Selasa, 17 September 2013

Tak Dapat Join Pasukan Volleyball NRE untuk Sukan NRE 2013

Posted by Emmymazli at 12:20 PTG
Salam semua....

Haiyaaa.... macam mana ekk aku nak mulakan.... seriously aku sangat frust ketika ini..... hmmmm.....  tak tergambar rasanya frust aku.  Firstly... sorrylah jika ada dari kengkawan yang sepasukan dalam Volleyball NRE ataupun yang berkait rapat dengan team ni terasa lain pula jika terbaca coretan blog aku nih.  Honestly... aku just luahkan perasaan aku di sini.... Aku tak kacau orang kan....

Oklah... aku sebenarnya rasa frust giler yang tahap nak menonggeng ni bila tak dapat sama-sama dengan team Volleyball NRE berjuang bersama-sama untuk Sukan NRE ni.  Ni semua gara-gara bila jabatan aku yang hanya ada staff tak sampai 25 orang tu disuruhnya mewakili jabatan untuk memasuki apa-apa acara yang layak.  Ada ke patut??? Layak memang la layak tapi setakat masuk acara indoor macam congkak, karom, bowling, badminton dan lain-lain yang memerlukan tak ramai ahli boleh la kan....  Hadoiii.... Macam aku... passion aku dalam volleyball terpaksalah ditolak ketepi macam tu juga dengan kawan sepejabat ni yang minat main netball dan lain-lain terpaksa masuk game yang diorang sendiri tak pernah cuba pon.  Aku sendiri terpaksa main bowling dan dart yang dah lama giler aku tak main.  Memang jadi lauk la gamaknya kan.... Itu pun aku sempat pergi untuk game bowling sahaja... game dart terpaksa aku walk over kerana tak sempat untuk berkejar masa main dart.  Haiyooooo!!!
Lagi frust bila usaha aku untuk team volleyball macam tak berbaloi.... baik training, masa, jersy  yang aku beli untuk team aku.... niatnya moga aku dapat sama-sama berganding bahu untuk team volleyball tu... tapi nampaknya takder rezeki aku juga.  Huhuhu.... what to do... hanya mampu menyokong sahabat-sahabat jer laaa..... walau dalam hati gelisah.... geram.... rasa macam aku yang nak naik spike bola... huhuh.... hanya sabar jer yang mampu aku buat dan hanya mampu doakan yang terbaik untuk kawan-kawan. 
Alhamdulillah.... kawan-kawan aku dapat tempat KETIGA.  The only game yang NRE menang untuk Sukan NRE tahun ni kecuali Golf  yang melibatkan VIP.  Yang lain sumer bungkus!!! Yang berita baiknya.... pasukan yang dapat memenangi tempat 3 teratas akan dapat ganjaran.  So.... dapatlah RM500 untuk team volleyball tu.  Hmmm... Dapat Medal + Duit + Rasa Bangga.  Wow!!!! Aku tumpang happy jer!!.  Cakap lebih-lebih kena perli kang.  Macam tak sedar diri aku di dari Jabatan Biokeselamatan. Huhuhu...
Anyway... Congratss guys!!! Aku tumpang happy untuk korang... Love u all!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...