2nd Leg of the SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM (WTF) National Taekwondo Circuit 2014
12-13 April 2014 - Dewan Chan Ang Kong, Jejawi, Kangar, Perlis
Alhamdulillah ....
Rasa syukur tak terhingga bila segala kerja keras Hanum selama ni selepas kekalahan dia dalam 1st TM Circuit akhirnya berbayar dengan Pingat Emas pertama Hanum dalam arena sukan taekwondo dalam 2nd Leg of the SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM (WTF) National Taekwondo Circuit 2014 baru- baru ni.
Terus terang aku katakan ... aku nampak usaha Hanum. Walau penat balik sekolah dengan tuisyennya ... dengan training nettballnya ... mana nak training sparring lagi di Dengkil dan di Ampang ... aku tau Hanum sangat penat. Tapi dia dah ada target. Macam mana pon dia nak dapat pingat untuk 2nd TM Circuit ni terutamanya pingat emas. Walau penat dia tak merungut .... lagi pula tahun ni dia nak UPSR. Memang aku kesian dengan dia.
Malam sebelum berangkat ke Perlis ... nampak dia excited prepare barang-barang dia .... tinggal nak letak dalam kereta dan naik bas jer ... aku kesian sebenarnya bila tak dapat teman Hanum ke Perlis untuk tournament kali ni ... tapi nak buat macam mana .... ekonomoney .... redha jer laa ... kalau ekomoney-money pon ayahnya takde kerana tugas di Kelantan .... So hanya doa dan harapan sahaja yang mampu mengiringi anak dara aku yang sorang ni.
Before berangkat ke Perlis pagi-pagi buta untuk National TM Circuit. |
Masa Hanum sampai Perlis untuk sesi timbang pon dia dah cukup risau kalau weight dia tak in untuk kategori Bantam (33-237 kg) 12-14 tahun. Lepas dia timbang tu .... dia call aku yang weight dia ngam-ngam jer 37kg. Adusss .... nasib baik lepas ... kalau tak banyak hal pula nak kena jogging bagi weight in.
Keesokkan harinya pada hari pertandingan tu ... Hanum call sekali lagi ... katanya bout dia yang ke 2 dan ke 5. Huhuhu .... asik dapat yang awal-awal jer Hanum. Tapi aku minta dia buat yang terbaik. Dalam setengah jam kemudian Hanum call semula .... mengatakan dia lepas ke Final. Syukur sangat ... di sini aku dah tak kisah ... kalau Hanum menang tu rezeki dia dan aku bangga dengan dia. Dalam masa tak sampai 1 jam gitu aku dapat call dari kawan Hanum, Liyana .... terjerit-jerit bagitau Hanum dapat emas. Ya Allah ... syukur sangat ... Aku bangga dengan Hanum .... walau takder parents yang dapat bagi sokongan dan teman dia ketika perlawanan tu ... walau takder orang nak ambil gambar dia masa berlawan untuk ditunjukkan kepada aku ... . aku masih bangga dengan Hanum.
Masa Liyana call tu .... nampak sangat dia terharu sampai tak tercakap kegembiraan dia bila aku nak cakap dengan dia dalam telefon. Huhuhu ... takpe aku faham. Mama always love u kakak and mama bangga dengan kakak.

Aku tahu ... ramai tak sangka Hanum boleh lepas dapat emas kalini. Heheheh .... aku faham ... kalau tengok Hanum punya muka pon macam main-main dan acuh tak acuh. Tapi dah memang gitu muka dia ... nak buat camnerkan. Tapi Hanum dah proof something dan baru orang buka mata. Alhamdulillah .... semoga Hanum tak pernah jemu untuk berusaha. Aminnnn ....
Dengan kemenangan emas kali ini ... maka Hanum berjaya untuk mara ke circuit TM ketiga. Alhamdulillah .... Anyway kalini lawan-lawannya lebih mantap dan berpengalaman .... most of them adalah pemegang pingat emas tahun lepas ... jadi kena buktikanlah kebolehan Hanum lagi .... Moga Hanum beroleh kejayaan seterusnya .... kawan -kawan pon doakan yer ... Aminnnnn ....

Terima kasih kepada Sir Muhin yang mendidik Hanum dari mula hingga sekarang .... dan tak lupa juga kepada tenaga pengajar di Gym Ampang seperti Sir Taufiq dan Sir Khai Meng dan yang lain-lain tu .... Moga kamu-kamu juga tak pernah jemu mendidik Hanum dan mungkin adiknya Hakimi akan menyusul dan seterusnya mampu membanggakan negara kelak. Tanpa korang anak-anak saya tak berada seperti sekarang. Moga Allah merahmati usaha kalian semua mendidik anak-anak kami. Amin .... Sama-sama kita berdoa yer ....
Terima kasih juga kepada parent-parent yang melihat, memerhati, ambil kisah, bagi makan dan sebagainya semasa Hanum di Perlis. Jasa kalian sangat dihargai. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Terima kasih juga kepada parent-parent yang melihat, memerhati, ambil kisah, bagi makan dan sebagainya semasa Hanum di Perlis. Jasa kalian sangat dihargai. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!