Burrrpppp... puas hati giler harini dapat makan ikan patin masak tempoyak buatan mak aku dan tangan aku sendirik.... hehhehe... mak aku prepare... aku tolong kacau... kehkehkehkeh...
Kisahnya, teringin giler nak makan ikan patin masak tempoyak yang pekat dan ikannya fresh ni dah lama tapi selalu tak berpeluang. Almaklum le.. nak makan yang best punya kena gi Pahang. Nak masak sendirik aku lak tak confident. Resepi tu dah lama dah ambil dari kawan aku Jay .... tapi tetap nak masak ikan patin tu tak pernah jadik!! Heheheh. So, kebetulan, Jumaat semalam hubby aku ke Pahang dan balik hari, so aku request la hubby aku bawa balik ikan patin. Tapi tak mau la ikan patin dah masak sebab ikan dah masak ni mahal. Jadi aku minta la ikan patin yang belum masak. Nak test masak sebenarnya. So maghrib semalam my hubby balik dari Pahang dia bawa balik ikan patin... yess... barulah boleh fikir bahan nak masak. Kebetulan semalam Jumaat kan ada pasar tani Putrajaya kat presint 2 tu. Jadi cukuplah bahan untuk masak harini. Tempoyak pun dah ada kat umah adik aku tu... Hehehehhe....
So.. ini lah hasilnya... mama aku masak.. aku menyibuk jer... tukang rasa dan penambah perasa... heheheh... sebab aku jer tau camner rasa sebenar ikan patin masak tempoyak style Pahang. Mama aku tak makan ikan patin ni... rugikan....
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
(masak untuk 2 ekor ikan patin yang bersaiz sedang)
Ikan Patin - 2 ekor
Kunyit hidup - 2-3 ketul saiz ibu jari
Cili api + cili hidup (depends kepedasan korang)
Tempoyak - 3 senduk nasi (boleh kurang atau tambah lagi ikut kepekatan yang korang mahu)
Serai - 4 batang
Daun kesum - 2 batang daun kesum tu, daunnya semua di ambil. (Lebih pun takper)
Bunga kantan - 2 kuntum (ikut suka korang pun boleh)
daun kunyit - 2 helai
Belimbing buluh (yang kecik-kecik tu) - dalam 10 biji
Asam keping
Garam secukup rasa
Gula (secubit sahaja)
Ajinomoto (kalau tak letak pun takper..)
Cara membuatnya:
1. Ikan patin di perap/basuh dengan garam dan limau untuk hilangkan bau hanyir dalam sejam
2. Blend/tumbuk kunyit hidup dan cili api/cili hidup
3. Rebus bahan yang diblend bersama serai yang diketuk, bunga kantan dan daun kunyit yang dipotong dan daun kesum bersama tempoyak. Bila dah mendidih masukkan belimbing, asam keping, garam, gula dan aji.
4. Masukkan ikan patin yang telah dicuci ke dalam kuah tempoyak tadi dengan api kecil dalam masa 5-10 minit untuk mengelakkan ikan hancur.
5. Rasa semula jauh garam dan masam kuah.
6. Dah ok, siap untuk dihidangkan.
Senangkan... korang pula cuba la yer... aku dah cuba... kalau korang ikut resepi aku tu.. memang marveles beb... dah boleh jadi orang pahang aku ni... hehehehehhe
2 comments:
sedappnyerrrrrr... bila nk masakkan utk org lak.. hehhehehhe
zack... ko reti makan ke ikan patin masak tempoyak ni...?? ingat kan org melaka tau makan asam pedas jer.. hehehheeh
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!