Khamis, 9 Jun 2011

Sedey Tak dapat Tengok Rossa!!!

Posted by Emmymazli at 2:40 PTG


Serius nih... aku amat kesedihan... Kesedihan tak dapat tengok Rossa perform kat Tropicana Golf & Country Resort.  Baru semalam hubby aku janji kalau ada show Rossa kat Malaysia ni dia nak bagi aku pergi... tetiba bila aku baca paper Berita Harian harini boleh pulak ada show Rossa harini 9/6/2011 dan esok 10/6/2011.  Aku terus call dan tanya berapa harga per entry... paling murah RM280.00 untuk 10/6/2011 dan itu pun tinggal 1 seat.  Then bila aku call my hubby untuk maklumkan yang aku nak pergi show Rossa tu... sedihnya my hubby tak bagi pulak.  Tipu!!!!!  Memang tak terbayang sedihnya tak dapat pergi.  Aku tunggu dari tahun ke tahun show Rossa ni.  Tapi bila dah ada peluang.. macam ni pulak respond my hubby.  Memang aku merajuk seminggu nih!! Mencik....!!!


Kalau kengkawan nak tau... aku tak heran sangat penyanyi lain kecuali Rossa, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Wings.. aku amat minat!!  Boleh dikatakan most of lagu diorang aku hafal... tiap-tiap tahun aku tunggu kalau ada show diorang ni untuk dinner or event tapi so far tak dapat follow.  Firstly confirmlah sebab mahal.  Kengkadang tu, kehendak hati memang nak sangat pergi tapi kehendak poket pulak tak mengizinkan macam mana pulakan... So hakikatnya aku  memang jeles giler bila ada event macam Minggu Setiausaha yang boss-boss diorang belanja or sponsorship yang nak raikan setiausaha mereka.  Aku ni sekali pun tak pernah di offer.  Nak dibandingkan dengan boss aku tak kira la boss-boss yang sebelum ni ke... sumernya kedekut.  Tak pernah lagi dapat boss yang murah hati.  Nak harap kat hubby belanja pun susah jugak... kita suka dia pula tak suka... so pemutusnya.. aku jer la nak jaga hari orang... macam aku pernah cakap sebelum ni,  aku ni nak menjaga hati semua orang tapi orang tak pernah nak jaga dan faham hati kita.  Tak kiralah family sendiri, sedara mara dan kengkawan.  So, pempaham sendirilah kan.. nak menangis pun tak guna... kadang-kadang orang memang pandang remeh kehendak dan keinginan aku.. tapi diorang tak tau apa aku rasa... so better diam sahaja...!!!  Nak nangis pun dalam hati jer laa...!!

Oklah.... takder mood nak tulis panjang lebar.... tension ni!!

2 comments:

CY on 10 Jun 2011 pada 6:34 PTG berkata...

meh aku nyanyi rossa nak? huhu

Emmymazli on 11 Jun 2011 pada 12:00 PG berkata...

ko nyanyi aku takmo... nak rossa...!!!!

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...