Baru jer semalam merungut pasal tak dapat join team volleyball NRE di Sukan NRE... tetiba harini nak story pasal event sukan ni pulak... hehehe... kena story jugak sebab its all about my life... nama pon blog kisah aku so kena la story kan...
Ok... Actually aku dan rakan sejabatan yang tak sampai 25 orang ni termasuklah Ketua Pengarah aku terpaksa join Sukan NRE ni waima diorang seorang pegawai sekalipun untuk mencukupkan korum pasukan kami. Nak atau tidak.... suka atau tidak.... pandai atau tidak dalam apa acara sekali pun kena join juga mana-mana game untuk turut serta. Kalau tak tahu kena belajar.... hmmm... sabo jer laaa.... frust memanglah frust seperti yang aku citer dalam entry sebelum ni.... tapi terpaksa juga diturutkan demi arahan KP.
Acara yang kami turut serta antaranya Bowling Lelaki dan Wanita, Karom, Dart, Congkak, Badminton, Dam Aji dan Perbarisan. Acara yang terpasa walk over ialah Dart kerana bertembung dengan game lain pada hari yang sama kerana pemain yang main dart terlibat dengan game lain. Nak kata camner... hanya mampu dibuat ialah cuba sebaiknya.... huhuhuu... Berjuang sebelum mengaku kalah. Tapi memang dah tau kalah dah sebab masing-masing bukan profesional atau terer main game-game yang diorang masuk tu termasuk la aku sekali dalam ini cerita. Huhuhu.... sabo jer laaaa... Yang penting kami ambil pengalaman dan try to have fun dalam game dan terutamanya semasa perbarisan.
Oklah citer pasal perbarisan ni.... kami ni dah la berapa orang jer.... pastu kena join jugak acara perbarisan. Nak tak nak.... yer kan jer laaa.... walaupun try to be creatif tapi dengan berapa orang tu saja memang susah nak dapat markah banyak.... yang penting cuba.... tapi alhamdulillah... walaupun berapa ketul orang jer.... kami dapat tepukan gemuruh dari audience dan kengkawan jabatan lain... Kununnya.... walaupun jumlah kami kecil tapi semangat kami besar.... Hmmm... semangat la sangat.... kami ni terpaksa ok!!!!
Team bowling wanita |
Oklah.... Tak tau apa nak citer lagi.... Ehh lupaa... secara keseluruhan yang aku tau JBK di tangga yang ke 11 dari 13 jabatan yang bertanding.... kira ok lah kan untuk first time join... dari duduk tempat yang terakhir... huhuhu... oklah... layankan ajer gambar-gambar pasukan Jabatan Biokeselamatan semasa Sukan NRE 2013. Bubye.....
Kejadian sebelum dan selepas perbarisan - Pembukaan Sukan NRE
Hari Kedua semasa sukan berlangsung
Penutup Sukan NRE
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!