Khamis, 31 Mac 2011

Today Is My Birthday ;-)

Posted by Emmymazli at 3:56 PTG
Salam semua....

Aku happy giler harini.  Almaklumlee.... hari ini pada 31 Mac 2011 aku menginjak umur 32 tahun.  Hmmm.... mcm tak caye jer dah 32 tahun.  Rasanya baru 23 tahun.... hahahahhaah!!!! Perasan gilerkan!! Kadang-kadang tu  bukan apa... aku ni berperangai macam budak-budak remaja tanpa aku sedar aku ni mak orang.  Apa yang budak muda buat aku pun nak.  Dressing pun camtu.  Teringin kadang-kadang tu tapi malu la pulakkan.  Kalu bab suara aku, hmmm.... jangan cakap lah.  Even orang call hand phone aku, mesti orang tanya "boleh cakap ngan mak??".  Padahal yang jawab telefon tu aku.... mak mana lagi dia nak cakap tak tau la.  Tu belum telefon pejabat lagi.  Mesti diorang ingat aku ni lom kawen kalu dengar suara aku. Manjer giler!!! Hahahahhaha!!

Anyway, jam 11.20 tadi kebetulan aku tengah berborak dengan abah melalui telefon, tetiba staff JBK ni bernama Mira datang tempat aku cakap ada 'surprise'.  Pastu tetiba muncul pula 1 mamat ni bawa sejambak bunga.  Tercengang-cengang aku dibuatnya.  Terpaksa la cakap ngan abah yang ada orang datang so kena stop berborak on phone.  Nanti abah cakap sengsorang pula kan sebab mata aku dah tertumpu kat bunga tu... Saper lak bagi ni?  Tengok pada card comel tu tulis "Selamat Hari Jadi Along....  Love You Always".  Hmmm... siapa la gerangan manusia yang panggil aku Along ni bagi bunga.  Tertanya-tanya mak tau!!  Tapi seriously.... aku masih dalam terkejut dan terharu giler bila dapat bunga ni.  Seingat aku, dalam hidup aku yg dah menjangkau 32 tahun,  baru 3 kali dapat bunga ni. First time dapat bunga masa birthday aku yang ke 18 semasa di Melaka dulu, kawan baik berbangsa Cina bagi aku bunga n hadiah.  Kali kedua semasa Konvokesyen kat Politeknik Port Dickson dulu oleh seorang teman dari kelas Diploma Jentera Am.  Kali ni tak tau la siapa empunya gerangan yang bagi bunga tu.  Dari adik aku Angah, dia kata adik aku Syila yang bagi.  Tapi kemudian tu Syila mengaku juga dia yang bagi bunga tu... Huhuhuhu.... Terharu beb!!!  Tak kisahlah sesiapa yang bagi bunga tu pun... lebih-lebih lagi bila dah tau adik aku Syila yang bagikan... so, terima kasih banyak-banyak la di atas ingatan yang diberikan pada aku.  Luv u Cilot!!




Terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada teman-teman dan saudara-saudara yang wish birthday kat aku di Facebook. Alhamdulillah... berderet wish korang.... terharu lagik!!! Huhuhu.  Tak lupa juga terima kasih pada insan-insan tersayang yang call hand phone aku dari awal pagi tadi and wish birthday dan juga sahabat aku Hayati Selamat yang buatkan video birthday untuk aku.  Nice video Yat!! Sayang korang semua!!!!


Now... aku menunggu surprise pula dari hubby pulak.   Sekarang ni my hubby outstation... haishhh... dah beberapa kali dia outstation time birthday aku.  Tak kisah la dia tak bagi hadiah pun, janji harini dia balik ekk!! Miss him so much!! Heheheheh...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...