertua aku kata ini merupakan rezeki anak dara aku si Hanum sebab kemenangan dia pada haritu merupa hari yang sama Hanum sambut birthday yang ke 12. Haaaa... apa lagi.... blink-blink la mata Hanum nak tuntut hadiah dia dari Atuk. Hahahahah.... pasrah jer la atuknya.... Hanum dah start menuntut tu. Kikikikikikkkk!!!
Oklah... layan gambo Atuk ni masa terima hadiah.
Hadiah-hadiah kemenangan Atuk |
Aku with penyanyi jemputan malam tu yang juga merupakan kenalan pak mertua ku dari melaka. Kakak kepada Kiki Bintang Kecil |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!