Selasa, 1 April 2014

Gathering Family Koryo Sepang

Posted by Emmymazli at 10:31 PG
30 March 2014 - Rumah Kak Norlia, Kg Jijan, Nilai

Salam semua... today nak update aktiviti family Koryo Sepang.  Last Sunday, kami telah gathering di rumah Kak Norlia & Abg Majid iaitu parents kepada anak Koryo Taekwondo Sepang si Ammar, Ain dan Amru. 
Punyalah payah nak plan gathering ni sebab masing-masing asik terclash dengan program lain.   Pilih punya pilih, Kak Lia pada asalnya nak buat pada 29hb Mac 2014, Sabtu tetapi terpaksa gathering ditunda ke 30 Mac 2014, Ahad kerana last minit kami dimaklumkan ramai anak-anak Koryo Sepang diwajibkan joint tournament taekwondo Rembau Open.  Memandangkan dah terganggu planning... nak tak nak kami teruskan juga walau terpaksa buat pada hari Ahad malam sebab Kak Lia dah buat tempahan awal dari segi penyediaan kambing golek, khemah dan set karaoke.  
Ketika majlis tersebut, selain makanan yang Kak Lia sediakan, kami parents-parents ni pon ada menyediakan potluck untuk membanyakkan menu malam tu.  Meriah makanan.... Beria aku menyiapkan rendang ayam dan nasi impit serta ikan bakar siakap.  Dengan harapan pada malam tu ramai la family koryo sepang yang datang.... tapi ramai pula yang busy.  Beberapa orang jer datang.  Mujur ada family Kak Lia dan jiran-jiran yang memeriahkan majlis.  Kalau tak mesti lengang sementara menanti yang lain-lain tiba.  Huhuhu.
Walau plan nak buat sukaneka... sesi pertukaran hadiah dan karaoke sakan dari mak-mak koryo ni.... sayangnya apa yang dirancang tak dapat diteruskan kerana kesuntukan masa dan kekurangan ahli.... terpaksalah di carry foward next time.  Huhuhu... 

Disebabkan set karaoke pon dah ada.... anak-anak jer la yang layan berkaraoke.... ehehhehe... aku dapat juga sedas lagu duet ngan hubby... jadi la... dah yang lain segan....
Walaubagaimanapun... ada perkara yang best bagi aku berlaku malam tu.... ada juga yang ingat untuk sambut birthday aku... aku diraikan dengan birthday cake dan nyanyian birthday dari anak-anak koryo yang ada malam tu... huhuh... shy.... thanks anyway.... terharu rasa....
Apa pon... walau majlis dijangkakan meriah tetapi berlaku secara sederhana... kami semua happy... thanks Kak Lia jadi tuan rumah.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...