Sabtu, 25 Jun 2011

Pertama Kali Buat Kenduri Di Rumah Ayer Molek

Posted by Emmymazli at 5:25 PTG
18 Jun 2011 (Sabtu) - Ayer Molek, Melaka

Salam semua, baru jer lepas aku buat entry pasal dinner Fathers Day for my hubby bersambung pula story pasal buat kenduri ni... balik jer dari dinner tu.. patutnya aku terus ke kampung, tetapi esok paginya baru aku bertolak ke Melaka untuk membantu urusan kenduri... Anak-anak aku, awal-awal lagi aku dah pos dekat adik aku yang tinggal di Putrajaya ni untuk balik kampung dulu...hehehehhe... pandaikan.... kikikikik!!!!!!!!!

Saudara mara dan menu yang menarik.. ^_^
3 sisters in da house....
Setelah bertahun-tahun family aku duduk di Melaka, maka inilah buat pertama kalinya keluarga aku buat kenduri di rumah Ayer Molek. Sebelum ini, kalau nak buat kenduri, selalunya menumpang di rumah nenek aku atau rumah sedara yang lain. Tetapi atas usaha adik aku Syila, dia telah menjayakan majlis kenduri yang julung kali dibuat di rumah sewa family aku di Ayer Molek. Syila dapat rezeki lebih kot... hehehhe
Syila... pengusaha kenduri ni...
Kenduri ini diadakan untuk arwah datuk dan nenek aku sebelah abah. Kalau boleh, biarlah orang yang pergi tidak dilupakan terus.. kita hadiahkan dengan majlis tahlil dan bacaan al-quran untuk mereka...

Alhamdulillah, majlis yang disangkakan biasa-biasa sahaja, berlangsung dengan meriahnya. Mana taknya, keluarga belah mama aku banyak membantu dari segi memasak lauk pauk pada hari itu. Itu bab baru tolong... yang datang pun meriah dengan tetamu dari keluarga belah mama dan abah, jiran sekeliling, kawan-kawan adik aku si boy dan yang paling tak lupa, guru-guru dan pelajar tahfiz di Bukit Duyung yang menggerakkan majlis. Alhamdulillah... makan semua cukup. Risau jugak kalau makanan tak cukup. Eh lupa lak nak bagi tau menu hari itu ialah Nasi Jagung, Daging Kuzi, Ayam Masak Merah, Kuah Dalca, Bubur Kacang Hijau dan kuih muih.... alhamdulillah.. makanan sumer sold out!!

Group Sekolah Tahfiz Bukit Duyung
Semasa membacakan Al-quran dan tahlil
time makan.. seronok lak tengok macam ni...
Yang kelakarnya, Syila jadi bahan la bila majlis ni berlangsung sebab orang yang datang ingat kenduri ni untuk majlis pertunangan dia... Hahahahah.. bengang Syila.  Terus tersipu-sipu ala-ala wanita melayu yang tak berapa nak akhir tu... Kakakakak!!!!

Anyway, thanks kepada Syila yang berusaha untuk mengadakan majlis ni... semoga ko murah rezeki wahai adikku.... aku hanya boleh bantu skit2 jer... Luv u Syilot!!

Oklah... u olls layan gambo kenduri ni ekkk.. heheheh

Bergambo dengan salah seorang fav autie aku
Group orang dapur yang tak berapa nak masak.. heheheh
Besau nganga abg eddie???
Family waknang
Tetamu yang hadir
Makan pun nak cerita ke??? heheheh
Menu sampingan selain nasi....
Aku tengah memperhatikan lauk sentiasa ada
Goodies girl
Tetamu yang menunggu... tempat tak cukup pulak...
Dihadapan rumah pun penuh..
Sedang menyiapkan lauk untuk budak-budak tahfiz
Berkumpul bersam family sambil menunggu turn
Orang dapur menopup lauk
Rajin hubby aku.. heheheheh
Suasana tetamu
Sepupu-sepupu yang berjubah hitam..
Family Pak Lang - sebelah abah aku
Masa untuk mencuci periuk!!!
Turn orang dapur lak makan... lapau wehhh
Aku yang kebuluran... hahahah

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hensem2 juga budak tahfiz ni ye..hehehehe

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...